Struktur sosial seseorang remaja mampu mengubah atau
mempengaruhi aspirasi dan pengalaman
pendidikan seseorang remaja itu samaada dia berada di kawasan luar bandar atau
bandar, samaada remaja itu dari keluarga yang berada atau miskin, samaada
remaja itu ibubapanya bekerja atau tidak, samaada remaja itu ibubapanya
bercerai atau sebaliknya. Keadaan sosial ini memang banyak mempengaruhi pengalaman dan inspirasi pendidikan mereka.
Kalau kita lihat remaja yang berasal dari Bandar umpamanya
mereka terdedah dengan system sosial yang lebih kompleks berbanding dengan
remaja yang berada di kawasan luar Bandar. Antaranya adalah dari segi pergaulan. remaja Bandar sememangnya lebih terbuka dari
segi pergaulan antara remaja lelaki dengan remaja perempuan. Manakala sebaliknya
berlaku dengan remaja di kampong atau kawasan luar Bandar. Remaja ini masih
mengekalkan nilai-nilai dengan menghadkan pergaulan antara lelaki dan
perempuan.
Manakala peranan yang yang boleh dimainkan pula oleh
seseorang individu ini untuk menentukan pengalaman pendidikan seseorang itu
umpamanya remaja tadi boleh diamainkan oleh sesiapa sahaja contohnya rakan
sebaya, orang dewasa, ibubapa, pemimpin masyarakat, guru, media massa dan
sebagainya.
Berkenaan soalan ini saya mengambil contoh ibubapa memainkan
peranan sebagai penentu pengalaman dan
peluang pendidikan dan kejayaan remaja atau anaknya adalah amat besar sekali. Umpamanya
remaja atau anaknya boleh dihantar ke
mana- mana sekolah samaada sekolah aliran agama, aliran vokasional, aliran
sains atau pertanian ataupun aliran perdagangan. Ibubapa juga boleh jadi role
model kepada remaja tersebut atau sebaliknya. Pendidikan agama juga boleh
dilakukan atau diterapkan dirumah melalui pengalaman atau pembelajaran yang tidak
rasmi kepada remaja tadi atau anak-anaknya.
Manakala ciri-ciri yang perlu ada kepada ibubapa tersebut
adalah antaranya peribadinya adakah dinilaikan baik atau buruk oleh remaja atau
anaknya itu. Sebagai contohnya peribadi ibubapa dari segi akhlak, rajin, sabar,
berkeyakinan, berkepimpinan, budi
bahasa, perkataan dan sebagainya. Semuanya ini akan menentukan kejayaan pembetukkan
pengalaman pendidikan seseorang remaja itu. Ibubapa ini adalah salah satu
contohnya orang yang memainkan peranannya dalam menentukan pengalaman seseorang
itu.
Tapi jangan pula kita lupa banyak lagi individu lain yang
akan menentukan peluang dan pengalaman pendidikan seseorang itu. Seperti yang
saya katakana tadi guru, rakan sebaya, pemimpin masyarakat dan sebagainya
mententukan dari segi peratusan pengalaman dan pendidikan seseorang itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan