Khamis, 14 Februari 2013

Rumahku Surgaku

Kelana Musafir menulis....

Rumah yang ku beli ini sudah 8 tahun aku duduki.
sebelum aku membeli rumah di Antaragapi ini. aku pernah membuat bayaran pendahuluan untuk membeli rumah di Bukit Sentosa. namun banyak kawan-kawanku tidak mengesyorkan aku membeli rumah disitu Kerana banyak berlaku kecurian di kawasan Bukit Sentosa pada waktu itu. Jadi aku pun batalkan pembelian tersebut. Hendak dijadikan cerita ada kawanku membeli sebuah rumah di Antaragapi, jadi aku pun saja ronda-ronda kat hulu selangor dan salah satu kawasan yang aku lawati itu sudah tentulah Antaragapi. Aku lihat kawasan ini cukup aman, damai, seperti suasana kampung dengan pokok-pokok yang ditanam di kiri kanan jalan dan dihadapan rumah oleh pihak PKNS membuatkan aku terpikat untuk membeli rumah di kawasan ini.


pandangan hadapan rumah 
Anak-anakku

Kebun Member ku

Kelana Musafir menulis....
Kali ini pula aku akan menceritakan mengenai kebun member ku. member ku ini juga sepertiku ini. Mengajar di sekolah cina@ sjkc juga sepertiku walaupun berlainan sekolah. Semenjak awal 8 tahun lepas, telah mengusahakan tanah-tanah terbiar dan bersemak di sekitar Taman Antaragapi ini. Sekarang tanah yang telah diusahakannya adalah dalam lingkungan 7 ekar dan pendapatannya setiap bulan kerana mengusahakan kebun-kebunnya adalah RM2000 lebih setiap bulan dengan tanaman limau nipis, limau kasturi, serai, pucuk ubi kayu serta pisang.
Hi hi hi. petang tadi aku pergi mengambil gambarnya sedang mengambil buah kelapa sawit. kelapa sawit yang ditanamnya tidaklah banyak iaitu dalam 60 pokok sahaja.
puas aku memangil oooo tapi tiada jawapan. akhirnya dapat ku cari, rupanya dia berada dihujung sekali kebunnya. kalau lihat betul-betul dibelakangnya ada sebuah sungai dan di belakang sungai itu pula adalah kebun sayur.




Kebanyakkan pisang yang ditanamnya sudah rosak terkena penyakit pisang. kelihatan anak-anak pisang yang tumbuh dari pokok yang telah dimusnahkan angkara penyakit pisang







 Gambar yang ku ambil dari luar pagar kebunnya.
kebunnya dipenuhi pokok-pokok limau. 
hi hi hi nak memetik buah limaunya juga susah kerana jarak antara pokok tidak mengikut jarak yang sepatutnya.
kelihatan juga pokok buah naga di pagarnya telah rosak. percubaannya untuk menanam buah naga tidak berjaya. hi hi hi.




Gambar ini pula adalah tanah yang baru diterokainya bersebelahan dengan loji indahwater. Lalang telah siap dipotong dan telah diracun. Kelitan juga dalam gambar dibawah adalah lalang yang belum dipotongnya dan kawasan tersebut juga akan diterokainya. Menurutnya tempat ini akan ditanam dengan serai dan limau kasturi



Kebunku

Kelana Musafir menulis....

Hari ini aku ingin menceritakan serba sedikit mengenai kebun yang aku usahakan. sebenarnya sudah agak lama aku tak ke kebun. Agaknya 2 tahun aku tak usahakan kebunku itu. pada akhir bulan 12 tahun 2012. tiba-tiba aku tergerak hati hendak mengusahakan kebun ku kembali. Tanah yang ku tanam ini sebenarnya rasanya milik TNB. hi hi hi main belasah jer... tanam

 nasib baik walaupun dah 2 tahun tak usahakan namun masih ada pokok yang masih hidup. hi hi hi
 Pokok limau nipis sudah 5 tahun usianya. tapi masih lagi kecil dan tak berbuah kerana sudah lama berada di dalam semak
 Juga jambu air ini. usianya sudah 5 tahun
 hi hi hi. alahai pokok betikku. dan dibelakang pokok betik itu adalah kebun orang lain
 usahaku menanam semula serai. hajatnya inginku penuhkan tanah yang masih kosong dengan serai

 Pokok nangka madu. ku tanam semula kerana pokok nangka yang ku tanam dulu tidak dapat diselamatkan sekarang tinggal tunggul sahaja. gambar bawah tunggul nangka madu yang pernah beberapa kali berbuah. isinya oren dan amat sedap sekali


 usia pokok mempelam sudah 2 
tahun. juga sudah lama berada didalam semak
 jambu air juga. sudah 2 tahun berada didalam semak. nasib baik dapat diselamatkan
 usahaku menanam pokok rambutan anak sekolah. telah digenangi air dek kerana hujan 
motor yang ku bawa kehulu kehilir. sudah 15 tahun motor ini masih tetap setia disisiku. 
siapa yang berminat untuk membelinya aku ingin menjual dengan harga RM5000.00 sahaja.
sekarang motor ini amat susah dicari honda high5