Jumaat, 5 April 2013

Rahsia Khusyuk dalam Solat

      

       Seorang ahli ibadah bernama Isam bin Yusof, dia sangat warak dan sangat khusuk dalam solatnya. Namun dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih baik ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang dirasakan kurang khusuk.

       Pada suatu hari Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim  dan bertanya: "wahai Aba Abdulrahman, bagaimana cara tuan solat ?"

Hatim berkata : " Apabila masuk waktu solat, aku berwuduk zahir dan  batin".
Isam bertanya: " Bagaimana whuduk zahir dan batin itu?"
Hatim berkata : " Wudhuk zahir sebagaimana biasa, iaitu membasuh semua anggota wudhuk dengan air. Sementara wudhuk batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara:-

1. Bertaubat
2. Menyesali dosa yang telah dilakukan
3. Tidak tergila-gilakan dunia
4. Tidak mencari/ mengharapkan pujian orang ( riya')
5. Tinggalkan sifat berbangga
6. Tinggalkan sifat khianat dan menipu
7. Meninggalkan sifat dengki."

        Seterusnya Hatim berkata:" Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku bayangkan Allah itu ada dihadapanku, surga disebelah kananku, neraka disebelah kiriku, malaikat maut di belakangku. dan aku bayangkan  pula seolah-olah aku berdiri di atas titian "Sirratul Mustaqim' dan aku menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat yang terakhir bagiku, kemudia aku aku berniat dan bertakbir dengan baik.

     Setiap bacaan dan doa dalam solat kufaham maknanya, kemudian aku aku rukuk dan sujud dengan tawadhuk, aku bertasyahhud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun.

     Apabila mendengar, menangislah Isam kerana membayangkan ibadahnya kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim

sumber: Himpunan kisah-kisah teladan

Seraiku sudah jadi

semalam aku ada mengambil gambar serai yang ku tanam dulu 
adalah sekarang ini 150 rumpun sahaja
hanyalah layak dibuat benih sahaja nanti
sambil jual sikit-sikit. oklah tu dapat juga hasil
sekarang aku gemburkan rumpun serai tu supaya serai cepat beranak pinak
serai ini aku belum bajakan lagi. mungkin sabtu ni aku belikan bajanya
serai ni bajanya adalah urea sahaja
murahkan 
tabur sahaja dekat perdu serai tu. dalam 2 minggu hijaulah pokok serai tu




Aku Si Tukang Karut

sudah agak lama aku tak menulis. bukan tidak cukup masa. kih kih kih
kerana setiap orang ada 24 jam sehari. ini adalah masa yang disediakan oleh Allah kepada anak adam,
tetapi mungkin kerana penat, sakit badan dan pening kepala menyebabkan aku malas nak menulis di blog ini.  hari ini hujan, aku tak ke kebun tapi mungkin pukul 6 nanti aku ke kebun lagi. ntah kenapa hari ini aku ada semangat untuk menulis semula walaupun tulisan ini hanyak layak dibakul sampahkan. namun kerana blog ini adalah blog aku maka suka ati akulah nak tulis apa-apa.