Ahad, 17 Mac 2013

Bersalaman antara lelaki dan perempuan bukan Muhrim

Dikalangan melayu yang beragama islam hari ini, banyak hukum-hukum islam terlepas pandang dan tidak mengambil kisah terutamanya kepada remaja-remaja islam hari ini. Bersalaman dengan kawan-kawan antara lelaki dan perempuan menjadi perkara biasa sahaja. Sepasang kekasih pula menjadikan cium tangan apabila hendak berpisah sementara seperti balik rumah, pergi kerja atau pergi sekolah menjadikan amalan bersalaman atau bercium tangan amalan biasa dan tidak menjadi kesalahan atau tidak dilihat sebagai dosa yang perlu dijauhi. Tambah-tambah pula ibu bapa dan orang dewasa tidak menegah perkara ini dari terus berlaku.  Menteri agama hari ini juga telah mengelirukan masyarakat dengan mengunakan amalan bersalaman dan mencium tangan sebagai amalan biasa yang sepatutnya dijauhi dan dihindarkan.

Mari kita tengok Hukum bersalaman antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim ini.

1. Haram
Jika disertai dengan syahwat dan menimbulkan fitnah. Ini adalah disebabkan memutuskan jalan yang menuju kejahatan itu adalah wajib.

Antara hujjahnya adalah seperti berikut :
i] Hadis riwayat Aisyah r.a mengenai baiah yang dilakukan oleh Rasulullah SAW terhadap beberapa perempuan.
Aisyah berkata : Demi Allah tangan baginda tidak menyentuh seorang perempuan pun dalam pembaiah itu. Baginda hanya membaiah mereka dengan perkataannya : Benar-benar aku telah baiah kamu atas hal ini.
                                                                                                                                (Riwayat Bukhari)
ii] Rasulullah SAW bersabda:
" Sesungguhnya aku tidak berjabat tangan dengan perempuan, ucapan aku kepada seseorang perempuan seperti kataku kepada seratus perempuan"
                                                                                                                          (Riwayat Ibnu Hibban)
2. Harus

Wanita tua yang tidak mempunyai ghairah atau anak-anak kecil perempuan yang tidak mempunyai syahwat.
harus sekiranya tidak menimbulkan fitnah.

Antara hujjahnya adalah seperti berikut :
i] Firmah Allah dalam Surah An-Nur, ayat 60 yang bermaksud:
" Dan perempuan-perempuan tua yang telah terhenti ( daripada haid dan mengandung) yang tiada keinginan kawin ( lagi ), Tiadalah dosa atas mereka menanggalkan pakaian mereka yang tidak (bermaksud) menampakkan perhiasan dan berlaku sopan adalah lebih baik bagi mereka.Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Bijaksana."

ii] Mazhab Syafie
  a) Kaedah  Mazhab Syafie:
      "tidak halal bersalaman antara lelaki dan perempuan melainkan berlapik"
  b) Surah Al-Nisa, ayat 43 yang bermaksud :
       " Atau kamu bersentuh dengan wanita, Kamudian kamu tidak mendapat air maka hendaklah bertayamum dengan tanah yang suci.




gambar  diambil dari  http://milosuam.blogspot.com/2013/01/ustazah-mashitah-jawab-hukum-beliau.html










2 ulasan:

Unknown berkata...

Itulah realiti kehidupan masyarakat di Malaysia sekarang. Rakyat menjadikan pemimpin sebagai idola, tanpa pertimbangan ilmu untuk membezakan mana yang halal dan haram. Pemimpin pula terutama yang bergelar ulama, membuat hukum sesuka hati. Contohnya bila dikeluarkan fatwa membolehkan berhutang untuk menunaikan haji. Sungguh tak masuk dek akal.

Unknown berkata...

hi hi hi. bab haji ini saya tak mau komen banyak tapi. di indonesia memang boleh berhutang untuk menunaikan haji sebab tulah orang indonesia pergi haji kalau kita tengok yang masih muda-muda lagi.
manakala di malaysia pula kita sedia maklum orang yang menunaikan haji kebanyakannya pula tua-tua. dah tak larat dah nak berjalan. kih kih kih