Pada pandangan aku ini yang tinggal diluar Kelantan mungkin menyebabkan aku tidak mengenali dengan jelas daya kepimpinannya. Walaupun begitu aku masih ingat sewaktu beliau mengambil calon kali pertama tahun 8 Mac 2008 banyak pembaharuan yang dibuat sebelum penamaan calon lagi. umpamanya seingat aku setiap pengundi termasuk aku, mendapat Kad berupa maklumat tempat mengundi, saluran mengundi dan maklumat lain lagi. Dari situ aku nampak, hebat dan bijak calon baru ini kerana sebelum ini aku tidak nampak calon-calon yang berbuat demikian.
Walaupun aku berada di luar kelantan namun aku tahu banyak perkembangannya melalui Fbnya.
Orangnya juga senang berbicara, ramah dan tidak lokek dengan senyuman membuatkan orang-orang kampung tanpa segan dan malu boleh bercakap dan menceritakan masalah mereka dengan beliau.
Setahu aku beliau selalu melawat ke kampung ku dan juga kampung-kampung lain dibawah seliannya iaitu N04 DUN Wakaf Bharu.
Moto beliau dalam PRU ke 13 kali ini adalah " Che Lah Wakil Kito, Mudoh Kiro Sene Bbaso"
Bagi aku bertepatan dengan sifat dan gaya beliau itu sendiri. Beliau amat rajin melawat pengundi untuk mengetahui keadaan mereka. beliau juga selalu merisik setiap penduduk yang berada kemiskinan tanpa mengira parti untuk memberi pertolongan dan bantuan sekadar yang termampu olehnya sebagai wakil rakyat negeri kelantan.
Dan untuk pengetahuan semua aku akan dan keluarga akan balik ke Kelantan dan Insayaallah akan mengundinya. insyaallah.
Antara gambar pemimpin kesayanganku ini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan