Jumaat, 2 Ogos 2013

Raya sudah dekat. apa lagi balik kampunglah. ada berani ker.

cuti persekolahan sudah bermula. Ketika ini ramai warga kota sudah mengambil peluang balik kampung untuk berhari raya dengan sanak saudara dan ibu bapa. 


kemeriahan berhari raya di kampung mengamit kenangan walaupun sudah lama berhijrah ke kota. sebagai anak kampung aku juga merasai kenangan mengusik dijiwa memanggil aku supaya balik ke kampung bertemu ibu dan sanak saudara, berbuka puasa dan membuat kuih raya bersama-sama membuatkan kenangan itu mengusik-ngusik dijiwa ini seolah memangil-mangil aku pulang ke kampung.

oh 
rindu sungguh aku kepada kampung ku yang jauh di kelantan sana. Insayallah terubat jua hati ini untuk beraya dan bertemu sanak saudara pada raya ini

Tiada ulasan: