Khamis, 14 Februari 2013

Kebun Member ku

Kelana Musafir menulis....
Kali ini pula aku akan menceritakan mengenai kebun member ku. member ku ini juga sepertiku ini. Mengajar di sekolah cina@ sjkc juga sepertiku walaupun berlainan sekolah. Semenjak awal 8 tahun lepas, telah mengusahakan tanah-tanah terbiar dan bersemak di sekitar Taman Antaragapi ini. Sekarang tanah yang telah diusahakannya adalah dalam lingkungan 7 ekar dan pendapatannya setiap bulan kerana mengusahakan kebun-kebunnya adalah RM2000 lebih setiap bulan dengan tanaman limau nipis, limau kasturi, serai, pucuk ubi kayu serta pisang.
Hi hi hi. petang tadi aku pergi mengambil gambarnya sedang mengambil buah kelapa sawit. kelapa sawit yang ditanamnya tidaklah banyak iaitu dalam 60 pokok sahaja.
puas aku memangil oooo tapi tiada jawapan. akhirnya dapat ku cari, rupanya dia berada dihujung sekali kebunnya. kalau lihat betul-betul dibelakangnya ada sebuah sungai dan di belakang sungai itu pula adalah kebun sayur.




Kebanyakkan pisang yang ditanamnya sudah rosak terkena penyakit pisang. kelihatan anak-anak pisang yang tumbuh dari pokok yang telah dimusnahkan angkara penyakit pisang







 Gambar yang ku ambil dari luar pagar kebunnya.
kebunnya dipenuhi pokok-pokok limau. 
hi hi hi nak memetik buah limaunya juga susah kerana jarak antara pokok tidak mengikut jarak yang sepatutnya.
kelihatan juga pokok buah naga di pagarnya telah rosak. percubaannya untuk menanam buah naga tidak berjaya. hi hi hi.




Gambar ini pula adalah tanah yang baru diterokainya bersebelahan dengan loji indahwater. Lalang telah siap dipotong dan telah diracun. Kelitan juga dalam gambar dibawah adalah lalang yang belum dipotongnya dan kawasan tersebut juga akan diterokainya. Menurutnya tempat ini akan ditanam dengan serai dan limau kasturi



Tiada ulasan: