Ahad, 24 Februari 2013

Murid tua belajar

kelana musafir menulis.......

Sebelum aku bergelar pelajar di universiti terkemuka dan terkenal dengan latar belakang islamnya. Aku memang telah berangan-angan ingin melanjutkan pelajaran ku ke universiti namun oleh kerana banyak masalah yang terpaksa dihadapi membuatkan aku sering melupakan cita-cita ku itu.
Apabila aku ditawarkan ke UIAM awal tahun 2012, agak gemuruh juga kerana pada pandangan ku mestilah di UIAM akan diajar dengan menggunakan bahasa Arab atau Inggeris. Namun berbekalkan fikiranku " orang lain boleh melakukannya, kenapa tidak aku". Aku melalui sessi pendaftaran dan di sini aku mengetahui bahawa subjek akan di ajar dalam bahasa Melayu membuat aku lega sekali.
Seiring dengan masa, aku telah setahun belajar disana. Walaupun subjek yang diajar agak mudah berbanding dengan pelajar-pelajar yang baru lepasan SPM atau STPM. Namun bagi kami agak payah sekali kerana terpaksa melalui tempoh pekerjaan dan pelajaran yang terpaksa dihadapi dalam masa yang sama.

Gelagat kami didalam kelas ada berbagai ragam, ada yang bingung, yang tidur, yang selalu bertanya
yang teruja dengan sessi pembelajaran. Kebanyakkan dari kami yang sudah bertahun lamanya mengajar dan untuk menyesesuaikan diri dengan alam pembelajaran amat susah dan getir sekali. Tetapi walaupun begitu keputusan peperiksaan kami amat cemerlang sekali. Pensyarah pula tidak memberatkan kami dengan tugas-tugas yang susah untuk kami lakukan.
Tugasan yang dilakukan tidaklah memerlukan kami bertapa di Perpustakaan. Tapi jika ada diantara kami yang bertapa di perpustakan, aku tabik spring. Tentu member aku ini amat cemerlang. Anugerah Dekan  dalam gengamannya. ha ha ha
Apa-apa pun aku baru di tahun dua, dihari kemudian tidak dapat dijangka apa akan berlaku. Aku hanya akan berserah kepada Allah jua. Mana yang baik dan mana yang buruk aku akan terima jua dengan redha sekali. In syaaa Allah.
Kepada rakan-rakan ku ucapakan selamat berjaya semuanya