Selasa, 19 Mac 2013

Sedih- Claim Jaga SPM dapat ciput

Claim sudah masuk hari ini. seronoknya bukan kepalang. Yalah claim jaga SPM tahun lepas 2012 sudah masuk. Aku pergi lah tengok. rupa-rupanya hanya masuk Rm 200. Apa dah jadi, aku claim hari itu RM900. tup-tup masuknya hanya RM200 sahaja. minggu depan dah nak balik kampung. Tapi nak buat camna dah rezeki banyak tu jer. Mujurlah tahun ini aku tak jaga SPM. cuti boleh balik kampung, boleh juga buat kerja lain. 
Yalah jadi pengawas SPM sebulan juga. minyak kereta, cuti, tenaga terpaksa digunakan. alih-alih hanya dapat RM200 ha ha ha. memang Malaysia dah miskin. siapalah agaknya nak jadi pengawas peperiksaan SPM dan STPM nanti. kalau keadaan terus saja begini. 
Dahlah claim pergi mesyuarat, pergi kursus, jadi pengadil, bawa murid ke mana-mana pertandingan aku tak claim kerana aku tahu, memang tak dapat pun duit claimnya. Ha ha ha esok dan lusa aku jadi pengadil pertandingan bola baling bawah 18 tahun perempuan dan lelaki. tak tau nak calim ke tak. ha ha ha. camna ya

Tiada ulasan: