Khamis, 14 Februari 2013

Kebunku

Kelana Musafir menulis....

Hari ini aku ingin menceritakan serba sedikit mengenai kebun yang aku usahakan. sebenarnya sudah agak lama aku tak ke kebun. Agaknya 2 tahun aku tak usahakan kebunku itu. pada akhir bulan 12 tahun 2012. tiba-tiba aku tergerak hati hendak mengusahakan kebun ku kembali. Tanah yang ku tanam ini sebenarnya rasanya milik TNB. hi hi hi main belasah jer... tanam

 nasib baik walaupun dah 2 tahun tak usahakan namun masih ada pokok yang masih hidup. hi hi hi
 Pokok limau nipis sudah 5 tahun usianya. tapi masih lagi kecil dan tak berbuah kerana sudah lama berada di dalam semak
 Juga jambu air ini. usianya sudah 5 tahun
 hi hi hi. alahai pokok betikku. dan dibelakang pokok betik itu adalah kebun orang lain
 usahaku menanam semula serai. hajatnya inginku penuhkan tanah yang masih kosong dengan serai

 Pokok nangka madu. ku tanam semula kerana pokok nangka yang ku tanam dulu tidak dapat diselamatkan sekarang tinggal tunggul sahaja. gambar bawah tunggul nangka madu yang pernah beberapa kali berbuah. isinya oren dan amat sedap sekali


 usia pokok mempelam sudah 2 
tahun. juga sudah lama berada didalam semak
 jambu air juga. sudah 2 tahun berada didalam semak. nasib baik dapat diselamatkan
 usahaku menanam pokok rambutan anak sekolah. telah digenangi air dek kerana hujan 
motor yang ku bawa kehulu kehilir. sudah 15 tahun motor ini masih tetap setia disisiku. 
siapa yang berminat untuk membelinya aku ingin menjual dengan harga RM5000.00 sahaja.
sekarang motor ini amat susah dicari honda high5

Tiada ulasan: