Sabtu, 24 Ogos 2013

Dimana pembunuh Al-tantunya


Jika bukan Koperal Sirul atau Cif Insepektor Azilah yang membunuh maka siapa pembunuh Al-tantunya yang sebenarnya. 
pembunuh kejam al-tantunya masih bebas 
atau kelemahan polis?
persoalan yang tidak terungkai.
wajah koperal Sirul dan Cif inspektor masih tidak dapat dikenali
Kenapa dia dibunuh 
Apakah motifnya
sampai sekarang menjadi tanda tanya?
??????????????????????????

Jeneral Abdel Fattah Al-Sisi dibayar Yahudi atau Negara Arab Saudi?



Mengikut sejarah semasa penyerangan tentera Moghul terhadap empayar islam terutamanya kejatuhan Bagdad sebagai empayar islam yang agung telah ketahui dalam sejarah ramai ramai pembesar telah dibeli dan disogokkan dengan kata-kata indah untuk mengambil alih pemerentahan sedia ada. Pembesar ini sanggup bersonggkol dengan tentera kuffar untuk menghancurkan pemerentahan sedia ada dan berharap digantikan dengan mereka sebagai pemerentah.

namun anggapan dan harapan ini jauh dari impian mereka kerana negara mereka telah dihancurkan dan rakyat mereka telah dibunuh. maka dimana lagi mereka hendak memerintah.

manakala di zaman Salahuddin Ayubi iaitu semasa peperangan Salib yang terkenal itu. Ramai pemerentah yang dibeli oleh orang Raja-raja kristian yang mendapat bantuan keewangan yang banyak dari Eropah yang membelanjakan wang yang banyak untuk membiayai kempen perang Salib. 

kalau anda tidak percaya carilah sejarah tentang Perang Salib dan pembantaian orang moghul terhadap orang Islam.
Sewaktu ini juga banyak berlaku tentang Keingkaran Syiah dan perebutan kuasa oleh puak syiah.

jadi tidak mustahil Jeneral ini juga dibeli untuk mengambil alih kuasa dari Dr. Mursi

Sabtu, 3 Ogos 2013

Menjana pulangan wang yang berlipat ganda dengan membeli hartanah

Ramai dari orang melayu sekarang. Berfikiran hidup untuk bergaya atau seadanya. kadang-kadang  ada betulnya juga fikiran anda itu. jika anda tidak iri hati dengan orang lain.

Ramai juga di kalangan melayu hari ini mahu cepat kaya dengan menyertai skim cepat kaya. mungkin ada kebenarannya juga. namun ramai juga yang kecewa dan kehilangan wang yang banyak. Walaupun  kerajaan menghebahkan dan mengiklankan supaya tidak mengambil mudah atau menyertai skim cepat kaya. namun masih ramai juga yang menyertai saban tahun.

Ramai juga orang kita suka membeli barang baru terutamanya pada hari raya dan sebagainya. contohnya kereta baru, perabut baru walau pun perabut itu baru raya tahun lepas dibeli. Namun pada raya kali ini dibelinya juga dan berhutang pula tu. tidakkah itu pembaziran yang nyata.
Ramai melayu hari ini suka menyewa rumah walau pun layak membeli rumah dengan gaji yang ada. tapi masih menyewa rumah. 
Keadaan ini berlarutan sampai ke tua dengan tidak mempunyai rumah sendiri sehingga jadilah Melayu merempat di negara sendiri. 

Akhirnya ibubapa yang sudah tua akan dihantar ke rumah orang tua. Nasib badanlah kerana tidak berfikiran positif sewaktu bekerja dahulu. nasib! nasib!
Anda mahukah perkara ini terjadi kepada anda. Walaupun ada gaji tapi menyewa. Pilihan adalah ditangan anda.






Ramai juga Melayu hari ini juga membeli kereta baru. kereta lama tak habis lagi membayar hutang dah di tukar kereta baru. Maklumlah hendak bergaya katakan. padahal ini bukannya keperluan lagi. lebih kepada hidup untuk bergaya. untuk apa gaya ini kalau menyusahkan diri sendiri.  harga kereta pula akan sentiasa jatuh dan sudah tentu merugikan jika anda selalu membeli dan menukar kereta selalu.

Ha 
ini adalah jalan yang aku akan berikan kepada anda semua. jalannya adalah dengan membeli rumah. walau anda ada mempunyai rumah yang telah dibeli sekarang ini. Beli lagi untuk di sewakan. Harus diingat harga rumah atau tanah meningkat naik dari semasa ke semasa. 

Harus di ingat juga jika anda membeli tanah. tanah perlulah diusahakan untuk memdapatkan hasilnya. walaupun tanah akan meningkat nilainya dari tahun ke tahun namun hasil bulanan tiada.

Tapi jika anda membeli rumah anda boleh sewakan dan harga rumah anda juga akan meningkat dari tahun ke tahun. walaupun anda belum berkahwin. belilah rumah hari ini kerana harga rumah akan sentiasa meningkat. di tambah pula nilai mata wang ringgit sentiasa susut atau jatuhberbanding matawang antarabangsa yang lain . Keadaan ini akan mendorong peningkatan harga barangan import terutamanya besi atau simen serta barangan pembuatan rumah yang lain.

Katakanlah rumah yang anda beli sekarang ini RM80k dan anda membayar bulanan adalah RM500 sebulan untuk potongan bank dari gaji anda. Selepas tu rumah itu anda sewakan sebanyak RM300 sebulan. Jadi sebenarnya untuk rumah itu anda hanya perlu bayar kepada bank hanya RM200 sebulan. Katakanlah selama 5 tahun anda membayar RM200 sebulan selama selepas 5 tahun nanti anda tak perlu membayar apa-apa langsung kerana rumah anda tadi telah anda sewakan kepada orang sebanyak RM500 sebulan. 
Jadi rumah itu boleh dikatakan anda dapat secara percuma sahaja. kerana jumlah anda kena bayar hanya RM200x12x5 tahun =RM11000.  berbanding harga yang anda telah beli.

OK 
Tadi anda telah membeli rumah dengan harga RM80,000 tapi anda hanya membayar dalam RM11000 atau dalam RM20000 termasuk kos-kos lain.
Berapa banyak keuntungan yang anda dapat dengan membeli rumah dan menyewa kepada orang lain.
kalau anda kira keuntungan yang anda dapat adalah RM60000 dan belum ditambah dengan kenaikan harga rumah semasa. anda sebenarnya telah untung RM80000 dalam masa 5 tahun sahaja.

Aku menyeru kaki tangan kerajaan belilah rumah di tempat anda duduki sekarang supaya anda senang berurusan dengan penyewa dan untuk menjaga kebersihan dan keutuhan rumah( penyelengaraan) anda itu. 
jika anda membeli rumah jauh dari kawasan anda duduki sekarang ini amat susah juga untuk anda berurusan dengan penyewa dan menjaga rumah anda itu.

selepas 5 tahun beli lagi rumah baru yang hendak disewakan seperti di atas. kalau boleh 3 tahun pun dah boleh beli rumah baru. yang penting sewakan.


Jumaat, 2 Ogos 2013

NAZAM LEBARAN - SITI NURHALIZA



sudah dekat hari raya. jom kita dengar lagu ni

Balik Kampung

Raya sudah dekat. apa lagi balik kampunglah. ada berani ker.

cuti persekolahan sudah bermula. Ketika ini ramai warga kota sudah mengambil peluang balik kampung untuk berhari raya dengan sanak saudara dan ibu bapa. 


kemeriahan berhari raya di kampung mengamit kenangan walaupun sudah lama berhijrah ke kota. sebagai anak kampung aku juga merasai kenangan mengusik dijiwa memanggil aku supaya balik ke kampung bertemu ibu dan sanak saudara, berbuka puasa dan membuat kuih raya bersama-sama membuatkan kenangan itu mengusik-ngusik dijiwa ini seolah memangil-mangil aku pulang ke kampung.

oh 
rindu sungguh aku kepada kampung ku yang jauh di kelantan sana. Insayallah terubat jua hati ini untuk beraya dan bertemu sanak saudara pada raya ini