Khamis, 28 Februari 2013

Bangkang dari Longkang



Pelawak terkenal beraksi lagi. aksi lawak Nabil ini adalah sambungan dari versi-versi yang lalu. Antara versi yang terdahulu Nabil beraksi dengan para pelawak lain antaranya Pelawak Salleh Yaakub.  Dalam versi terdahulu Pelawak yang dikenali sebagai SY dari Radio Sinar fn telah dikritik dengan hebat sehingga menyebabkannya mengundurkan diri dari bidang hiburan tanah air. Bagaimana pun sehingga kini Salleh Yaakub tidak diketahui akan beralih kepada bidang apa pula. Kemungkinan besar menjadi calon BN untuk pilihanraya kali ke 13 ini. kah kah kah

Selasa, 26 Februari 2013

Pilihanraya- orang miskin dipergunakan

Kelana Musafir menulis....

Orang miskin dan fakir adalah golongan yang memerlukan bantuan untuk membantu kehidupan mereka seharian. Golongan ini sering digunakan dan dipergunakan oleh pihak-pihak tertentu semasa pilihanraya. 
Sewaktu inilah orang miskin ini akan dibeli dengan mengistiharkan keluar parti tertentu didalam akhbar harian mahupun media masa elektronik seperti televisyen dan blog atau laman web tertentu.
gambar adalah ihsan
http://www.amaliah-astra.com

Kita tidak nafikan golongan ini sememangnya layak dan patut dibantu bukan dengan dipergunakan dengan tujuan-tujuan yang menjatuhkan maruah mereka terutama sekali pada setiap kali hampirnya pilihanraya.
Seolah-olah golongan ini hanya mainan pihak-pihak yang berkepentingan di musim pilihanraya dan pada waktu lain ditinggalkan tanpa dibantu dengan bantuan yang sepatutnya di negara Malaysia yang dikatakan mewah ini.
Sewaktu selepas pilihan raya mereka yang berkepentingan tadi seolah-olah lupa dengan jasa-jasa rakyat yang mengundi mereka.
Golongan fakir dan miskin tadi ditinggalkan terkapar-kapar meminta bantuan yang dijanjjikan kepada mereka.
Beginikah caranya mereka dihina
Dimana maruah mereka.
Anda tentukan

Isnin, 25 Februari 2013

Tarikh Pihanraya Umum kali 13

kelana musafir menulis.......






Kali ini aku akan membuat andaian pula mengenai tarikh pilihanraya umum kali ke 13 ini.
pada pandangan aku Pilihanraya kali 13 ini akan diadakan pada Khamis 28/3/2013.
pada waktu ini adalah merupakan cuti penggal persekolahan. Ramai pegawai kerajaan terutama guru-guru sekolah pada waktu ini sedang bercuti. Tambahan pula kebanyakkan guru yang bertugas dipusat-pusat pengundi sebagai pegawai pilihanraya. Ini tidak akan menganggu juga proses pembelajaran murid-murid sekolah kerana pada waktu ini adalah dalam masa cuti penggal.
Apa-apa pun kita tunggu betul atau tidak kih kih kih

Ahad, 24 Februari 2013

Murid tua belajar

kelana musafir menulis.......

Sebelum aku bergelar pelajar di universiti terkemuka dan terkenal dengan latar belakang islamnya. Aku memang telah berangan-angan ingin melanjutkan pelajaran ku ke universiti namun oleh kerana banyak masalah yang terpaksa dihadapi membuatkan aku sering melupakan cita-cita ku itu.
Apabila aku ditawarkan ke UIAM awal tahun 2012, agak gemuruh juga kerana pada pandangan ku mestilah di UIAM akan diajar dengan menggunakan bahasa Arab atau Inggeris. Namun berbekalkan fikiranku " orang lain boleh melakukannya, kenapa tidak aku". Aku melalui sessi pendaftaran dan di sini aku mengetahui bahawa subjek akan di ajar dalam bahasa Melayu membuat aku lega sekali.
Seiring dengan masa, aku telah setahun belajar disana. Walaupun subjek yang diajar agak mudah berbanding dengan pelajar-pelajar yang baru lepasan SPM atau STPM. Namun bagi kami agak payah sekali kerana terpaksa melalui tempoh pekerjaan dan pelajaran yang terpaksa dihadapi dalam masa yang sama.

Gelagat kami didalam kelas ada berbagai ragam, ada yang bingung, yang tidur, yang selalu bertanya
yang teruja dengan sessi pembelajaran. Kebanyakkan dari kami yang sudah bertahun lamanya mengajar dan untuk menyesesuaikan diri dengan alam pembelajaran amat susah dan getir sekali. Tetapi walaupun begitu keputusan peperiksaan kami amat cemerlang sekali. Pensyarah pula tidak memberatkan kami dengan tugas-tugas yang susah untuk kami lakukan.
Tugasan yang dilakukan tidaklah memerlukan kami bertapa di Perpustakaan. Tapi jika ada diantara kami yang bertapa di perpustakan, aku tabik spring. Tentu member aku ini amat cemerlang. Anugerah Dekan  dalam gengamannya. ha ha ha
Apa-apa pun aku baru di tahun dua, dihari kemudian tidak dapat dijangka apa akan berlaku. Aku hanya akan berserah kepada Allah jua. Mana yang baik dan mana yang buruk aku akan terima jua dengan redha sekali. In syaaa Allah.
Kepada rakan-rakan ku ucapakan selamat berjaya semuanya

Khamis, 21 Februari 2013

Nujum: Pilihanraya Umun ke 13

Kelana Musafir menulis.... 

Pada kali ini aku ingin memperkata dan membuat analisa atau boleh dikatakan juga membuat andaian atau nujum (nujum Pak Belalang) hi hi hi. Bukan mengunakan bomoh atau pawang atau jampi serapah tetapi hanya andaian aku semata-mata tiada kena mengena dengan orang yang hidup atau sudah mati. 

Kali ini aku akan memperkatakan mengenai kemenangan antara BN dan Pakatan Rakyat mengikut negeri-negeri di Malaysia. 

Pada pilihanraya umum nanti PR akan kalah di kebanyakkan negeri antaranya selangor dan Kedah dan mendapat kemerosotan kerusi di negeri-negeri yang lain. 
Kemerosotan undi PR kali ini adalah disebabkan undi kaum India kerana pada pilihanraya umum ini dilihat lebih memihak kepada BN.
Manakala DAP pula akan mendapat lebih banyak kerusi pada pilihanraya kali ini antaranya Negeri Melaka dan Serawak.

Walaupun begitu jika ada isu-isu yang besar muncul berdekatan pilihanraya nanti maka andaian ini akan tersasar


FAM di kritik lagi

Kelana Musafir menulis....

Johor Bharu. Hari ini mengikut sumber dari akbar Harian Metro Presiden Persatuan Bola sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengkritik mutu mutu pengadilan dengan mengatakan bahawa mutu pengadilan di Malaysia di tahap amatur dan tidak profesional. Menurutnya lagi mutu pengadilan yang tidak adil semasa perlawanan liga malaysia antara Johor Darul Takzim dengan pasukan-pasukan lain.

Manakala Presiden Pesatuan Bola Sepak Perlis Datuk Seri Shahidan Kasim telah menerima hukum dari FAM iaitu pengantungan selama 2 tahun enam bulan dan denda RM39.000 kerana kritikan yang diberikan sebulan yang lalu. Datuk Seri Shahidan Kasim mengatakan " FAM adalah persatuan yang meloyakan"

Menurut Kelana Musafir pula : kita tunggu drama bersiri ini. kita lihat siapa yang kena kih kih kih

mari kecek kelate

kamus kelana musafir.....

perbuatan :

kijo   =    kerja
make   =    makan
hungga =    lari
gotel  =    uli
nyepak =    penyepak
nppa   =    penampar
bekeng =    benggis/bengis
biso   =    handal/hebat
ngaja  =    mengajar
nyidir =    menyindir
jale   =    jalan/jalan-jalan
jalo   =    menjala
gocoh  =    bertumbuk
kecek  =    bercakap/
khenat =    khianat/ buat jahat
nganyi =    menyidir/mengolok-olokkan
dooh   =    melampau
ngaji  =    belajar
naghi  =    menari
cedung =    menanam padi dengan tangan
bekwoh =    kenduri
igat   =    tangkap
rukah  =    panjat

orang
nupe   =    penumpang/




Masa

loni   =    sekarang/masa ini/ zaman ini
jame   =    zaman
pete   =    petang
mulo   =    dulu

Soalan

bakpo  =    mengapo
mano   =    ke mana/dimana
gapo   =    buat apa
gano/guano = bagaimano

Benda

huje   =    hujan
ike    =    ikan
je     =    jam
samah  =    50 sen
seria  =    RM1
duo ya =    RM2
peta   =    petai
lado   =    lada/chili


Rasa  

manih leting =  tersangat manis
pahik lepe   =  tersangat pahit
kelak daha   =  tersangat kelat

Bau

busuk banga  =  tersangat busuk

warna 

meroh nyalo  =  tersangat merah
hite lege    =  tersangat hitam


kalau ada yang nak tambah atau nak komen ke dipersilakan. 
kamus ini akan diedit selalu






Rabu, 20 Februari 2013

Hari kantin sekolah ku

Kelana Musafir menulis.... Batang Kali. hari ini sekolahku mengadakan Hari Kantin. jadi hari ini aku ditugaskan untuk mengambil gambar. aku pun dengan suka atinya snap mana patutlah. mari kita semua lihat hari kantin sekolah ku ini




Telur herba

gambar atas cikgu sekolah ku yang paling comel. hi hi hi sedang menjual ayam goreng.
gambar kanan abang Menteri sedang menjual apam balik seperti biasa setiap tahun bila ada hari kantin

Selasa, 19 Februari 2013

MSSS Ping-Pong

Kelana Musafir menulis.... 
Hari ini aku manghantar murid untuk menjalani latihan pusat di SJKC Khing Ming.
Walau pun sangat payah kerana mempunyai hanya satu kereta sahaja. Oleh sebab isteriku juga bekerja dan menggunakan kereta yang satu-satu itu. namun kerana aku jurulatihnya terpaksalah aku usahakan juga menghantar murid ke sana.

Anime Comments Pictures
More Images @ MyNiceProfile.com
inilah wajah-wajah murid ku. walaupun susah hendak ku sebut namanya. bergambar di pintu masuk Sjkc Khing Ming. Mereka ini akan mewakili kategori perempuan terbuka. 2 singgle dan 2 berpasangan kerana pada peringkat MSSD mereka mendapat Johan dan Naib Johan bagi perseorangan manakala Johan dan Naib johan bagi kategori Beregu.






 sedang berlatih. hi hi hi
tuan rumah untuk MSSS kali adalah Sabak Bernam. Tahun lepas 3 orang murid dari sekolahku juga menyertai MSSS di Kuala Selangor, tapi memang lauk. kalah pusingan awal lagi. Kali ini juga mungkin menerima nasib yang sama.
nak buat camna. jurulatih hanya tau asas main ping pong. macammana nak kasi budak teror.

Ahad, 17 Februari 2013

Kelana si musafir: Menanam Serai

Kelana si musafir: Menanam Serai

Suasana Antaragapi Di Pagi Sabtu

Kelana Musafir menulis....

Kali ini aku akan menceritakan mengenai susana di antaragapi. Aman, damai, hening, sedih, pilu dan macam-macam lagi. ha ha ha
<
 kalau tengok kiri kanan jalan penuh dengan pokok-pokok kayu.  ummmmmmmmmmm segar dan nyaman udara di sini
<
kereta dan orang pun tak de.
sampai boleh bermain bola kat jalan rayalah. kih kih kih
kecurian juga jarang berlaku.
awas jiran saya polis. lagipun disini rela dan rukun tetangga aktif sekali.


Menanam Serai

Kelana Musafir menulis....
Kali ini pula saya ingin menunjukkan serai yang saya tanam sebelum saya pergi ke Sungai Buloh
 Senang jer tanam serai ni. Jika untuk cara tanam banyak. Cangkul sekali pastu pacak jer.
 ini pun baru sikit jer. nanti saya akan penuhkan kebun saya ini dengan serai. hi hi hi
Benih member saya sponsor. hi hi hi. ambik free. kih kih kih
Dulu memang saya pernah buat projek serai. sebelum saya tanam pisang, kebun saya ni saya tanam dengan serai semuanya. masa tu ada orang nak beli
semuanya sekali. apa lagi kami bertiga buat projek serai. tiba-tiba diorang tak mau pulak beli serai kami.
sekarang kami jual kat kedai-kedai makan sekitar Batang Kali.
Harga kalau 100 batang serai kami jual RM8. Ha ha ha ok tak tu.
100 batang dalam 3 rumpun dah dapat

Jalan-jalan ke Sungai Buloh

Kelana Musafir menulis....
 hi hi hi salam kawan kawan. Hari ni saya ingin berkongsi perjalanan saya ke Sungai Buloh. Tujuan utama saya ke Sungai Buloh adalah untuk membeli anak pokok limau kasturi . hi hi hi
dengan kereta ni lah saya pergi sana. kereta kawan ni. bukan saya punya.













Kami bertolak dari rumah pun sudah pukul 11.45 pagi kerana sebelum itu saya tanam serai kat kebun saya.
hi hi hi. bila perut terasa lapar, singgahlah kat restoran Sri Indah Kg Melayu batu 16 Rawang.
Fuyoo. ramainya orang, lauk pulak sedap. malu nak ambik gambar.
melantaklah kami berempat.






kami sampai ke Sungai Buloh pukul 12.45
kami pun apa lagi mulalah melilau cari kedai yang menjual pokok buah limau kasturi











 Ha... apa lagi kawan saya tu, bila dah jumpa pokok limau

 sambil tu saya snap rumput karpet
 tengah tengok pokok lain, macam-macam ada
anak cempedak, anak nangka, pokok ajaib pun ada, hi hi hi
 buah limau. saya pun tak tau limau amenda ni kih kih kih
 snap pulak pokok chili.
Fuyoo lebat tu buahnya
 Akhirnya kami dibawa ke kebun yang dalam sikit oleh pekerja bangla dengan menaiki kereta kami.
Baunya ok jer. takdelah seperti yang dikata oleh K. Rajagopal tu. kih kih kih

 Banyak kan kan kan limaunya.
kawan saya tu beli 100 pokok limau kasturi.
saya pula  10 pokok jer ha ha ha
murah aje pokok kat sana dalam RM4 saja.
kalau kat Hulu Selangor dah tentu RM8.
untunglah sikit

 sambil tu saya snap pulak pokok bunga
 bunga taik ayam. macam-macam caler ada



Jumaat, 15 Februari 2013

Kenangan Semasa Di MPBP

kelana musafir : Kenangan Semasa Di MPBP: Kelana Musafir menulis....  Mengimbau kisah lalu di samping kawan-kawan amat indah untuk dibicarakan. seronok serta indah sekali kenan...

Khamis, 14 Februari 2013

Rumahku Surgaku

Kelana Musafir menulis....

Rumah yang ku beli ini sudah 8 tahun aku duduki.
sebelum aku membeli rumah di Antaragapi ini. aku pernah membuat bayaran pendahuluan untuk membeli rumah di Bukit Sentosa. namun banyak kawan-kawanku tidak mengesyorkan aku membeli rumah disitu Kerana banyak berlaku kecurian di kawasan Bukit Sentosa pada waktu itu. Jadi aku pun batalkan pembelian tersebut. Hendak dijadikan cerita ada kawanku membeli sebuah rumah di Antaragapi, jadi aku pun saja ronda-ronda kat hulu selangor dan salah satu kawasan yang aku lawati itu sudah tentulah Antaragapi. Aku lihat kawasan ini cukup aman, damai, seperti suasana kampung dengan pokok-pokok yang ditanam di kiri kanan jalan dan dihadapan rumah oleh pihak PKNS membuatkan aku terpikat untuk membeli rumah di kawasan ini.


pandangan hadapan rumah 
Anak-anakku

Kebun Member ku

Kelana Musafir menulis....
Kali ini pula aku akan menceritakan mengenai kebun member ku. member ku ini juga sepertiku ini. Mengajar di sekolah cina@ sjkc juga sepertiku walaupun berlainan sekolah. Semenjak awal 8 tahun lepas, telah mengusahakan tanah-tanah terbiar dan bersemak di sekitar Taman Antaragapi ini. Sekarang tanah yang telah diusahakannya adalah dalam lingkungan 7 ekar dan pendapatannya setiap bulan kerana mengusahakan kebun-kebunnya adalah RM2000 lebih setiap bulan dengan tanaman limau nipis, limau kasturi, serai, pucuk ubi kayu serta pisang.
Hi hi hi. petang tadi aku pergi mengambil gambarnya sedang mengambil buah kelapa sawit. kelapa sawit yang ditanamnya tidaklah banyak iaitu dalam 60 pokok sahaja.
puas aku memangil oooo tapi tiada jawapan. akhirnya dapat ku cari, rupanya dia berada dihujung sekali kebunnya. kalau lihat betul-betul dibelakangnya ada sebuah sungai dan di belakang sungai itu pula adalah kebun sayur.




Kebanyakkan pisang yang ditanamnya sudah rosak terkena penyakit pisang. kelihatan anak-anak pisang yang tumbuh dari pokok yang telah dimusnahkan angkara penyakit pisang







 Gambar yang ku ambil dari luar pagar kebunnya.
kebunnya dipenuhi pokok-pokok limau. 
hi hi hi nak memetik buah limaunya juga susah kerana jarak antara pokok tidak mengikut jarak yang sepatutnya.
kelihatan juga pokok buah naga di pagarnya telah rosak. percubaannya untuk menanam buah naga tidak berjaya. hi hi hi.




Gambar ini pula adalah tanah yang baru diterokainya bersebelahan dengan loji indahwater. Lalang telah siap dipotong dan telah diracun. Kelitan juga dalam gambar dibawah adalah lalang yang belum dipotongnya dan kawasan tersebut juga akan diterokainya. Menurutnya tempat ini akan ditanam dengan serai dan limau kasturi



Kebunku

Kelana Musafir menulis....

Hari ini aku ingin menceritakan serba sedikit mengenai kebun yang aku usahakan. sebenarnya sudah agak lama aku tak ke kebun. Agaknya 2 tahun aku tak usahakan kebunku itu. pada akhir bulan 12 tahun 2012. tiba-tiba aku tergerak hati hendak mengusahakan kebun ku kembali. Tanah yang ku tanam ini sebenarnya rasanya milik TNB. hi hi hi main belasah jer... tanam

 nasib baik walaupun dah 2 tahun tak usahakan namun masih ada pokok yang masih hidup. hi hi hi
 Pokok limau nipis sudah 5 tahun usianya. tapi masih lagi kecil dan tak berbuah kerana sudah lama berada di dalam semak
 Juga jambu air ini. usianya sudah 5 tahun
 hi hi hi. alahai pokok betikku. dan dibelakang pokok betik itu adalah kebun orang lain
 usahaku menanam semula serai. hajatnya inginku penuhkan tanah yang masih kosong dengan serai

 Pokok nangka madu. ku tanam semula kerana pokok nangka yang ku tanam dulu tidak dapat diselamatkan sekarang tinggal tunggul sahaja. gambar bawah tunggul nangka madu yang pernah beberapa kali berbuah. isinya oren dan amat sedap sekali


 usia pokok mempelam sudah 2 
tahun. juga sudah lama berada didalam semak
 jambu air juga. sudah 2 tahun berada didalam semak. nasib baik dapat diselamatkan
 usahaku menanam pokok rambutan anak sekolah. telah digenangi air dek kerana hujan 
motor yang ku bawa kehulu kehilir. sudah 15 tahun motor ini masih tetap setia disisiku. 
siapa yang berminat untuk membelinya aku ingin menjual dengan harga RM5000.00 sahaja.
sekarang motor ini amat susah dicari honda high5