Ahad, 10 Februari 2013

Pengundi baru


Lebih 2.27 juta daftar sebagai pengundi baru

Cetak
KUALA LUMPUR: Persidangan Dewan Negara semalam diberitahu seramai 2,270,002 pengundi baru didaftarkan dari 2008 hingga 2011 dengan kaum Melayu adalah pemilih baru paling ramai. 

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong, berkata daripada jumlah itu, 155,420 pemilih didaftarkan pada 2008, 279,270 pemilih (2009), 826,462 pemilih (2010) dan 1,008,850 pemilih (2011). 
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Senator Datuk Ng Fook Heng yang meminta Perdana Menteri menyatakan pecahan pengundi baru berdaftar mengikut kaum sejak 2008. 


Mengenai pecahan jumlah pendaftaran pemilih mengikut kaum, Vui Keong berkata, Melayu adalah kaum tertinggi mendaftar pada 2008 iaitu seramai 82,309 pemilih (53 peratus) diikuti kaum Cina (29.4 peratus) manakala India (8.1 peratus). 

“Pada 2009, seramai 187,828 pemilih (67.3 peratus) ialah Melayu, diikuti Cina (19.8 peratus) dan Bumiputera Sarawak (4.8 peratus) manakala pada 2010, seramai 466,137 pemilih (56.4 peratus) adalah orang Melayu diikuti Cina (27.0 peratus) dan India (6.6 peratus),” katanya. 

Bagi 2011, seramai 611,498 pemilih (60.6 peratus) ialah Melayu, diikuti Cina (22.0 peratus) dan India (6.7 peratus). 

Vui Keong berkata, perangkaan Suruhanjaya Pilihan Raya menunjukkan Selangor mencatatkan pendaftaran jumlah pengundi baru tertinggi iaitu seramai 165,222 orang, diikuti Johor (124,240 orang), Perak (96,710 orang), Sabah (86,927 orang) dan Kedah (84,704 orang). 
Ini diikuti dengan Kelantan seramai 69,344 orang, Pulau Pinang (64,029 orang), Sarawak (63,305 orang), Kuala Lumpur (61,040 orang), Pahang (59,639 orang), Terengganu (45,190 orang), Negeri Sembilan (42,009 orang), Melaka (31,827 orang), Perlis (9,881 orang), Labuan (2,863 orang) dan Putrajaya (1,920 orang). - BERNAMA 
tahniah kepada pengundi baru. hargailah peluang yang datang 4 atau 5 tahun sekali. gunaklah peluang diberikan kepada anda untuk mengundi para pemimpin yang terbaik bagi anda. 

Kenangan Semasa Di MPBP

Kelana Musafir menulis....


 Mengimbau kisah lalu di samping kawan-kawan amat indah untuk dibicarakan.
seronok serta indah sekali kenangan  itu. Ada yang lucu, sedih, seingat aku pernah aku masuk pertandingan syarahan di maktab. hi hi hi. punyalah gementar aku ketika itu, kaki, tangan dan segalanya mengeletar hi hi hi. akhirnya aku hanya mampu membaca teks yang aku buat itu sehingga selesai. sampai sekarang masih terasa malunya.


gambar kenangan dengan member-member
hi hi hi cari dimana penulis berada.


hi hi hi 

inilah dia gambar kawe

Alahai Pilihanraya

Kelana Musafir menulis....
<
langkah musafir sudah bermula

Semakin dekat dengan pilihanraya ni macam-macam hal yang berlaku
perang sana dan sini. perang di facebok, perang di twitter, perang di blog
dengan berbagai komen yang tersendiri, ada yang merapu, mencarut, bantai membantai, kata mengata. Dah macam medan perang. Keadaan ini timbul kerana pegangan ideologi dan pegangan politik yang berbeza menyebabkan timbulnya pertentangan pandangan. masing-masing ingin membenarkan apa yang mereka ikut. Walaupun apa yang orang kata dan hujjah yang diberikan namun untuk mengubah pegangan politik masing-masing tidak sekali-kali.
cuma apa yang ingin saya kata bahawa jangan sekali-kali kita lupa akhlak kita semasa memberi komen atau hujjah masing-masing

Kelana Musafir menulis....


Langkahku  Yang  Pertama Sudah Bermula

Aku pun tidak tau bagaimana untuk aku menulis 
namun kerana ingin membuat laman blog sendiri, aku coretkan sedikit langkah pertama ini
sebenarnya sudah lama aku ingin mempunyai blogku sendiri. namun kerana kurang kepandaian dan masa yang diperlukan menyebabkan tidak terjadinya langkah ini.
walaupun begitu pada hari ini 10/2/2013 aku telah realisasikan langkah ku yang pertama ini.
sewaktu umurku sudah menganjak 40 tahun 



<