Isnin, 4 Mac 2013

Pesawat TUDM-Bom Penceroboh???????

Aku yang tak pandai ni mengulas. kih kih kih
Aku pun terpikir juga
kenapalah kita tidak menggunakan pesawat TUDM
yang canggih tu untuk mengebom atau memusnahkan terus penceroboh tu

gambar hiasan

Dari menjadi usang begitu saja. Bom-bom pun sudah berkarat
Apa kata bom-bom yang berkarat tu gugurkan saja kepada penceroboh tu kih kih kih
Selalunya pesawat digunakan untuk latihan sahaja.
Hantar kat Lahad Datu tuh. 
Uji keberkesanan pesawat dengan bom yang ada tu. boleh terpakai ker tidak




Ahad, 3 Mac 2013

Penceroboh

Sempat lagi bergaya sakan


gambar yang dikatakan diambil dari telefon bimbit penceroboh

Koleksi puisi

TUNJUKKAN RAKYAT MALAYSIA BERSATU DALAM PENCEROBOHAN DILAHAD DATU 
Aku menyeru
semua rakyat malaysia
Tidak mengira parti
Tidak mengira kaum
Tidak mengira Sabah, serawak,
atau semenanjung
Marilah kita bersatu padu
hentikan polimik kepartian
Tunjukkan bahawa kita bersatu
 Menentang penceroboh
KIta bergaduh sesama kita
 Seperti adik beradik
Tapi jika orang luar mengacau,
merompak serta ingin menunjukkan
taring mereka kepada kita
Apa lagi
Ayuh rakyat malaysia marilah kita bersatu
Biar mereka kenal siapa kita
Biar mereka takut penangan kita
biar mereka gerun
dengan keberanian rakyat Malaysia
supaya lain kali mereka
Tidak mengulangi kerja bodoh mereka.
Ayuh Malaysia tunjukan persaudaraan kita

PENCEROBOH DURJANA


Wahai penceroboh 
Kami bangsa Malysia
Akan kami cari segenap pelusuk
segenap ceruk denai
Segala lorong 
akan kami cari
akan kami tuntut 
darah kami yang gugur
7 perwira kami
kami tidak lupa
700 penceroboh
kami akan cincang
Darah kamu akan kami
alirkan
Buat Perwira kami
Yang gugur angkara
penceroboh petualang
jahatnya kamu
akan kami balas
Lahad Datu akan menjadi kubur kamu



Mana satu anda ingin percaya

Kau kata aku.
aku kata kau kau saman

aku pun boleh saman memang ..... ng
Gambar yang menjadi polimik politik sekarang
Mana yang benar
Anda yang tentukan

Gambar 1 : DSAI dengan Nur Misuari
Gambar 2 : Datuk Seri Najib Bin Tun Abd. Razak dengan siapa tu..... ada kenal ker.

Khamis, 28 Februari 2013

Bangkang dari Longkang



Pelawak terkenal beraksi lagi. aksi lawak Nabil ini adalah sambungan dari versi-versi yang lalu. Antara versi yang terdahulu Nabil beraksi dengan para pelawak lain antaranya Pelawak Salleh Yaakub.  Dalam versi terdahulu Pelawak yang dikenali sebagai SY dari Radio Sinar fn telah dikritik dengan hebat sehingga menyebabkannya mengundurkan diri dari bidang hiburan tanah air. Bagaimana pun sehingga kini Salleh Yaakub tidak diketahui akan beralih kepada bidang apa pula. Kemungkinan besar menjadi calon BN untuk pilihanraya kali ke 13 ini. kah kah kah

Selasa, 26 Februari 2013

Pilihanraya- orang miskin dipergunakan

Kelana Musafir menulis....

Orang miskin dan fakir adalah golongan yang memerlukan bantuan untuk membantu kehidupan mereka seharian. Golongan ini sering digunakan dan dipergunakan oleh pihak-pihak tertentu semasa pilihanraya. 
Sewaktu inilah orang miskin ini akan dibeli dengan mengistiharkan keluar parti tertentu didalam akhbar harian mahupun media masa elektronik seperti televisyen dan blog atau laman web tertentu.
gambar adalah ihsan
http://www.amaliah-astra.com

Kita tidak nafikan golongan ini sememangnya layak dan patut dibantu bukan dengan dipergunakan dengan tujuan-tujuan yang menjatuhkan maruah mereka terutama sekali pada setiap kali hampirnya pilihanraya.
Seolah-olah golongan ini hanya mainan pihak-pihak yang berkepentingan di musim pilihanraya dan pada waktu lain ditinggalkan tanpa dibantu dengan bantuan yang sepatutnya di negara Malaysia yang dikatakan mewah ini.
Sewaktu selepas pilihan raya mereka yang berkepentingan tadi seolah-olah lupa dengan jasa-jasa rakyat yang mengundi mereka.
Golongan fakir dan miskin tadi ditinggalkan terkapar-kapar meminta bantuan yang dijanjjikan kepada mereka.
Beginikah caranya mereka dihina
Dimana maruah mereka.
Anda tentukan

Isnin, 25 Februari 2013

Tarikh Pihanraya Umum kali 13

kelana musafir menulis.......






Kali ini aku akan membuat andaian pula mengenai tarikh pilihanraya umum kali ke 13 ini.
pada pandangan aku Pilihanraya kali 13 ini akan diadakan pada Khamis 28/3/2013.
pada waktu ini adalah merupakan cuti penggal persekolahan. Ramai pegawai kerajaan terutama guru-guru sekolah pada waktu ini sedang bercuti. Tambahan pula kebanyakkan guru yang bertugas dipusat-pusat pengundi sebagai pegawai pilihanraya. Ini tidak akan menganggu juga proses pembelajaran murid-murid sekolah kerana pada waktu ini adalah dalam masa cuti penggal.
Apa-apa pun kita tunggu betul atau tidak kih kih kih