Ahad, 10 Februari 2013

Pengundi baru


Lebih 2.27 juta daftar sebagai pengundi baru

Cetak
KUALA LUMPUR: Persidangan Dewan Negara semalam diberitahu seramai 2,270,002 pengundi baru didaftarkan dari 2008 hingga 2011 dengan kaum Melayu adalah pemilih baru paling ramai. 

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong, berkata daripada jumlah itu, 155,420 pemilih didaftarkan pada 2008, 279,270 pemilih (2009), 826,462 pemilih (2010) dan 1,008,850 pemilih (2011). 
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Senator Datuk Ng Fook Heng yang meminta Perdana Menteri menyatakan pecahan pengundi baru berdaftar mengikut kaum sejak 2008. 


Mengenai pecahan jumlah pendaftaran pemilih mengikut kaum, Vui Keong berkata, Melayu adalah kaum tertinggi mendaftar pada 2008 iaitu seramai 82,309 pemilih (53 peratus) diikuti kaum Cina (29.4 peratus) manakala India (8.1 peratus). 

“Pada 2009, seramai 187,828 pemilih (67.3 peratus) ialah Melayu, diikuti Cina (19.8 peratus) dan Bumiputera Sarawak (4.8 peratus) manakala pada 2010, seramai 466,137 pemilih (56.4 peratus) adalah orang Melayu diikuti Cina (27.0 peratus) dan India (6.6 peratus),” katanya. 

Bagi 2011, seramai 611,498 pemilih (60.6 peratus) ialah Melayu, diikuti Cina (22.0 peratus) dan India (6.7 peratus). 

Vui Keong berkata, perangkaan Suruhanjaya Pilihan Raya menunjukkan Selangor mencatatkan pendaftaran jumlah pengundi baru tertinggi iaitu seramai 165,222 orang, diikuti Johor (124,240 orang), Perak (96,710 orang), Sabah (86,927 orang) dan Kedah (84,704 orang). 
Ini diikuti dengan Kelantan seramai 69,344 orang, Pulau Pinang (64,029 orang), Sarawak (63,305 orang), Kuala Lumpur (61,040 orang), Pahang (59,639 orang), Terengganu (45,190 orang), Negeri Sembilan (42,009 orang), Melaka (31,827 orang), Perlis (9,881 orang), Labuan (2,863 orang) dan Putrajaya (1,920 orang). - BERNAMA 
tahniah kepada pengundi baru. hargailah peluang yang datang 4 atau 5 tahun sekali. gunaklah peluang diberikan kepada anda untuk mengundi para pemimpin yang terbaik bagi anda. 

Tiada ulasan: