Selasa, 19 Mac 2013

Bila Pula Tarikh Mengundi...... aku dah tak tahan

Assalamualaikum semuanya

Baru-baru ini aku mengatakan tarikh mengundi adalah pada 28/3/2013 iaitu waktu cuti sekolah. Dah nujum tak kena. tak pelah
tapi masalahnya berapa kali mahu balik kampung. balik kampung banyak guna duit. tension juga rasanya.
kali ini siapa offer duit tambang aku ambik. mahupun sapa. baik PAS baik UMNO. tapi undi rahsialah. sorrylah. siapa suruh kasi duit. aku ambik kali ini. dulu-dulu memang aku tak ambik. baik yang PAS punya mahupun UMNO.kali ini aku nekad nak ambik. tapi kalau ada ceramah aku blah. sorrylah nak ambik duit nak ceramah ke atau jadikan aku macam budak-budak sorrylah. aku kondem korang. kalau nak ceramah ugama aku degar tetapi kalau nak buat fitnah sorry.




Isnin, 18 Mac 2013

Rakyat Malaysia makin Kurang Ajar

Assalamualaikum kawan-kawan semua
Kali ini aku ingin memperkatakan mengenai sikap rakyat malaysia sekarang terutamanya berkenanaan parti-parti politik. Tidak mengira PAS, UMNO, PKR atau lain-lain parti, para penyokong samaada melalui facebook, blog, twiter atau laman WEB memberi komen dengan bahasa kesat yang sudah tentu perkara ini tidak diajarkan disekolah mahupun ibubapa mereka tetapi lantaran fanatik terhadap parti masing-masing menyebabkan bahasa-bahasa kurang ajar ini berleluasa di medan sosial.
sebab itu saya menamakan mereka ini kurang ajar
Manakala diluar sana pula anak-anak muda diupah dan diajar untuk membuat kecoh yang sudah tentunya disukai dengan jiwa anak muda suka memberontak dan memusnah. Jiwa anak muda ini didorong supaya membuat kecoh seumpama samseng. Keadaaan ini sudah tentu meresapi jiwa anak muda ini jiwa memberontak dan memusnah parti yang tidak sealiran dengan mereka.







Anak luar Nikah @anak zina

Seperti anda sedia maklum saya mengajar di sekolah jenis kebangsaan cina. Walaupun murid melayu islam sedikit iaitu pada tahun ini 2013 hanya 12 orang murid sahaja dari tahun 1 hingga darjah 6 manakala Pra pula ada seramai 9 orang murid islam tetapi ada berbagai kisah dan ragam ibubapa dan murid islam disekolah saya ini.
Baru-baru ini ada guru tahun satu (guru cina)  mengatakan semasa mesyuarat guru, seorang murid dari kelas tahun satu tidak ada bapa kerana didalam ruangan bapa pada surat beranaknya ditulis Tidak Berkenaan. Dapatlah kita ketahui disini bahawa murid ini adalah lahir hasil zina atau ibunya dirogol. tetapi kejadian rogol jarang berlaku maka saya beranggapan dengan syak bahawa anak ini lahir sebagai anak zina.
Tahun ini tahun pertama program jQAF disekolah cina dimulakan. Dan saya lihat murid ini tiada kesungguhan terhadap pelajaran Agama terutamanya Iqra. 
Kenapa murid ini dihantar ke sekolah cina????
Adakah ibubapanya malu untuk mendaftar ke sekolah Kebangsaan kerana takut diketahui ibubapa atau guru-guru di sekolah kebangsaan sedangkan sekolah cina tempat saya bertugas ini agak jauh juga dengan tempat kediamannya.
Semasa ini memang murid ini akan dididik sebaiknya oleh saya. dengan program jqaf ini saya harap dia mampu membaca Al-quran. Cuma apa yang saya bimbangkan adalah aklaknya pada masa depan.
Walaupun begitu perjalanannya masih lagi jauh. Apa yang ada didepannya saya tidak mengetahuinya, Yang menjadi tugas saya mendidiknya dengan sepenuhnya walau apa pun statusnya. 
Cuma apa yang saya bimbang Negara Malaysia kita yang tersayang ini akhirnya akan dipenuhi oleh orang-orang yang berketurunan dari hasil anak zina ini yang kita tidak ketahui keturunannya.

Ahad, 17 Mac 2013

Bersalaman antara lelaki dan perempuan bukan Muhrim

Dikalangan melayu yang beragama islam hari ini, banyak hukum-hukum islam terlepas pandang dan tidak mengambil kisah terutamanya kepada remaja-remaja islam hari ini. Bersalaman dengan kawan-kawan antara lelaki dan perempuan menjadi perkara biasa sahaja. Sepasang kekasih pula menjadikan cium tangan apabila hendak berpisah sementara seperti balik rumah, pergi kerja atau pergi sekolah menjadikan amalan bersalaman atau bercium tangan amalan biasa dan tidak menjadi kesalahan atau tidak dilihat sebagai dosa yang perlu dijauhi. Tambah-tambah pula ibu bapa dan orang dewasa tidak menegah perkara ini dari terus berlaku.  Menteri agama hari ini juga telah mengelirukan masyarakat dengan mengunakan amalan bersalaman dan mencium tangan sebagai amalan biasa yang sepatutnya dijauhi dan dihindarkan.

Mari kita tengok Hukum bersalaman antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim ini.

1. Haram
Jika disertai dengan syahwat dan menimbulkan fitnah. Ini adalah disebabkan memutuskan jalan yang menuju kejahatan itu adalah wajib.

Antara hujjahnya adalah seperti berikut :
i] Hadis riwayat Aisyah r.a mengenai baiah yang dilakukan oleh Rasulullah SAW terhadap beberapa perempuan.
Aisyah berkata : Demi Allah tangan baginda tidak menyentuh seorang perempuan pun dalam pembaiah itu. Baginda hanya membaiah mereka dengan perkataannya : Benar-benar aku telah baiah kamu atas hal ini.
                                                                                                                                (Riwayat Bukhari)
ii] Rasulullah SAW bersabda:
" Sesungguhnya aku tidak berjabat tangan dengan perempuan, ucapan aku kepada seseorang perempuan seperti kataku kepada seratus perempuan"
                                                                                                                          (Riwayat Ibnu Hibban)
2. Harus

Wanita tua yang tidak mempunyai ghairah atau anak-anak kecil perempuan yang tidak mempunyai syahwat.
harus sekiranya tidak menimbulkan fitnah.

Antara hujjahnya adalah seperti berikut :
i] Firmah Allah dalam Surah An-Nur, ayat 60 yang bermaksud:
" Dan perempuan-perempuan tua yang telah terhenti ( daripada haid dan mengandung) yang tiada keinginan kawin ( lagi ), Tiadalah dosa atas mereka menanggalkan pakaian mereka yang tidak (bermaksud) menampakkan perhiasan dan berlaku sopan adalah lebih baik bagi mereka.Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Bijaksana."

ii] Mazhab Syafie
  a) Kaedah  Mazhab Syafie:
      "tidak halal bersalaman antara lelaki dan perempuan melainkan berlapik"
  b) Surah Al-Nisa, ayat 43 yang bermaksud :
       " Atau kamu bersentuh dengan wanita, Kamudian kamu tidak mendapat air maka hendaklah bertayamum dengan tanah yang suci.




gambar  diambil dari  http://milosuam.blogspot.com/2013/01/ustazah-mashitah-jawab-hukum-beliau.html










Khamis, 14 Mac 2013

Adik beradik Kiram-ditemui di hulu selangor????????

biarlah gambar berbicara



 ada seorang pakcik yang saya temui di Hulu Selangor. ada juga iras-iras Kiram
saya pun minta nak ambik gambar. dia kasi. saya pun snap





Rabu, 13 Mac 2013

Air suam- :Kuatkan tenaga batin

Assalamualaikum kawan-kawan semua.
Kita sedia maklum bahawa lelaki di Malaysia hari ini lemah tenaga batin.
Maksudnya disini lelaki di Malaysia tidak dapat bertahan selama 30 minit diranjang.
Untuk makluman kaum lelaki yang bergelar suami, hari ini aku akan mengongsi petua yang paling senang sekali. tak perlu beli ubat yang mahal, tak perlu membazir wang anda.
Hanya anda perlu berpantang dari meminum air sejuk atau berais.
Tambah pula anda mestilah banyak meminum air suam
Formulanya:
Air suam - ais + seminggu diamalkan = dapat kesannya
senangkan
tiada kos perlu dikeluarkan, isteri seronok dan bahagia
yang penting amalkan