Selasa, 2 April 2013

Bagaimanakah struktur sosial mempengaruhi aspirasi dan pengalaman pendidikan dalam kalangan remaja? Apakah peranan yang boleh dimainkan oleh individu dan ciri-ciri peribadinya didalam menentukan pengalaman pendidikan seseorang dan peluang kehidupan seseorang individu


Struktur sosial seseorang remaja mampu mengubah atau mempengaruhi aspirasi  dan pengalaman pendidikan seseorang remaja itu samaada dia berada di kawasan luar bandar atau bandar, samaada remaja itu dari keluarga yang berada atau miskin, samaada remaja itu ibubapanya bekerja atau tidak, samaada remaja itu ibubapanya bercerai atau sebaliknya. Keadaan sosial ini memang banyak mempengaruhi  pengalaman dan inspirasi pendidikan mereka.
Kalau kita lihat remaja yang berasal dari Bandar umpamanya mereka terdedah dengan system sosial yang lebih kompleks berbanding dengan remaja yang berada di kawasan luar Bandar. Antaranya  adalah dari segi pergaulan.  remaja Bandar sememangnya lebih terbuka dari segi  pergaulan antara remaja lelaki  dengan remaja perempuan. Manakala sebaliknya berlaku dengan remaja di kampong atau kawasan luar Bandar. Remaja ini masih mengekalkan nilai-nilai dengan menghadkan pergaulan antara lelaki dan perempuan.
Manakala peranan yang yang boleh dimainkan pula oleh seseorang individu ini untuk menentukan pengalaman pendidikan seseorang itu umpamanya remaja tadi boleh diamainkan oleh sesiapa sahaja contohnya rakan sebaya, orang dewasa, ibubapa, pemimpin masyarakat, guru, media massa dan sebagainya.
Berkenaan soalan ini saya mengambil contoh ibubapa memainkan peranan sebagai  penentu pengalaman dan peluang pendidikan dan kejayaan remaja atau anaknya adalah amat besar sekali. Umpamanya  remaja atau anaknya boleh dihantar ke mana- mana sekolah samaada sekolah aliran agama, aliran vokasional, aliran sains atau pertanian ataupun aliran perdagangan. Ibubapa juga boleh jadi role model kepada remaja tersebut atau sebaliknya. Pendidikan agama juga boleh dilakukan atau diterapkan dirumah melalui pengalaman atau pembelajaran yang tidak rasmi kepada remaja tadi atau anak-anaknya.
Manakala ciri-ciri yang perlu ada kepada ibubapa tersebut adalah antaranya peribadinya adakah dinilaikan baik atau buruk oleh remaja atau anaknya itu. Sebagai contohnya peribadi ibubapa dari segi akhlak, rajin, sabar, berkeyakinan,  berkepimpinan, budi bahasa, perkataan dan sebagainya. Semuanya ini akan menentukan kejayaan pembetukkan pengalaman pendidikan seseorang remaja itu. Ibubapa ini adalah salah satu contohnya orang yang memainkan peranannya dalam menentukan pengalaman seseorang itu.
Tapi jangan pula kita lupa banyak lagi individu lain yang akan menentukan peluang dan pengalaman pendidikan seseorang itu. Seperti yang saya katakana tadi guru, rakan sebaya, pemimpin masyarakat dan sebagainya mententukan dari segi peratusan pengalaman dan pendidikan seseorang itu.

Tiada ulasan: