Jumaat, 5 April 2013
Rahsia Khusyuk dalam Solat
Seorang ahli ibadah bernama Isam bin Yusof, dia sangat warak dan sangat khusuk dalam solatnya. Namun dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih baik ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang dirasakan kurang khusuk.
Pada suatu hari Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim dan bertanya: "wahai Aba Abdulrahman, bagaimana cara tuan solat ?"
Hatim berkata : " Apabila masuk waktu solat, aku berwuduk zahir dan batin".
Isam bertanya: " Bagaimana whuduk zahir dan batin itu?"
Hatim berkata : " Wudhuk zahir sebagaimana biasa, iaitu membasuh semua anggota wudhuk dengan air. Sementara wudhuk batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara:-
1. Bertaubat
2. Menyesali dosa yang telah dilakukan
3. Tidak tergila-gilakan dunia
4. Tidak mencari/ mengharapkan pujian orang ( riya')
5. Tinggalkan sifat berbangga
6. Tinggalkan sifat khianat dan menipu
7. Meninggalkan sifat dengki."
Seterusnya Hatim berkata:" Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku bayangkan Allah itu ada dihadapanku, surga disebelah kananku, neraka disebelah kiriku, malaikat maut di belakangku. dan aku bayangkan pula seolah-olah aku berdiri di atas titian "Sirratul Mustaqim' dan aku menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat yang terakhir bagiku, kemudia aku aku berniat dan bertakbir dengan baik.
Setiap bacaan dan doa dalam solat kufaham maknanya, kemudian aku aku rukuk dan sujud dengan tawadhuk, aku bertasyahhud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun.
Apabila mendengar, menangislah Isam kerana membayangkan ibadahnya kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim
sumber: Himpunan kisah-kisah teladan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan