Ahad, 16 Jun 2013

Pendapatan tetap dan lumayan dengan menanam serai

Kali ini aku ingin berkongsi dengan anda semua mengenai pendapatan dengan menanam serai.
Menanam serai agak senang dan mudah hendak diuruskan atau dijaga. tidak seperti menanam sayur yang lain kerana banyak penjagaan perlu dilakukan.
Akan tetapi serai hanya permulaannya sahaja perlu dijaga dengan disiram dengan air, itu pun jika tidak hujan. manakala jika hujan aktiviti penyiraman tidak diperlukan lagi.

untuk pendapatan tetap RM1000 sebulan. Tanah yang diperlukan adalah 1/2 ekar
Mula tanah itu perlu diracun dengan mengunakan racun serap seperti Raundup dan seangkatan dengannya
Selepas lebih kurang 2 minggu aktiviti menanam serai boleh dimulakan.aktiviti ini senang sahaja dengan cara cangkul sikit dan cucuk benih serai mengikut jarak 3 kaki antara seperdu dengan seperdu yang lain.


lebih kurang 2 bulan gunakan racun bakar untuk meracun rumput yang mulai tumbuh disekitar anak serai.
Tapi awas jika terkena anak serai kemungkinan serai akan mati atau akan jadi lembam. kih kih kih.


Pembajaan amat digalakkan untuk pertumbuhan serai yang cantik dan banyak anak. Baja sesuai adalah baja Urea. jika anda tidak mahu mengunakan baja pun ok. serai untuk seperdu mungkin hanya 30-45 pokok je seperdu. tapi jika anda mengunakan baja untuk seperdu serai boleh mencecah 60-80 batang serai.
aktiviti pembajaan ini hanya 2 kali sahaja iaitu pada waktu anak serai berumur 2 bulan dan juga 4 bulan.

bila sudah cukup umur matang serai iaitu 6 bulan. serai boleh dipotong. biasanya untuk mendapat 100 batang serai masa yang diperlukan adalah lebih kurang 30 minit.


untuk mendapat RM1000 sebulan anda perlukan masa hanya 2 jam atau sebanyak 400 batang serai bagi aktiviti memotong serai. jadi masa yang diperlukan adalah sedikit sahaja dari masa anda yang berharga itu.


pasaran anda adalah kedai runcit, pasar pagi, kedai makan dan sebagainya.
biasanya apabila kita sudah biasa berurusan dengan pekedai ini mereka akan menelefon kita apabila mereka kehabisan stok.

Buat permulaannya anda lakukan seperti penerangan diatas. esok lusa siapa tau anda akan menjadi jutawan serai. berdikit-dikit lama lama jadi bukit.

selamat mencuba. kih kih kih

gambar adalah hasil carian imej Google




Rabu, 12 Jun 2013

Raja dan Persatuan

Aku minta ampun jika ulasan aku ini menjadikan aku derhaka. 
apa-apa pun aku akan katakan jua apa yang terbuku dihati.
Bagi aku yang tidak mengerti ini dan yang menyibuk lagi tak tau ini.
hanya inilah yang aku nak katakan
Jika kita lihat Ratu Inggeris, Maharaja Jepun tidak terlibat dengan peranan yang sepatutnya dimainkan oleh orang awam. Umpamanya Keterlibatan Raja-raja di dalam persatuan-persatuan sukan, ceramah tentang politik tanah air yang memihak sesuatu pihak manakala di pihak yang lain disalahkan.
Walaupun tidak menjadi kesalahan Raja atau Sultan terlibat dengan politik atau badan-badan sukan. Namun keadaan ini menjadi satu fenomena yang tidak baik untuk badan-badan sukan ini atau rakyat yang tidak dapat sokongan Raja atau Sultan ini dan perkara ini sewajarnya dielakkan.
Contohnya rakyat menjadi takut untuk memberi komen tentang Kelab-Kelab sukan kerana takut menjadi kesalahan atau akan dianggap sebagai penderhaka. 
Pada pandangan saya Raja atau Sultan haruslah mencemar duli dengan perkara-perkara kebajikan rakyat melalui Badan-Badan kebajikan dan hal-ehwal agama islam. Dengan ini pandangan rakyat terhadap raja atau sultan lebih mulia sesuai dengan status dan kedudukan sultan atau Raja itu sendiri.
Raja atau Sultan di Malaysia sememangnya diakui mempunyai kuasa tapi mempunyai batas-batas perlembagaan. Umpamanya dalam hal-ehwal agama islam, pada pandangan saya dalam hal-ehawal agama islam, sultan haruslah memain peranan yang aktif . 
Manakala melalui penglibatan yang aktif terhadap persatuan sukan akan menyebabkan pencemaran duli yang berterusan dan melibatkan konflik antara rakyat dan Raja atau Sultan ini juga akan berterusan. 
Biarlah peranan rakyat dimainkan oleh rakyat manakala peranan Sultan pula hendaklah digunakan dengan sewajarnya dan penuh perihatin oleh Sultan.
Minta ampun 



Sabtu, 8 Jun 2013

Berkelah di Restu Ibu-Ulu Yam

Pada cuti sekolah kali ini aku tidak balik ke kampung. Kerana terpaksa menghadapi peperiksaan di UIAM.
Pada kali ini aku tidak membawa anak-anak ke mana-mana untuk bercuti. untuk tidak menghampakan mereka aku membawa mereka mandi sungai di Restu Ibu yang letaknya lebih kurang 8 km dari rumahku.
Agak seronok juga mereka mandi dan bermain di sana. Hingga ada yang tak mahu pulang lagi. 
Tetapi oleh kerana anak ke 4 aku tu takut hendak mandi kerana melihatku menyelam dan berenang.
kesian anakku tu. Balik awal hari tu. Aku pergi dalam pukul 11.00 pagi dan balik pukul 2.00 petang
Di Restu Ibu sesuai untuk budak-budak kerana airnya tidaklah dalam dan batu-batu telah diangkut ke tepi. Jadi keaadaan ini tidak membahayakan anak-anak untuk mandi manda serta bermain di sana. Pelambung juga di sediakan dengan harga RM2 sebuah. Tempat itu juga sentiasa terjaga dengan tandas bersih, sampah dan daun kayu dibersihkan setiap masa oleh pemilik Restu Ibu. 
Di kawasan ini juga ada banyak lagi kawasan perkelahan. Namun kali ini aku hanya menceritakan mengenai Restu Ibu sahaja.

anakku yang tidak mahu mandi

isteriku sedang menyuap anakku yang kecil mee goreng













memang bersih kawasan ini kerana dijaga dengan baik