Isnin, 25 Mac 2013

Balik kampung- ada berani

sekarang dah cuti persekolahan. anda pula sekarang dimana????
saya pula sudah balik kampung.hi hi hi. maklumlah cuti hari raya cina yang lepas saya dan keluarga tidak balik kampung. Walaupun pada cuti ini anak ada tuiton di sekolahnya namun terpaksa ditinggalkan juga kerana hendak balik kampung. dari Hulu Selangor aku bertolak melalui Batang Kali dan seterusnya melalui Tanjung Malim, Perak. di Tanjung Malim pula aku melalui tol terus ke Simpang Pulai dan seterusnya kami melalui pula Cameron Higland. Disana kami singgah di kedai dan taman Strawbery.

antara gambar yang dapat ku ambil di Cameron Higland






 lihatlah anak-anakku riang di sana


 pokok strawbery di atas bumbung. kih kih kih





selepas beberapa ketika disana kami teruskan perjalanan melalui Gua Musang. di Gua Musang kami singgah makan di KFC bandar Gua Musang





pada kali ini semasa dalam perjalanan banyak betul lori balak. tidak pernah aku lihat lori balak sebanyak itu dalam perjalanan. aku sampai di rumah mertua jam 6.45 petang.  Rasa pening dan bengong. selepas mandi dah ok. selamat semuanya.