Jumaat, 26 Julai 2013

Pekerjaan Mengemis memang menguntungkan dan lumayan

2 pengemis raih RM9,000 sebulan


ANGGOTA penguat kuasa imigresen menangkap seorang pengemis warga Pakistan di persimpangan lampu isyarat di Jalan Sungai Ujong berhampiran Taman AST, Seremban kelmarin.


SEREMBAN - Dengan hanya bermodal wajah sedih sambil menghulurkan tisu di persimpangan lampu isyarat, dua pengemis warga Pakistan mampu meraih pendapatan mencecah RM9,000 sebulan.

Hi hi hi kalau mahu kaya jadilah pengemis. 

Pendakwah agama lain serta Syiah mesti dihukum jika berdakwah kepada orang Islam

Aku amat bersetuju jika negara Malaysia mengamalkan undang-undang ini kerana Perlembagaan Malaysia telah menetapkan bahawa agama penduduk Malaysia adalah islam dan agama lain boleh diamalkan tetapi di kalangan mereka sahaja. 

Manakala dari segi Pendakwah-pendakwah agama lain termasuklah agama Syiah patutlah dihukum jika didapati telah melakukan penyebaran agama selain islam. 
Kalau kita tengok undang-undang Iran contohnya Pendakwah Ahli Sunnah Wal Jamaah akan dihukum gantung jika didapati menyebarkan Mazhab ASWJ di Iran. 
penganut sunni dihukum gantung di Iran


Kenapa kita tidak boleh melakukan undang-undang yang sama di Malaysia bagi membendung fahaman Syiah dari berleluasa di Malaysia. 
Jika fahaman Syiah tidak dibendung. Saya bimbang fahaman ini akan memecahbelahkan perpaduan dan kehidupan Umat islam di Malaysia.

Jika keadaan ini tidak dapat dikawal dan dibendung dengan penganut Syiah sudah bertambah ramai maka sudah tentu menjadikan mereka lebih berani.
Keadaan ini akan menyebabkan ketidak selesaan kepada penganut Islam bermazhab ASWJ kerana Syiah menghalalkan darah penganut ASWJ.

Jika kita mendesak kerajaan berulangkali supaya mengambil tindakkan ke atas pengamal fahaman Syiah ini akan menyebabkan mereka tidak berani mengambil tindakan seberani sekarang ini dengan mengaku bahawa mereka adalah Penganut Syiah. 

Sekarang ini syiah serta pemimpin Syiah boleh mendakwa bermacam-macam, mempunyai Blog mereka sendiri, berdakwah melalui Facebook, berdakwah di IPTA dan sebagainya lagi. mereka ini boleh berdakwah secara terang-terangan dan dengan beraninya mempamerkan fahaman mereka itu.

Jadi disini saya berharap kerajaan dan sesiapa sahaja yang mempunyai kuasa bertindaklah dari sekarang kerana dibimbangi perpecahan umat islam akan berlaku di Malaysia ini