Ahad, 28 April 2013

Royalty untuk Rakyat Kelantan

jika betul fakta ini. aku sebagai anak kelantan mahu tahu
1. Kepada siapa duit diserahkan
2. kemana duit tersebut dibelanjakan
3. apa projek yang telah disiapkan
4. dan yang penting auditnya mana???????????




Jumaat, 19 April 2013

Protes Calon. Adakah kali ini BN akan tumbang ?

Protes kumpulan dan individu yang tertentu kerana merasakan mereka lebih layak dari calon yang diketengahkan oleh BN. Protes ini berlaku hampir disetiap negeri di Malaysia. Adakah memang betul kali ini BN akan kalah?





Biar gambar Berbicara















Selasa, 16 April 2013

Ayat Yang Selalu di Dengar

kredit kepada Ainnur Afiffah

selalu tak dengar ayat-ayat yg berbunyik begini..? Eheh.

"Awak ni tak reti bersyukur, kerajaan sekarang dah bagi macam-macam. Kene lah balas budi."

"Eh kau, kalau tak suka sangat kerajaan jangan duduk Malaysia."

"Kau bising-bising ni sedar sikit kau tu kerja dgn kerajaan jugak!"

"Pesara kerajaan perlu taat setia kepada parti kerajaan."

"Piraahh..asyik hentam kerajaan, tapi ambik jugak baucar buku. Booo.."

Ekhem. isu sensetip? Takpe..pandang apa yg saya nak cakap ni dengan pandangan ilmiah ok. bukan dgn perasaan emosional dan bodoh sombong. Siapa tahu anda tergolong dlm golongan yg misconception ni..so lepas ni anda tak salah lagi.

Testing 1 2 3. Ekhem, bismillah.. Dengar sini semua dan semua dengar sini..

Disebabkan kita mengamalkan demokrasi dan sistem pelbagai parti, maka anda harus terima hakikat kenapa wujudnya parti-parti politik seperti Barisan Nasional, PAS, Parti Keadilan Rakyat serta beberapa parti lain. Jadi, tidak salah sekiranya kita berbeza parti tak kiralah parti pemerintah atau parti pembangkang, itu HAK masing-masing. Lain la kalau kita ni negara komunis yg mengamalkan sistem satu parti iaitu parti yg menguasai kerajaan. Eh:p

Parti politik adalah satu badan orang2 yg bersatu@bersama membina kepentingan negara&rakyat melalui prinsip@pegangan@perjuangan tertentu yg telah dipersetujui secara kolektif. Jadi, tak kira sama ada Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat sekali pun, apabila mereka memegang tampuk pemerintahan kerajaan justeru mereka menggalas tanggungjawab yg sama.

Penyertaan parti-parti politik ni dalam pilihan raya umum membolehkan parti politik tersebut membentuk sebuah kerajaan sama ada di peringkat negeri ataupun pusat yg dipilih oleh rakyat melalui undian pilihan raya. Kebiasaanya, parti yg menang majoriti akan menguasai kerajaan. Tetapi harus diingat! tidak ada sebuah parti politik pun yg boleh menjadikan kerajaan itu seolah-olah bapak dia punya walaupun parti itu memperoleh majoriti utk menguasai kerajaan. And parti politik tak boleh jadi kerajaan ye. Parti politik hanya ruling party kpd kerajaan. Benda ni kita kena faham betul-betul. kalau tak, sia-sia bercakap bagai nak rak pasal politik kalau benda basic ni still taktau.

So basically menjadi satu tanggungjawab WAJIB bagi kerajaan menyediakan barangan n perkhidmatan awam utk kesejahteraan masyarakat. Contoh: infrastruktur, bantuan bencana, taman-taman awam, penjagaan kesihatan asas, perumahan subsidi, pendidikan awam & kemudahan awam yg lain. Jadi, siapa pun jadi kerajaan memang menjadi tugas mereka utk menyediakan setiap prasarana yg kondusif seperti yg kita nikmati sekarang ni. Jadi, toksah dok pelik sangat la sebab tu dah memang kerja depa. kekeke.

And one more benda penting yg anda kena sedar, setiap rakyat negara ni membayar cukar kpd kerajaan. Ini merangkumi cukai pendapatan, cukai langsung n tak langsung. Harga barang yg anda beli dlm negara ini sebenarnya anda bayar bersama harga cukai. Anda/bapak anda beli kereta dgn harga yg tinggi disebabkan faktor cukai la. Sama jugak barangan lain. Maka, setiap rakyat kena tahu yg setiap hari mereka bayar cukai utk bagi kat kerajaan. Jadi, anda boleh kata wang yg dibelanja oleh kerajaan adalah wang anda.

Jadi wahai rakyat jelata sekalian, kalau kerajaan bagi bantuan/duit/elaun/apa-apa jela, tu bukan duit diorang kumpul dari kecik tau, tu duit rakyat. Malah, bukan juga duit mana-mana parti ye. Tolong la pahamkan benda basic ni. Please. Sebab masa kerajaan yg dulu berikan bantuan baucar buku n BR1M, peliknya TV3 paparkan "Rakyat berterima kasih kpd BN." Malah, semua makcik tok nenek yg muka masuk TV tu dok ulang terima kasih pada Barisan Nasional. Tu bukan duit BN ye, itu duit anda cuma modal dia pusing balik je. Sila lah sedar. Lainlah kalau program parti, haa..itu memang perlu guna duit parti tersebut. Takleh guna duit rakyat tau! Heh.

So bagi saya, papan-papan tanda seperti "Satu lagi projek kerajaan Barisan Nasional" tidak sesuai digunakan. Seharusnya gunakan "kerajaan persekutuan” atau "kerajaan negeri" je cukup. Disebabkan slogan2 seperti ini jugalah, buat rakyat makin konpius.

Plus, untuk tentukan bagaimana cemerlang dan bagusnya sesebuah kerajaan dlm mengendalikan wang negara, bukanlah ditentukan daripada jumlah perbelanjaan mereka sahaja, tetapi bagaimana mereka mengurus dan mengendalikan wang tersebut dengan AMANAH serta menggunakan hanya untuk pembangunan negara& kepentingan rakyat bukan utk diri@kroni senirik. Malah, kerajaan yg bagus seharusnya berjaya meningkatkan kedudukan ekonomi negara dan bukannya meningkatkan hutang negara. *general statement ye..:P*

And last one, berkaitan pekerja kerajaan ni ye. Yes, mereka mmg perlu taat dan patuh dgn arahan kerajaan Malaysia. Kita kan 1Malaysia! Eh. Lagipun, dah bekerja bawah kerajaan kan, haruslah patuh dgn 'bos'. Tapi, wajarkah 'bos' mewajibkan dan menentukan parti mana yg pekerja dia perlu sokong? Sangat kelakar bila ada yg berpendapat hanya yg menyokong BN sahaja yg boleh bekerja dgn kerajaan dan yg bekerja dgn kerajaan semua perlu sokong BN. Anda oii, semua peluang pekerjaan, kemudahan awam atau apa-apa sahaja yg ada dlm Malaysia ni adalah hak utk SEMUA RAKYAT tanpa mengira latar belakang politik mereka. Sama lah macam baucar buku, itu untuk rakyat Malaysia. Apa pembangkang bukan warganegara ke? Yg orang asing boleh pulak bagi kewarganegaraan. Eh lagi.

Kalau tak faham lagi, saya bagi contoh paling mudah. Antara PDRM dgn Kerajaan, siapa yg berkuasa? Well..mestilah kerajaan kan. kalau antara PDRM dgn UMNO? siapa pula yg berkuasa...? Eh, jgn terasa ye saya sekadar bertanya. Hihik. Erm..pekerja kerajaan ni sebenarnya perlu patuh dgn arahan kerajaan Malaysia atau arahan parti ye? Gaji pekerja kerajaan tu dibayar menggunakan wang parti itu sendiri ke? Ye, memang parti pemerintah dan kerajaan tu hakikatnya akan berkait. Tapi, still kena reti beza ok. Lagi satu, wajarkah seorang pesara kerajaan yg telah berkhidmat utk negara dilabel sebagai "tidak kenang budi" dan "tidak ada maruah" hanya kerana kemudiannya menyokong pembangkang? Ish ish. Betapa tak matangnya pemikiran tersebut..sukati dia lah. 

So, betulkan persepsi songsang anda. Erm, yg pasal kes suruh berambus dari Malaysia tu dah kritikal sangat kot. Banyak kena fahamkan lagi tu, kalau tak mmg seronok je org gelakkan ayat 'patriotik' anda tu. Heh. Actually, benda ni anda yg bijak ni pun dah boleh pikir sendiri sebenarnya, kita sendiri nampak bagaimana sesetengah pihak menyalahgunakan kuasa yg ada. Dah macam negara ni mereka yg punya pulak. Eh. Agaknya bagaimana keadilan akan tertegak sekiranya penimbang itu berat sebelah?

Jadi, sebagai golongan terpelajar dan bijak bistari, patutkah anda sekadar duduk dan melihat saja tanpa ambil tahu? Jangan jadi masyarakat typical yg mudah berpuas hati apabila diberi ganjaran walaupun hakikatnya sedikit apatah lagi masyarakat yg langsung tidak mahu kisah. Cukup sekadar wakil rakyat mereka turun sewaktu hari berkempen dan memberi saguhati sepanjang hari berkempen, lepas tu...? Hurm.

Akhir kata, kerajaan dan pembangkang sebenarnya harus bertindak sebagai "check and balance". Mereka bekerja demi kepentingan rakyat. Bila pembangkang mendesak itu dan ini, then kerajaan pun buat kerja sbb ada tekanan, mungkin kita tak dapat apa yg ada sekarang kalau mereka yg diatas terus tak sedar diri dan bermaharajalela dgn kuasa yg ada. Lumrah manusia, kena ketuk baru jalan. Tapi, anda sebagai rakyat tetap berhak untuk memilih kerajaan pilihan anda utk 4tahun yg akan datang. Parti tu parti la. Kerajaan itu rakyat! Luaskan kuasa rakyat. SELAMAT MENGUNDI!

P/s: Kalau anda kata saya 'tak kenang budi' jugak, maknanya anda kena baca lagi sekali. Maafkan saya jika tersalah kata atau terasa.

"Wahai orang-orang yang beriman, kenapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? Itu sangatlah dibenci oleh Allah jika kamu mengatakan apa-apa yg tidak kamu kerjakan." (As-Saff: 2-3)

Wallahu'alam.

Isnin, 15 April 2013

Senarai Calon PKR di Perak untuk PRU KE 13


Parlimen
P58 Bagan Serai- Dr Muhammad Nur Manuty
P61 Padang Rengas- Meor Ahmad Ishaara Ishak
P63 Tambun- Siti Aishah Shaikh Ismail
P71 Gopeng- Dr Lee Boon Chye
P72 Tapah-Vasantha Kumar Krishan
P73 Pasir Salak-Mustaffa Kamil Ayub
P74 Lumut- Laksamana Pertama (B) Mohamad Imran Abd Hamid
P75 Bagan Datok – Madzi Hasan
P77 Tanjung Malim- Tan Yee Kew

DUN

N01 Pengkalan Hulu- Mejar(B) Abdullah Masnan
N02 Temengor Mohd Supian Mordin -
N03 Kenering- Mohd Tarmizi Abdul Hamid
N04 Kota Tampan- Zahrul Nizam Abdul Majid
N07 Batu Kurau- Mohd Fadzil Alias
N09 Kuala Kurau- Abdul Yunus Jamhari
N10 Alor Pongsu- Rosli Ibrahim
N13 Kuala Sepatang- Chua Yee Ling
N24 Hulu Kinta-  M.A Tinagaran A/l Arumugam
N34 Bukit Chandan- Fathmawaty Salim
N39 Bota- Zulkifly Ibrahim
N42 Tualang Sekah- Baldip Singh A/L Santokh Singh
N44 Simpang Pulai- Tan Kar Hing-
N45 Teja- Chang Lih Kang
N46 Chenderiang- Amani Wiliams Hunt Abdullah
N48 Sungai Manik- Osman Abdul Rahman
N52 Pangkor- Mohd Saifullah Mohd Zulkifli

sumber ustazsiber

Senarai Calon Pilihanraya Umum 13 BN di Selangor dan Wilayah Persekutuan

Berikut adalah senarai penuh calon-calon Barisan Nasional Selangor yang akan bertanding di kerusi Parlimen dan DUN pada PRU ke-13 ini. Menurut sumber yang kami terima, UMNO akan bertanding di 9 kerusi Parlimen dan 35 kerusi DUN, manakala MCA (7 kerusi Parlimen dan 14 kerusi DUN), MIC (4 kerusi Parlimen dan 3 kerusi DUN), Gerakan (1 kerusi Parlimen dan 3 kerusi DUN) dan PPP bertanding di 1 kerusi DUN. 

PARLIMEN: 


1. Selayang - Datuk Ir. Donald Lim Siang Chai (MCA)

2. Pandan - Garry Lim Chin Yee (MCA)
3. Serdang - Datuk Yap Pian Hon (MCA)
4. Kelana Jaya - Loh Seng Kok (MCA)
5. Petaling Jaya Selatan - Seah Kok Fah (MCA)
6. Petaling Jaya Utara - Chew Hoong Ling (MCA)
7. Klang - Datuk Teh Kim Poo (MCA)
8. Hulu Selangor - P. Kamalanathan (MIC) - Penyandang
9. Kuala Selangor - Datuk Irmohizam Ibrahim (UMNO) - muka baharu
10. Gombak - Raman Ismail (UMNO)
11. Ampang - Dr. Rozaidah Talib
12. Hulu Langat - Adzhaliza Mohd. Nor (UMNO) - muka baharu
13. Puchong - A. Kohilan Pillay (Gerakan) - muka baharu
14. Subang - A. Prakash Rao (MIC) - muka baharu
15. Shah Alam - Zulkifli Noordin (rakan BN)
16. Kapar - Saktivel Alagappan (MIC)
17. Kota Raja - Murugesan Sinnandavar (MIC)
18. Kuala Langat - Sharuddin Omar (UMNO) - muka baharu
19. Sabak Bernam - Mohd. Fasiah Mohd Fakeh (UMNO) - muka baharu
20. Tanjong Karang - Datuk Seri Noh Omar (UMNO) - penyandang
21. Sepang - Datuk Seri Ir. Mohd. Zin Mohamed (UMNO) - penyandang
22. Sungai Besar - Datuk Noriah Kasnon (UMNO) - Penyandang

DEWAN UNDANGAN NEGERI: 


1. Teratai - Ben Liew Pok Boon (Gerakan) - muka baharu

2. Bukit Gasing - Juan Sei Chang (Gerakan) - muka baharu
3. Bukit Lanjan - Francis Chong Tuck Chiew (Gerakan) - muka baharu

4. Kinrara - Wong Hock Aun (MCA) 

5. Gombak Setia - Said Anuar Said Ahmad (UMNO) 
6. Kota Anggerik - Mohd. Yusof Din (UMNO) - muka baharu 
7. Batu Tiga - Ahmad Nawawi M. Zin 
8. Seri Andalas - T. Mohan (MIC) 
9. Selat Klang - Faisal Yahya (UMNO) muka baharu 
10. Chempaka - Muhammad Faizal Sufar (UMNO) - muka baharu 
11. Pandamaran - Ching Eu Boon (MCA) - muka baharu 
12. Seri Kembangan - Chin Toong Kang (MCA) 
13. Sungai Pinang - Lee Siew Chee (MCA) - muka baharu 
14. Taman Medan - AB Wahab Ibrahim (UMNO) muka baharu 
15. Sekinchan - Kek Seng Hooi (MCA) - muka baharu 
16. Bukit Melawati - Jakiran Jacomah (UMNO) - muka baharu 
17. Rawang - Lee Li Yew ( MCA) 
18. Batu Caves - Rawisandran Narayanan (MIC) 
19. Hulu Kelang - Abdul Rahim Pandak Kamarudin (UMNO) 
20. Bukit Antarabangsa - Mohamad Nadzim Ibrahim (UMNO) - muka baharu 
21. Lembah Jaya - Baderisham Jolly (UMNO) - muka baharu 
22. Kajang - Lee Ban Seng (MCA) 
23. Bangi - Mohd. Zaidi Md. Zain @ Zakaria (UMNO) - muka baharu 
24. Balakong - Lai Kwong Choy (MCA) - muka baharu 
25. Subang Jaya - Gan Meng Foo (UMNO) 
26. Seri Setia - Tengku Rethwan Tengku Mansor (UMNO) - muka baharu 
27. Kampung Tunku - Chong Seng Foo (MCA) 
28. Damansara Utama - Lim Choon Kin (MCA) 
29. Kota Damansara - Halimaton Saadiah Bohan (UMNO) - muka baharu 
30. Meru - Sukaiman Ahmad (UMNO) - muka baharu 
31. Pelabuhan Klang - Nasarruddin M.Zin (UMNO) - muka baharu 
32. Kota Alam Shah - Datuk Maglin De Cruz (PPP) 
33. Sri Muda - Mohd. Abdul Raof Mokhtar (UMNO) - mula baharu 
34. Sijangkang - Zurihan Yusop ( UMNO) - muka baharu 
35. Teluk Datuk - Tan Cheng Chai (MCA) 
36. Sungai Panjang - Budiman Mohd. Zohdi (UMNO) - Muka baharu 
37. Sungai Air Tawar - Kamarol Zaki Abdul Malik (UMNO) - muka baharu 
38. Sabak - Abdul Halim Udin (UMNO)- muka baharu 
39. Hulu Bernam - Rosni Sohar (UMNO) - muka baharu 
40. Kuala Kubu Bharu - Ooi Hui Wen @ Jessie Ooi (MCA) - muka baharu 
41. Batang Kali - Mat Nadzari Ahmad Dahlan (UMNO) muka baharu 
42. Sungai Burong - Datuk Mohd. Samsudin Lias (UMNO) - penyandang 
43. Permatang - Sulaiman Abdul Razak (UMNO) - penyandang 
44. Jeram - Datuk Amirudin Setro (UMNO) - penyandang 
45. Kuang - Abdul Shukor Idrus (UMNO) - penyandang 
46. Taman Templer - Datuk Subahan Kamal (UMNO) - penyandang 
47. Dusun Tua - Ismail Sani (UMNO) - penyandang 
48. Semenyih - Johan Abdul Aziz (UMNO) - penyandang 
49. Sri Serdang - Mohamad Yusof Mohamed Yasin (UMNO) - muka baharu 
50. Paya Jaras - Datuk Ir. Bushro Mat Johor (UMNO) -penyandang 
51. Sementa - Md Ghazali Md Amin (UMNO) - tukar kawasan dari DUN Meru 
52. Morib - Hasiman Sidom (UMNO) - penyandang 
53. Tanjung Sepat - Nisman Yusof (UMNO) - muka baharu 
54. Dengkil - Shahrum Mohd. Sharif (UMNO) - muka baharu 
55. Sungai Pelek - Ng Chok Sin (MCA) - muka baharu 
56. Ijok - K.R. Parthiban (MIC)


senarai calon BN Wilayah persekutuan



1. Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin (Lembah Pantai)

2. Datuk Seri Tenhku Adnan Tenhku Mansor (Putrajaya)

3. Datuk Dr. Mohd Shafie Abdullah (Wangsa Maju)

4. Datuk Ahmad Fauzi Zahari (Setiawangsa)

5. Datuk Johari Abdul Ghani (Titiwangsa)

6. Rozman Isli (Labuan)

7. Datuk A.Chandrakumanan (Kepong)

8. Dr. Dominic Lau Hoe Chai (Batu)

9. Jayanthi Devi Balaguru (Segambut)

10. Frankie Gan Joon Zin (Bukit Bintang)

11. Nicole Wong Siaw Ting (Seputeh)

12. Teoh Chee Hooi (Cheras)

13. Tan Kok Eng (Bandar Tun Razak)


sumber papgomo dan uptown girls

Sabtu, 13 April 2013

الاسماء المشتقات

الاسماء المشتقات

اسم الفاعل
شاكر – عادل – معلم – مفسر – مجاهد – منافق – مسلم – محرم – متقدم – متأخر
مثله : تسعى حكومة ماليزيا نجو الدولة متقدم عام

اسم المفعول
ممنوع – مطلوب – مفصل – معظم – مبارك – ممارس – مكرم – مجمل – متعلم – متقدم
مثله :  هل تريد شراء السيارة الجديد ام مستعمل

الصفة المشبهة
ضجر – طرب – أعرج -  أَصلع   -   أَحور -  أَخضر -  عرجاءُ -  صلعاءُ - حوراءُ -  خضراءُ
مثله :  أَخوك حسنٌ صوتُه

اسم التفضيل
أفضل – أكبر – أسرع – أعلم – أكثر – أصغر – أحلى – أخبث – أحسن – أكرم
مثله : ألله اعلم حيث يجعل رسالته

الصغة مبالغة
عليم – حكيم – أمين – نظير – حسيب – جميل – كبير – كسير – عديل – عقيل
مثله : ان الله عليم حكيم

Jumaat, 5 April 2013

Rahsia Khusyuk dalam Solat

      

       Seorang ahli ibadah bernama Isam bin Yusof, dia sangat warak dan sangat khusuk dalam solatnya. Namun dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih baik ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang dirasakan kurang khusuk.

       Pada suatu hari Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim  dan bertanya: "wahai Aba Abdulrahman, bagaimana cara tuan solat ?"

Hatim berkata : " Apabila masuk waktu solat, aku berwuduk zahir dan  batin".
Isam bertanya: " Bagaimana whuduk zahir dan batin itu?"
Hatim berkata : " Wudhuk zahir sebagaimana biasa, iaitu membasuh semua anggota wudhuk dengan air. Sementara wudhuk batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara:-

1. Bertaubat
2. Menyesali dosa yang telah dilakukan
3. Tidak tergila-gilakan dunia
4. Tidak mencari/ mengharapkan pujian orang ( riya')
5. Tinggalkan sifat berbangga
6. Tinggalkan sifat khianat dan menipu
7. Meninggalkan sifat dengki."

        Seterusnya Hatim berkata:" Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku bayangkan Allah itu ada dihadapanku, surga disebelah kananku, neraka disebelah kiriku, malaikat maut di belakangku. dan aku bayangkan  pula seolah-olah aku berdiri di atas titian "Sirratul Mustaqim' dan aku menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat yang terakhir bagiku, kemudia aku aku berniat dan bertakbir dengan baik.

     Setiap bacaan dan doa dalam solat kufaham maknanya, kemudian aku aku rukuk dan sujud dengan tawadhuk, aku bertasyahhud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun.

     Apabila mendengar, menangislah Isam kerana membayangkan ibadahnya kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim

sumber: Himpunan kisah-kisah teladan

Seraiku sudah jadi

semalam aku ada mengambil gambar serai yang ku tanam dulu 
adalah sekarang ini 150 rumpun sahaja
hanyalah layak dibuat benih sahaja nanti
sambil jual sikit-sikit. oklah tu dapat juga hasil
sekarang aku gemburkan rumpun serai tu supaya serai cepat beranak pinak
serai ini aku belum bajakan lagi. mungkin sabtu ni aku belikan bajanya
serai ni bajanya adalah urea sahaja
murahkan 
tabur sahaja dekat perdu serai tu. dalam 2 minggu hijaulah pokok serai tu




Aku Si Tukang Karut

sudah agak lama aku tak menulis. bukan tidak cukup masa. kih kih kih
kerana setiap orang ada 24 jam sehari. ini adalah masa yang disediakan oleh Allah kepada anak adam,
tetapi mungkin kerana penat, sakit badan dan pening kepala menyebabkan aku malas nak menulis di blog ini.  hari ini hujan, aku tak ke kebun tapi mungkin pukul 6 nanti aku ke kebun lagi. ntah kenapa hari ini aku ada semangat untuk menulis semula walaupun tulisan ini hanyak layak dibakul sampahkan. namun kerana blog ini adalah blog aku maka suka ati akulah nak tulis apa-apa.


Selasa, 2 April 2013

Bagaimanakah struktur sosial mempengaruhi aspirasi dan pengalaman pendidikan dalam kalangan remaja? Apakah peranan yang boleh dimainkan oleh individu dan ciri-ciri peribadinya didalam menentukan pengalaman pendidikan seseorang dan peluang kehidupan seseorang individu


Struktur sosial seseorang remaja mampu mengubah atau mempengaruhi aspirasi  dan pengalaman pendidikan seseorang remaja itu samaada dia berada di kawasan luar bandar atau bandar, samaada remaja itu dari keluarga yang berada atau miskin, samaada remaja itu ibubapanya bekerja atau tidak, samaada remaja itu ibubapanya bercerai atau sebaliknya. Keadaan sosial ini memang banyak mempengaruhi  pengalaman dan inspirasi pendidikan mereka.
Kalau kita lihat remaja yang berasal dari Bandar umpamanya mereka terdedah dengan system sosial yang lebih kompleks berbanding dengan remaja yang berada di kawasan luar Bandar. Antaranya  adalah dari segi pergaulan.  remaja Bandar sememangnya lebih terbuka dari segi  pergaulan antara remaja lelaki  dengan remaja perempuan. Manakala sebaliknya berlaku dengan remaja di kampong atau kawasan luar Bandar. Remaja ini masih mengekalkan nilai-nilai dengan menghadkan pergaulan antara lelaki dan perempuan.
Manakala peranan yang yang boleh dimainkan pula oleh seseorang individu ini untuk menentukan pengalaman pendidikan seseorang itu umpamanya remaja tadi boleh diamainkan oleh sesiapa sahaja contohnya rakan sebaya, orang dewasa, ibubapa, pemimpin masyarakat, guru, media massa dan sebagainya.
Berkenaan soalan ini saya mengambil contoh ibubapa memainkan peranan sebagai  penentu pengalaman dan peluang pendidikan dan kejayaan remaja atau anaknya adalah amat besar sekali. Umpamanya  remaja atau anaknya boleh dihantar ke mana- mana sekolah samaada sekolah aliran agama, aliran vokasional, aliran sains atau pertanian ataupun aliran perdagangan. Ibubapa juga boleh jadi role model kepada remaja tersebut atau sebaliknya. Pendidikan agama juga boleh dilakukan atau diterapkan dirumah melalui pengalaman atau pembelajaran yang tidak rasmi kepada remaja tadi atau anak-anaknya.
Manakala ciri-ciri yang perlu ada kepada ibubapa tersebut adalah antaranya peribadinya adakah dinilaikan baik atau buruk oleh remaja atau anaknya itu. Sebagai contohnya peribadi ibubapa dari segi akhlak, rajin, sabar, berkeyakinan,  berkepimpinan, budi bahasa, perkataan dan sebagainya. Semuanya ini akan menentukan kejayaan pembetukkan pengalaman pendidikan seseorang remaja itu. Ibubapa ini adalah salah satu contohnya orang yang memainkan peranannya dalam menentukan pengalaman seseorang itu.
Tapi jangan pula kita lupa banyak lagi individu lain yang akan menentukan peluang dan pengalaman pendidikan seseorang itu. Seperti yang saya katakana tadi guru, rakan sebaya, pemimpin masyarakat dan sebagainya mententukan dari segi peratusan pengalaman dan pendidikan seseorang itu.