Isnin, 18 Mac 2013

Rakyat Malaysia makin Kurang Ajar

Assalamualaikum kawan-kawan semua
Kali ini aku ingin memperkatakan mengenai sikap rakyat malaysia sekarang terutamanya berkenanaan parti-parti politik. Tidak mengira PAS, UMNO, PKR atau lain-lain parti, para penyokong samaada melalui facebook, blog, twiter atau laman WEB memberi komen dengan bahasa kesat yang sudah tentu perkara ini tidak diajarkan disekolah mahupun ibubapa mereka tetapi lantaran fanatik terhadap parti masing-masing menyebabkan bahasa-bahasa kurang ajar ini berleluasa di medan sosial.
sebab itu saya menamakan mereka ini kurang ajar
Manakala diluar sana pula anak-anak muda diupah dan diajar untuk membuat kecoh yang sudah tentunya disukai dengan jiwa anak muda suka memberontak dan memusnah. Jiwa anak muda ini didorong supaya membuat kecoh seumpama samseng. Keadaaan ini sudah tentu meresapi jiwa anak muda ini jiwa memberontak dan memusnah parti yang tidak sealiran dengan mereka.







Tiada ulasan: