Selasa, 21 Mei 2013

Nasihat Lukaman Al-Hakim Kepada Anaknya

    Kata Lukman Al-Hakim kepada anaknya: " Wahai anakku! Apabila perutmu penuh dengan makanan( kenyang ) maka akan matilah fikiran dan hikmah dan kebijaksanaanmu. Semua anggota badanmu akan menjadi malas untuk melakukan ibadah, dan akan hilanglah kebersihan hati dan kehalusannya dimana hati yang bersih itu akan tercapai dengan kelazatan bermunajat ( mengadap Allah ) dan manfaat berzikir ( ingat kepada Allah )."

   Kata Lukman Al-Hakim : " Wahai anakku! kalau sewaktu kecil engkau rajin belajar dengan tekun dan menuntut ilmu sebanyak-banyaknya, maka apabila kamu dewasa kelak (dihari tua ) kamu akan memetik buahnya dan kamu akan menikmatinya. "

   Kata Lukaman Al-Hakim " Wahai anakku! kamu ikutlah ketika orang membawa jenazah, dan janganlah kamu mengikuti jamuan perkahwinan. Kerana jenazah itu dapat mengingatkan engkau akan kesudahan dari hidupmu didunia yang fana ini. Sementara majlis perkahwinan akan membangkitkan nafsu berahimu dan ini akan membuat kamu berasa senang dengan kehidupan didunia."

   Kata Lukman Al-Hakim : " Wahai anakku! aku sudah memikul batu-batu yang besar, aku sudah mengangkat besi-besi yang berat. tetapi aku tidak pernah merasakan sesuatu yang lebih berat daripada tangan yang buruk perangainya.

   Kata Lukman Al-Hakim: " Wahai anakku! Aku sudah merasakan segala benda pahit, tetapi aku belum pernah merasakan sesuatu yang lebih pahit dari kemiskinan dan kehinanaan."

   Kata Lukan Al-Hakim: "Wahai anakku! sepanjang hidupku aku hanya dapat memilih 8 kalimah dari pusaka para nabi-nabi yang lalu, sabda meraka:-

1. Aapabila engkau mengerjakan sembahyang, beribadah kepada Allah S.W.T Maka jagalah baik-baik fikiranmu.

2. Apabila engkau berada dirumah orang lain, hendaklah kamu menjaga matamu ( pandangan matamu )

3. Apabila engkau berada ditengah-tengah majlis, hendaklah kamu menjaga lidahmu (perkataanmu)

4. Apabila engkau hadir dalam jamuan makan, hendaklah kamu menjaga perangaimu.

5. Ingatlah kepada Allah S.W.T

6. Ingatlah akan mati.

7. Lupakanlah budi baikmu terhadap orang lain.

8. Lupakan kesalahan orang lain terhadap dirimu.






sumber : himpunan kisah-kisah teladan

Kisah baju anak Umar R.A


Diriwayatkan bahawa satu hari putera Umar r.a pulang dari sekolah dalam keadaan menangis, apabila Umar r.a melihat anaknya menangis maka beliau pun berkata:  " Wahai anakku mengapa agaknya engkau menangis?". Lalu anaknya berkata:" Kawan-kawanku disekolah telah mengira-ngira bajuku yang bertampal-tampal dan mereka mengejekku dengan berkata, lihatlah anak Amirul Mukminin ini bajunya penuh dengan jahitan tampal."
        Mendengar akan kata-kata anaknya itu, Umar r.a sendiri melihat akan baju anaknya itu mempunyai 14 tampalan dan sebahagian besarnya ditampal dengan kulit kayu.
        Oleh kerana kata-kata anaknya itu maka Umar r.a pun menulis surat ke Baitulmal untuk mendapatkan hutang, surat itu dibawa oleh orang suruhan Umar r.a berbunyi:" Berilah hutang wang kepada kami sebabyak 4 dirham hingga ke awal bulan, apabila tiba di awal bulan anggaplah bayaran bulanan yang pihak Baitulmal berikan kepada saya sebagai pulangan wang kepada hutang yang saya pinjam dan yang sebulan lagi sebagai pinjaman dari Baitulmal".
        Apabila pihak Baitulmal membaca surat tersebut maka perbendaharaan Baitulmal menulis surat kepada Umar r.a yang berbunyi: " Wahai Umai r.a adakah kamu yakin bahawa kamu akan hidup selama tempoh sebulan lagi?' kami tidak keberatan untuk meminjam kepada mu, yang kami ingin tahu apakah yang akan kamu buat terhadap wang tersebut yang hendak kamu pinjam itu sekiranya kamu mati?, sedangkan kamu masih berhutang dengan Baitumal".
       Sebaik sahaja Umar r.a membaca surat tersebut maka beliaupun menangis dan berkata: " Wahai anakku, kamu pergilah ke sekolah sebagaimana biasa, sesungguhnya aku tidak yakin bahawa umurku ini boleh bertambah walau sejam pun."
       Sifat yang ditunjukkan oleh Umar r.a ini hendaklah dijadikan tauladan kepada kita, jangan kita fikir kita ini akan hidup selama-lamanya, belum tentu kita tahu kita akan hidup beberapa saat lagi. Oleh itu hendaklah kita fikir sedalam-dalamnya apakah kita perlu habiskan masa kita dengan kerja-kerja yang tidak memberi faedah. Ingatlah dari Allah kita datang dan kepadaNya kita akan kembali.
       Buatlah kerja yang halal untuk mendapatkan rezeki dan jadikanlah dunia ini tempat kita kumpulkan bekal amal ibadat supaya kita tidak susah di alam akhirat, hendaklah kita anggap dunia ini sekadar keperluan dan akhirat tempat tujuan.



sumber : himpunan kisah-kisah telada