Rabu, 27 Mac 2013

Anak muridku-menghitung detik

Hari ini aku ingin menceritakan mengenai anak-anak muridku. mengajar di SJKC kalau dilihat dari segi bilangan amatlah sedikit dan senang untuk diajar. mungkin betul jangkaan anda dan mungkin juga tidak. Kenapa saya mengatakan begitu senang di SJKC mungkin tidak banyak tugas yang diberikan kepada kita. jawatan-jawatan seperti ajk PIBG tidak diberikan kepada kita kerana mesyuarat semuanya dalam bahasa cina. murid yang diajar dalam satu kelas juga sedikit serta boleh keluar makan diluar sewaktu rehat atau sewaktu free. 
manakala apabila saya mengatakan juga tidaklah begitu senang adalah kerana sedikitnya bilangan waktu yang diajar di SJKC di dalam subjek agama contohnya di SK masa yang diperuntukkan adalah 6 waktu manakala di SJKC adalah 4 waktu adalah bersamaan 2 jam seminggu untuk setiap kelas. sedangkan silibus yang perlu diajar adalah sama sahaja dengan SK. yang merumitkan lagi adalah gabungan kelas antara tahun 1&2, 3&4, serta tahun 5&6 manakala yang rumitnya adalah silibus yang perlu diajar adalah silibus yang tidak sama diantara kelas tahun yang berlainan ini.
 Yang membuatkan saya rasa bersalah adalah seorang murid saya yang gagal menguasai bahasa jawi . murid ini sekarang belajar di tahun 5. mulai tahun ini juga saya mengajar PRA sekolah. Manakala kelas pemulihan bahasa melayu setiap tahun saya diperlukan untuk membantu murid yang lemah menguasai bahasa melayu. sedangkan murid saya yang lemah itu tak dapat saya pulihkan.







 antara murid saya di dalam kelas


 murid kelas pemulihan









keceriaan murid Pra. mereka hanya tahu apabila selesai buat kerja " bintang yang banyak"

4 ulasan:

Kisah Si Dairy berkata...

salam
pelbagai ragam anak murid sekarang..suka tengok gelagat diorang.

Unknown berkata...

ya. saya hanya menulis apa yang tersarang dalam benak hati. juga untuk pengalaman dan pengetahuan anda yang luar sana. hi hi hi

Akupenghibur.com berkata...

salam cikgu .. itu lumrah menjadi pendidik .. apa pon mereka jua yang buatkan kita mampu tersenyum.. teruskan memebantu anak bangsa malaysia berjaya di muka bumi ALLAH ini :)

Unknown berkata...

ya terima kasih. hi hi hi cuma luahan hati seorang guru. seadanya. memang seronok juga mengharungi kepayahan dan kesenangan menjadi guru ni.