gambar adalah carian goggle
Aku pun sebenarnya dah tau strategi kedai-kedai mamak ni. Apabila tiba jer time bulan Ramadhan selalunya pada awal bulan puasa, kebanyakkannya kedai mamak ni tutup dari pagi sampai petang tutup atau tidak beroperasi sepenuhnya. tetapi selepas 3 atau 4 hari selepas tu Kedai mamak akan beroperasi seperti biasa. boleh dikatakan dari pagi sampai petang kedai mamak ini akan beroperasi tanpa segan silunya menjual makanan kepada sesiapa sahaja yang datang membeli makanan di kedai mereka. Tidak mengira yang datang membeli itu orang islam atau orang bukan islam.
Kedai-kedai mamak ini beroperasi dengan gah dan bangganya tanpa sebarang tindakan dari mana-mana pihak berkuasa. Atau sememangnya kedai-kedai ini boleh beroperasi dibulan puasa dari pagi sampai malam
Atau
agaknya kedai mamak ini telah memberi rasuah kepada jabatan agama suapaya tidak mengambil tindakan apa-apa terhadap mereka.
Atau
Pada bulan puasa ini jabatan-jabatan agama bahagian penguatkuasaan telah ditutup sebagai menghormati bulan puasa, agaknyalah.
inilah persoalan yang bermain-main dibenakku
inilah persoalan yang bermain-main dibenakku
kalau anda tidak percaya, ada baiknya anda selidik sendiri.
aku pun malas nak cerita panjang-panjang tentang dan akibat pembukaan kedai-kedai mamak dibulan puasa ini dari pagi hingga malam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan