Selasa, 26 Februari 2013

Pilihanraya- orang miskin dipergunakan

Kelana Musafir menulis....

Orang miskin dan fakir adalah golongan yang memerlukan bantuan untuk membantu kehidupan mereka seharian. Golongan ini sering digunakan dan dipergunakan oleh pihak-pihak tertentu semasa pilihanraya. 
Sewaktu inilah orang miskin ini akan dibeli dengan mengistiharkan keluar parti tertentu didalam akhbar harian mahupun media masa elektronik seperti televisyen dan blog atau laman web tertentu.
gambar adalah ihsan
http://www.amaliah-astra.com

Kita tidak nafikan golongan ini sememangnya layak dan patut dibantu bukan dengan dipergunakan dengan tujuan-tujuan yang menjatuhkan maruah mereka terutama sekali pada setiap kali hampirnya pilihanraya.
Seolah-olah golongan ini hanya mainan pihak-pihak yang berkepentingan di musim pilihanraya dan pada waktu lain ditinggalkan tanpa dibantu dengan bantuan yang sepatutnya di negara Malaysia yang dikatakan mewah ini.
Sewaktu selepas pilihan raya mereka yang berkepentingan tadi seolah-olah lupa dengan jasa-jasa rakyat yang mengundi mereka.
Golongan fakir dan miskin tadi ditinggalkan terkapar-kapar meminta bantuan yang dijanjjikan kepada mereka.
Beginikah caranya mereka dihina
Dimana maruah mereka.
Anda tentukan