Khamis, 28 Mac 2013

Melawat Rumah di Pasir Mas

Sebelum aku kena marah tadi sebenarnya aku pergi ke pasir mas untuk melihat-lihat kawasan rumah yang sudah siap selama dua tahun tetapi tidak diduduki lagi. Rugi juga kerana tidak mendatangkan hasil apa-apa. mulanya ingat nak kasi sewa sahaja tetapi pendawaian elektrik masih tidak siap-siap. kih kih kih. Besok akan ku racun semak samun sekitar rumah ku ini.
antara gambar rumah ku 












ini pula gambar bangunan Majlis Daerah Pasir Mas dan pejabat tanah tiada dalam gambar yang akan beroperasi dalam masa terdekat adalah berdekatan dengan kawasan rumah saya. hi hi hi





Tolong!!!! Tolong !!!! aku kena maroh

Sebenarnya aku ini jenis yang susah nak marah tapi pemalu. tapi kejadian petang tadi menyebabkan aku rasa macam-macam, ada sedih, pilu, malu, kelakar, serba salah dan macam-macam perasaan lagi yang bermain dibenak fikiran. lamalah juga perasaan itu bermain-main difikiran dan benak hati. apa apa pun sekarang perasaan itu sudah hilang sedikit demi sedikit membuatkan aku rasa lega.
alkisahnya beginilah
isteri aku ingin membeli pencuci muka di wakaf bharu, jadi aku pun bawalah kereta jalan-jalan di wakaf bharu. sesudah membeli pencuci muka isteriku. aku pun terus pandu kereta hendak balik ke rumah. tiba di simpang itu adalah dua buah kereta hendak melintas jalan ke kiri. aku tengok ada ruang, rasa-rasanya muat disebelah kanan kerana aku hendak pergi kesebelah kanan, tiba-tiba aku terlangar cermin side miror kanan keretanya. aku pun angkat tangan. rasanya dia sudah melihat. lagi pun aku rasa tiada apa-apa yang tercalar cuma bergoyang sedikit sahaja
 aku pun bergerak sedikit lagi ke kanan, eh dia pula himpit aku, aku gerak lagi ke kanan, dia himpit lagi. aku pun buka cermin tingkap kereta dan dia pun sama dan ku lihat disebelahnya ada seorang wanita mungkin isterinya.
kita tengok dailognya. kih kih kih

aku : gapo
si suami kereta sebelah :  doh tok leh masuk, masuk jugok ( dengan nada marah )
aku : kawe dok napok ( suara biasa )
isteri kereta sebelah : bakpo tepuh ore suko-sukonyo. aku saye kreta aku. aku beli ni ( suara bekeng )
aku : aik tok ke kena sikit pun nok maroh, pah tu aku tok saye ko kreta aku ko ( juga dengan suara yang kasar kerana tercabar ngan bini dia)


aku pun tengok orang sekitar nampak ada tengok-tengok dekat kami. aku pun malulah jugok. aku tutup cermin lepas tu aku blah, malas nok layan.
mungkin juga kesilapan aku tak minta maaf. tak taulah.
apa kata anda. Ini adalah kenyataan aku, mungkin sebelah dia pula dia kata lain. 
sekadar gambar hiasan sahaja. kereta dia dah buruk doh. kalau aku dah tak ada selera nak pakai. kih kih kih. gurau jer.