Isnin, 18 Mac 2013

Anak luar Nikah @anak zina

Seperti anda sedia maklum saya mengajar di sekolah jenis kebangsaan cina. Walaupun murid melayu islam sedikit iaitu pada tahun ini 2013 hanya 12 orang murid sahaja dari tahun 1 hingga darjah 6 manakala Pra pula ada seramai 9 orang murid islam tetapi ada berbagai kisah dan ragam ibubapa dan murid islam disekolah saya ini.
Baru-baru ini ada guru tahun satu (guru cina)  mengatakan semasa mesyuarat guru, seorang murid dari kelas tahun satu tidak ada bapa kerana didalam ruangan bapa pada surat beranaknya ditulis Tidak Berkenaan. Dapatlah kita ketahui disini bahawa murid ini adalah lahir hasil zina atau ibunya dirogol. tetapi kejadian rogol jarang berlaku maka saya beranggapan dengan syak bahawa anak ini lahir sebagai anak zina.
Tahun ini tahun pertama program jQAF disekolah cina dimulakan. Dan saya lihat murid ini tiada kesungguhan terhadap pelajaran Agama terutamanya Iqra. 
Kenapa murid ini dihantar ke sekolah cina????
Adakah ibubapanya malu untuk mendaftar ke sekolah Kebangsaan kerana takut diketahui ibubapa atau guru-guru di sekolah kebangsaan sedangkan sekolah cina tempat saya bertugas ini agak jauh juga dengan tempat kediamannya.
Semasa ini memang murid ini akan dididik sebaiknya oleh saya. dengan program jqaf ini saya harap dia mampu membaca Al-quran. Cuma apa yang saya bimbangkan adalah aklaknya pada masa depan.
Walaupun begitu perjalanannya masih lagi jauh. Apa yang ada didepannya saya tidak mengetahuinya, Yang menjadi tugas saya mendidiknya dengan sepenuhnya walau apa pun statusnya. 
Cuma apa yang saya bimbang Negara Malaysia kita yang tersayang ini akhirnya akan dipenuhi oleh orang-orang yang berketurunan dari hasil anak zina ini yang kita tidak ketahui keturunannya.

3 ulasan:

adarain berkata...

malu la kot...
kesian budak tu nanti da besar macam mana la nnti..
boleh tak dia terima kenyataannya nnti bila dia tau yg dia anak luar niakah..

http://bahrain-info.blogspot.com/2013/03/selamat-tinggal-windows-vista.html

Unknown berkata...

bukan budak tu sorang jer. masalahnya kat malaysia ni dah ramai lahir dengan adentiti tak sah taraf ni. kalau pergi mana-mana sekolah pasti akan ada seorang dua atau lebih murid yang lahir hasil zina ini.
ada yang dijadikan anak anak angkat, di kelolakan oleh rumah anak yatim, malah ada yang pelihara oleh ibu sendiri. jika tiadanya undang-undang yang boleh menyekat dari terus berlaku.
hancur malaysia nanti

Tanpa Nama berkata...

Awak kene ambil peranan...tanggungjawab yang berat...supaya murid itu terbela..bukan salah budak tu..