Ahad, 29 September 2013

Harga Rokok naik minggu depan- Dunhill RM12 sekotak

Minggu depan harga rokok akan naik minggu ini
berikut adalah senarai harga rokok terbaru

bersedialah kepada perokok tegar. duit anda akan kurang lagi bulan ini.
sudah tentu perokok tegar akan memikirkan langkah-langkah untuk mengatasinya. samada untuk berhenti merokok atau berubah citarasa kepada rokok seludup. 
katakanlah anda merokok sekotak Dunhill sehari RM12 x 30 hari = Rm360 sebulan anda telah belanjakan untuk rokok sahaja. belum lagi masuk kenaikkan harga barang-barang yang lain lagi.
apa kata anda?


Operasi Khas Penangkapan Pendatang tanpa Izin Bagai Melepaskan Batuk di Tangga dan Untuk Mengkalabui Masyarakat



Operasi penangkapan pendatang izin di negara ini bagai melepas batuk di tangga kerana operasi ini hanya melibatkan masa-masa tertentu sahaja. Operasi ini hanya dapat menangkap 2000 lebih sahaja pendatang tanpa izin di Malaysia pada bulan ogos hingga september 2013 , walhal pendatang tanpa izin ini jumlah sebenarnya lebih ramai lagi kemungkinan 1 juta orang lebih. Kebanyakkan pendatang tanpa izin ini bebas berkeliaran di taman-taman perumahan, diladang-ladang, di kawasan projek dan banyak lagi yang menjadi tempat mereka tetapi jika melihat kepada jumlah penangkapan pendatang tanpa izin ini adalah amat jauh sekali.
Lagi pula operasi penangkapan pendatang tanpa izin ini hanya sesekali atau boleh dikatakan untuk menunjukkan kepada rakyat bahawa mereka telah buat kerja mereka walhal operasi ini tidak dilakukan secara berterusan. keadaan ini telah menyebabkan pendatang izin tanpa segan silu, bebas keluar masuk ke negara kita.
Bukan hanya pendatang tanpa izin dari indonesia sahaja tetapi dari bagladesh, pakistan, vietnam, negara-negara Afrika bebas dan bermaharaja lela di malaysia. walaupun begitu pihak-pihak bertanggung jawab tidak melihat perkara ini mendatangkan masalah kepada negara malaysia amnya dan kepada rakyat malaysia khasnya.
Padahal mereka ini datang ke Malaysia bukan hanya bekerja sebagai buruh binaan dan pekerjaan yang dibenarkan sahaja, Tetapi ramai dari pendatang ini telah mengambil kesempatan kerana kemalasan rakyat malaysia sendiri dengan merampas peluang-peluang pekerjaan dan peluang-peluang perniagaan di mana- mana sudut di negara ini.
tengoklah di pasar malam, pasar pagi dengan berjual sayur, buah-buahan, berjual ikan dan sebagainya telah dikuasai oleh pendatang dari Indonesia. Kedai runcit pula dikuasai oleh pendatang dari Indonesia atau Acheh.
Kedai karpet dan perabut pula dikuasai oleh pendatang dari Pakistan. Ini adalah dua contoh peluang-peluang perniagaan yang saya sebutkan telah di kuasai oleh kau-kaum pendatang. Lalu bagaimana pula keadaan ini boleh dibiarkan oleh pihak-pihak yang berkuasa.
Adakah sektor ekonomi akan dikuasai oleh kaum pendatang jika dibiarkan. Pada pandangan saya sudah tentu apabila dibiarkan oleh pihak berkuasa sektor ekonomi akan dikuasai oleh kaum-kaum ini manakala kaum Melayu pula akan hanya di kenali sebagai pihak pengguna sahaja.
Sebelum keadaan ini semakin parah, pihak-pihak yang berkuasa hendaklah mengambil inisatif menangkap dan menghalau pendatang-pendatang ini dari bebas berkeliaran dan merampas peluang-peluang rakyat Malaysia.
Biar mereka takut dan tidak bebas berkeliaran  di Malaysia. Selagi kebebasan mereka tidak di sekat dan dihalang. selagi itulah masalah pendatang tanpa izin ini tidak akan selesai.

sumber : http://www.tv3.com.my/beritatv3/tajuk_utama/Operasi_Banteras_Pati_Terus_Jadi_Agenda_Utama.html