<
langkah musafir sudah bermula
Semakin dekat dengan pilihanraya ni macam-macam hal yang berlaku
perang sana dan sini. perang di facebok, perang di twitter, perang di blog
dengan berbagai komen yang tersendiri, ada yang merapu, mencarut, bantai membantai, kata mengata. Dah macam medan perang. Keadaan ini timbul kerana pegangan ideologi dan pegangan politik yang berbeza menyebabkan timbulnya pertentangan pandangan. masing-masing ingin membenarkan apa yang mereka ikut. Walaupun apa yang orang kata dan hujjah yang diberikan namun untuk mengubah pegangan politik masing-masing tidak sekali-kali.
cuma apa yang ingin saya kata bahawa jangan sekali-kali kita lupa akhlak kita semasa memberi komen atau hujjah masing-masing
Tiada ulasan:
Catat Ulasan