Pada 5 mei 2013, telah berlaku pilihanraya umum ke 13.
Pada pilihanraya ini untuk sekian kalinya semenjak aku bergelar pekerja dan bekerja di luar Kelantan, pilihanraya di adakan sewaktu bukan cuti penggal. Aku pulang ke kampung kali itu hanyalah sebenarnya adalah untuk menunaikan tuntutan mengundi. Aku sekeluarga balik ke kampung bersama adik ku yang bekerja di Kota Damansara balik untuk mengundi.
Sebenarnya apa yang aku ingin cerita kali ini bukannya mengenai Pilihanraya tapi wang tambang dan sumpah.
Ya. sebelum ini aku tidak pernah menuntut wang tambang. tetapi oleh kerana bulan ini aku agak kekeringan wang terpaksalah aku menebalkan muka ku ini menuntut wang tambang. 3 kali aku berulang alik ke tempat menuntut wang itu disebabkan ramainya orang yang beratur panjang.
Sempat juga aku ditegur member lamaku kat situ. " eh datang lagi ". aku hanya tersenyum. Hendak jadi cerita rupanya ramai orang yang beratur itu sebenarnya bukan semuanya balik dari Kuala Lumpur, Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Johor dan berbagai negeri lagi. tapi ada juga yang datang dari Pasir Mas menuntut wang perjalanan. Aku pun heran. Aku ni balik dari Selangor pun dah tebal muka. Orang datang dari Pasir Mas, Kota Bharu pun menuntut wang tambang. Muka mereka tu dibuat oleh apa ya.
Satu lagi cerita, puak sebelah sana. Sesiapa sahaja yang ingin menuntut wang tambang perlulah angkat sumpah bahawa dia telah mengundi BN. Sekarang ni sumpah sudah jadi mainan. hendak menuntut wang pun perlu bersumpah. Kalau aku mengundi mereka sudah tentu aku tak jadi menuntut wang tambang tersebut.
Kes ini berlaku di Kedah, menurut cerita memberku. sesiapa yang ingin menuntut wang tambang perlulah melakukan sumpah bahawa dia telah mengundi parti sekian-sekian. Sumpah ini berlaku dilakukan di tempat PAS serta juga di tempat UMNO.
aikkk PAS pun sama juga dengan UMNO. Kalau nak kasi wang, Kasilah. kalau tak hendak kasi. tak payahlah kasi. Ini apa pulak main sumpah-sumpah.
Aku takut sedikit hari lagi. Sumpah akan jadi mainan dibibir sahaja
Rabu, 22 Mei 2013
Selasa, 21 Mei 2013
Nasihat Lukaman Al-Hakim Kepada Anaknya
Kata Lukman Al-Hakim kepada anaknya: " Wahai anakku! Apabila perutmu penuh dengan makanan( kenyang ) maka akan matilah fikiran dan hikmah dan kebijaksanaanmu. Semua anggota badanmu akan menjadi malas untuk melakukan ibadah, dan akan hilanglah kebersihan hati dan kehalusannya dimana hati yang bersih itu akan tercapai dengan kelazatan bermunajat ( mengadap Allah ) dan manfaat berzikir ( ingat kepada Allah )."
Kata Lukman Al-Hakim : " Wahai anakku! kalau sewaktu kecil engkau rajin belajar dengan tekun dan menuntut ilmu sebanyak-banyaknya, maka apabila kamu dewasa kelak (dihari tua ) kamu akan memetik buahnya dan kamu akan menikmatinya. "
Kata Lukaman Al-Hakim " Wahai anakku! kamu ikutlah ketika orang membawa jenazah, dan janganlah kamu mengikuti jamuan perkahwinan. Kerana jenazah itu dapat mengingatkan engkau akan kesudahan dari hidupmu didunia yang fana ini. Sementara majlis perkahwinan akan membangkitkan nafsu berahimu dan ini akan membuat kamu berasa senang dengan kehidupan didunia."
Kata Lukman Al-Hakim : " Wahai anakku! aku sudah memikul batu-batu yang besar, aku sudah mengangkat besi-besi yang berat. tetapi aku tidak pernah merasakan sesuatu yang lebih berat daripada tangan yang buruk perangainya.
Kata Lukman Al-Hakim: " Wahai anakku! Aku sudah merasakan segala benda pahit, tetapi aku belum pernah merasakan sesuatu yang lebih pahit dari kemiskinan dan kehinanaan."
Kata Lukan Al-Hakim: "Wahai anakku! sepanjang hidupku aku hanya dapat memilih 8 kalimah dari pusaka para nabi-nabi yang lalu, sabda meraka:-
1. Aapabila engkau mengerjakan sembahyang, beribadah kepada Allah S.W.T Maka jagalah baik-baik fikiranmu.
2. Apabila engkau berada dirumah orang lain, hendaklah kamu menjaga matamu ( pandangan matamu )
3. Apabila engkau berada ditengah-tengah majlis, hendaklah kamu menjaga lidahmu (perkataanmu)
4. Apabila engkau hadir dalam jamuan makan, hendaklah kamu menjaga perangaimu.
5. Ingatlah kepada Allah S.W.T
6. Ingatlah akan mati.
7. Lupakanlah budi baikmu terhadap orang lain.
8. Lupakan kesalahan orang lain terhadap dirimu.
sumber : himpunan kisah-kisah teladan

Kisah baju anak Umar R.A
Diriwayatkan bahawa satu hari putera Umar r.a pulang dari sekolah dalam keadaan menangis, apabila Umar r.a melihat anaknya menangis maka beliau pun berkata: " Wahai anakku mengapa agaknya engkau menangis?". Lalu anaknya berkata:" Kawan-kawanku disekolah telah mengira-ngira bajuku yang bertampal-tampal dan mereka mengejekku dengan berkata, lihatlah anak Amirul Mukminin ini bajunya penuh dengan jahitan tampal."
Mendengar akan kata-kata anaknya itu, Umar r.a sendiri melihat akan baju anaknya itu mempunyai 14 tampalan dan sebahagian besarnya ditampal dengan kulit kayu.
Oleh kerana kata-kata anaknya itu maka Umar r.a pun menulis surat ke Baitulmal untuk mendapatkan hutang, surat itu dibawa oleh orang suruhan Umar r.a berbunyi:" Berilah hutang wang kepada kami sebabyak 4 dirham hingga ke awal bulan, apabila tiba di awal bulan anggaplah bayaran bulanan yang pihak Baitulmal berikan kepada saya sebagai pulangan wang kepada hutang yang saya pinjam dan yang sebulan lagi sebagai pinjaman dari Baitulmal".
Apabila pihak Baitulmal membaca surat tersebut maka perbendaharaan Baitulmal menulis surat kepada Umar r.a yang berbunyi: " Wahai Umai r.a adakah kamu yakin bahawa kamu akan hidup selama tempoh sebulan lagi?' kami tidak keberatan untuk meminjam kepada mu, yang kami ingin tahu apakah yang akan kamu buat terhadap wang tersebut yang hendak kamu pinjam itu sekiranya kamu mati?, sedangkan kamu masih berhutang dengan Baitumal".
Sebaik sahaja Umar r.a membaca surat tersebut maka beliaupun menangis dan berkata: " Wahai anakku, kamu pergilah ke sekolah sebagaimana biasa, sesungguhnya aku tidak yakin bahawa umurku ini boleh bertambah walau sejam pun."
Sifat yang ditunjukkan oleh Umar r.a ini hendaklah dijadikan tauladan kepada kita, jangan kita fikir kita ini akan hidup selama-lamanya, belum tentu kita tahu kita akan hidup beberapa saat lagi. Oleh itu hendaklah kita fikir sedalam-dalamnya apakah kita perlu habiskan masa kita dengan kerja-kerja yang tidak memberi faedah. Ingatlah dari Allah kita datang dan kepadaNya kita akan kembali.
Buatlah kerja yang halal untuk mendapatkan rezeki dan jadikanlah dunia ini tempat kita kumpulkan bekal amal ibadat supaya kita tidak susah di alam akhirat, hendaklah kita anggap dunia ini sekadar keperluan dan akhirat tempat tujuan.
sumber : himpunan kisah-kisah telada
Jumaat, 3 Mei 2013
Dato' Haji Che Lah pemimpinku
Aku tak ingin memperkatakan mengenai apa yang aku tidak tahu. Tapi aku ingin membicarakan tentang apa yang aku tahu, yang aku dengar dan yang aku lihat megenai pemimpin ku ini. Walaupun aku ini bukanlah ahli partinya tapi yang pasti aku tetap menyokongnya.
Pada pandangan aku ini yang tinggal diluar Kelantan mungkin menyebabkan aku tidak mengenali dengan jelas daya kepimpinannya. Walaupun begitu aku masih ingat sewaktu beliau mengambil calon kali pertama tahun 8 Mac 2008 banyak pembaharuan yang dibuat sebelum penamaan calon lagi. umpamanya seingat aku setiap pengundi termasuk aku, mendapat Kad berupa maklumat tempat mengundi, saluran mengundi dan maklumat lain lagi. Dari situ aku nampak, hebat dan bijak calon baru ini kerana sebelum ini aku tidak nampak calon-calon yang berbuat demikian.
Walaupun aku berada di luar kelantan namun aku tahu banyak perkembangannya melalui Fbnya.
Orangnya juga senang berbicara, ramah dan tidak lokek dengan senyuman membuatkan orang-orang kampung tanpa segan dan malu boleh bercakap dan menceritakan masalah mereka dengan beliau.
Setahu aku beliau selalu melawat ke kampung ku dan juga kampung-kampung lain dibawah seliannya iaitu N04 DUN Wakaf Bharu.
Moto beliau dalam PRU ke 13 kali ini adalah " Che Lah Wakil Kito, Mudoh Kiro Sene Bbaso"
Bagi aku bertepatan dengan sifat dan gaya beliau itu sendiri. Beliau amat rajin melawat pengundi untuk mengetahui keadaan mereka. beliau juga selalu merisik setiap penduduk yang berada kemiskinan tanpa mengira parti untuk memberi pertolongan dan bantuan sekadar yang termampu olehnya sebagai wakil rakyat negeri kelantan.
Dan untuk pengetahuan semua aku akan dan keluarga akan balik ke Kelantan dan Insayaallah akan mengundinya. insyaallah.
Antara gambar pemimpin kesayanganku ini
Ahad, 28 April 2013
Royalty untuk Rakyat Kelantan
jika betul fakta ini. aku sebagai anak kelantan mahu tahu
1. Kepada siapa duit diserahkan
2. kemana duit tersebut dibelanjakan
3. apa projek yang telah disiapkan
4. dan yang penting auditnya mana???????????
Isnin, 22 April 2013
Jumaat, 19 April 2013
Protes Calon. Adakah kali ini BN akan tumbang ?
Protes kumpulan dan individu yang tertentu kerana merasakan mereka lebih layak dari calon yang diketengahkan oleh BN. Protes ini berlaku hampir disetiap negeri di Malaysia. Adakah memang betul kali ini BN akan kalah?
Selasa, 16 April 2013
Ayat Yang Selalu di Dengar
kredit kepada Ainnur Afiffah
selalu tak dengar ayat-ayat yg berbunyik begini..? Eheh.
"Awak ni tak reti bersyukur, kerajaan sekarang dah bagi
macam-macam. Kene lah balas budi."
"Eh kau, kalau tak suka sangat kerajaan jangan duduk
Malaysia."
"Kau bising-bising ni sedar sikit kau tu kerja dgn
kerajaan jugak!"
"Pesara kerajaan perlu taat setia kepada parti
kerajaan."
"Piraahh..asyik hentam kerajaan, tapi ambik jugak
baucar buku. Booo.."
Ekhem. isu sensetip? Takpe..pandang apa yg saya nak cakap ni
dengan pandangan ilmiah ok. bukan dgn perasaan emosional dan bodoh sombong.
Siapa tahu anda tergolong dlm golongan yg misconception ni..so lepas ni anda
tak salah lagi.
Testing 1 2 3. Ekhem, bismillah.. Dengar sini semua dan
semua dengar sini..
Disebabkan kita mengamalkan demokrasi dan sistem pelbagai
parti, maka anda harus terima hakikat kenapa wujudnya parti-parti politik
seperti Barisan Nasional, PAS, Parti Keadilan Rakyat serta beberapa parti lain.
Jadi, tidak salah sekiranya kita berbeza parti tak kiralah parti pemerintah
atau parti pembangkang, itu HAK masing-masing. Lain la kalau kita ni negara
komunis yg mengamalkan sistem satu parti iaitu parti yg menguasai kerajaan.
Eh:p
Parti politik adalah satu badan orang2 yg bersatu@bersama
membina kepentingan negara&rakyat melalui prinsip@pegangan@perjuangan
tertentu yg telah dipersetujui secara kolektif. Jadi, tak kira sama ada Barisan
Nasional atau Pakatan Rakyat sekali pun, apabila mereka memegang tampuk
pemerintahan kerajaan justeru mereka menggalas tanggungjawab yg sama.
Penyertaan parti-parti politik ni dalam pilihan raya umum
membolehkan parti politik tersebut membentuk sebuah kerajaan sama ada di
peringkat negeri ataupun pusat yg dipilih oleh rakyat melalui undian pilihan
raya. Kebiasaanya, parti yg menang majoriti akan menguasai kerajaan. Tetapi
harus diingat! tidak ada sebuah parti politik pun yg boleh menjadikan kerajaan
itu seolah-olah bapak dia punya walaupun parti itu memperoleh majoriti utk
menguasai kerajaan. And parti politik tak boleh jadi kerajaan ye. Parti politik
hanya ruling party kpd kerajaan. Benda ni kita kena faham betul-betul. kalau
tak, sia-sia bercakap bagai nak rak pasal politik kalau benda basic ni still
taktau.
So basically menjadi satu tanggungjawab WAJIB bagi kerajaan
menyediakan barangan n perkhidmatan awam utk kesejahteraan masyarakat. Contoh:
infrastruktur, bantuan bencana, taman-taman awam, penjagaan kesihatan asas,
perumahan subsidi, pendidikan awam & kemudahan awam yg lain. Jadi, siapa
pun jadi kerajaan memang menjadi tugas mereka utk menyediakan setiap prasarana
yg kondusif seperti yg kita nikmati sekarang ni. Jadi, toksah dok pelik sangat
la sebab tu dah memang kerja depa. kekeke.
And one more benda penting yg anda kena sedar, setiap rakyat
negara ni membayar cukar kpd kerajaan. Ini merangkumi cukai pendapatan, cukai
langsung n tak langsung. Harga barang yg anda beli dlm negara ini sebenarnya
anda bayar bersama harga cukai. Anda/bapak anda beli kereta dgn harga yg tinggi
disebabkan faktor cukai la. Sama jugak barangan lain. Maka, setiap rakyat kena
tahu yg setiap hari mereka bayar cukai utk bagi kat kerajaan. Jadi, anda boleh
kata wang yg dibelanja oleh kerajaan adalah wang anda.
Jadi wahai rakyat jelata sekalian, kalau kerajaan bagi
bantuan/duit/elaun/apa-apa jela, tu bukan duit diorang kumpul dari kecik tau,
tu duit rakyat. Malah, bukan juga duit mana-mana parti ye. Tolong la pahamkan
benda basic ni. Please. Sebab masa kerajaan yg dulu berikan bantuan baucar buku
n BR1M, peliknya TV3 paparkan "Rakyat berterima kasih kpd BN." Malah,
semua makcik tok nenek yg muka masuk TV tu dok ulang terima kasih pada Barisan
Nasional. Tu bukan duit BN ye, itu duit anda cuma modal dia pusing balik je.
Sila lah sedar. Lainlah kalau program parti, haa..itu memang perlu guna duit
parti tersebut. Takleh guna duit rakyat tau! Heh.
So bagi saya, papan-papan tanda seperti "Satu lagi
projek kerajaan Barisan Nasional" tidak sesuai digunakan. Seharusnya
gunakan "kerajaan persekutuan” atau "kerajaan negeri" je cukup.
Disebabkan slogan2 seperti ini jugalah, buat rakyat makin konpius.
Plus, untuk tentukan bagaimana cemerlang dan bagusnya
sesebuah kerajaan dlm mengendalikan wang negara, bukanlah ditentukan daripada
jumlah perbelanjaan mereka sahaja, tetapi bagaimana mereka mengurus dan
mengendalikan wang tersebut dengan AMANAH serta menggunakan hanya untuk
pembangunan negara& kepentingan rakyat bukan utk diri@kroni senirik. Malah,
kerajaan yg bagus seharusnya berjaya meningkatkan kedudukan ekonomi negara dan
bukannya meningkatkan hutang negara. *general statement ye..:P*
And last one, berkaitan pekerja kerajaan ni ye. Yes, mereka
mmg perlu taat dan patuh dgn arahan kerajaan Malaysia. Kita kan 1Malaysia! Eh.
Lagipun, dah bekerja bawah kerajaan kan, haruslah patuh dgn 'bos'. Tapi,
wajarkah 'bos' mewajibkan dan menentukan parti mana yg pekerja dia perlu
sokong? Sangat kelakar bila ada yg berpendapat hanya yg menyokong BN sahaja yg
boleh bekerja dgn kerajaan dan yg bekerja dgn kerajaan semua perlu sokong BN.
Anda oii, semua peluang pekerjaan, kemudahan awam atau apa-apa sahaja yg ada
dlm Malaysia ni adalah hak utk SEMUA RAKYAT tanpa mengira latar belakang
politik mereka. Sama lah macam baucar buku, itu untuk rakyat Malaysia. Apa
pembangkang bukan warganegara ke? Yg orang asing boleh pulak bagi
kewarganegaraan. Eh lagi.
Kalau tak faham lagi, saya bagi contoh paling mudah. Antara
PDRM dgn Kerajaan, siapa yg berkuasa? Well..mestilah kerajaan kan. kalau antara
PDRM dgn UMNO? siapa pula yg berkuasa...? Eh, jgn terasa ye saya sekadar
bertanya. Hihik. Erm..pekerja kerajaan ni sebenarnya perlu patuh dgn arahan
kerajaan Malaysia atau arahan parti ye? Gaji pekerja kerajaan tu dibayar
menggunakan wang parti itu sendiri ke? Ye, memang parti pemerintah dan kerajaan
tu hakikatnya akan berkait. Tapi, still kena reti beza ok. Lagi satu, wajarkah
seorang pesara kerajaan yg telah berkhidmat utk negara dilabel sebagai
"tidak kenang budi" dan "tidak ada maruah" hanya kerana
kemudiannya menyokong pembangkang? Ish ish. Betapa tak matangnya pemikiran
tersebut..sukati dia lah.
So, betulkan persepsi songsang anda. Erm, yg pasal kes suruh
berambus dari Malaysia tu dah kritikal sangat kot. Banyak kena fahamkan lagi
tu, kalau tak mmg seronok je org gelakkan ayat 'patriotik' anda tu. Heh.
Actually, benda ni anda yg bijak ni pun dah boleh pikir sendiri sebenarnya,
kita sendiri nampak bagaimana sesetengah pihak menyalahgunakan kuasa yg ada.
Dah macam negara ni mereka yg punya pulak. Eh. Agaknya bagaimana keadilan akan
tertegak sekiranya penimbang itu berat sebelah?
Jadi, sebagai golongan terpelajar dan bijak bistari,
patutkah anda sekadar duduk dan melihat saja tanpa ambil tahu? Jangan jadi
masyarakat typical yg mudah berpuas hati apabila diberi ganjaran walaupun
hakikatnya sedikit apatah lagi masyarakat yg langsung tidak mahu kisah. Cukup
sekadar wakil rakyat mereka turun sewaktu hari berkempen dan memberi saguhati
sepanjang hari berkempen, lepas tu...? Hurm.
Akhir kata, kerajaan dan pembangkang sebenarnya harus
bertindak sebagai "check and balance". Mereka bekerja demi
kepentingan rakyat. Bila pembangkang mendesak itu dan ini, then kerajaan pun
buat kerja sbb ada tekanan, mungkin kita tak dapat apa yg ada sekarang kalau
mereka yg diatas terus tak sedar diri dan bermaharajalela dgn kuasa yg ada.
Lumrah manusia, kena ketuk baru jalan. Tapi, anda sebagai rakyat tetap berhak untuk
memilih kerajaan pilihan anda utk 4tahun yg akan datang. Parti tu parti la.
Kerajaan itu rakyat! Luaskan kuasa rakyat. SELAMAT MENGUNDI!
P/s: Kalau anda kata saya 'tak kenang budi' jugak, maknanya
anda kena baca lagi sekali. Maafkan saya jika tersalah kata atau terasa.
"Wahai orang-orang yang beriman, kenapa kamu mengatakan
sesuatu yang tidak kamu kerjakan? Itu sangatlah dibenci oleh Allah jika kamu
mengatakan apa-apa yg tidak kamu kerjakan." (As-Saff: 2-3)
Wallahu'alam.
Isnin, 15 April 2013
Senarai Calon PKR di Perak untuk PRU KE 13
Parlimen
P58 Bagan Serai- Dr Muhammad Nur Manuty
P61 Padang Rengas- Meor Ahmad Ishaara Ishak
P63 Tambun- Siti Aishah Shaikh Ismail
P71 Gopeng- Dr Lee Boon Chye
P72 Tapah-Vasantha Kumar Krishan
P73 Pasir Salak-Mustaffa Kamil Ayub
P74 Lumut- Laksamana Pertama (B) Mohamad Imran Abd Hamid
P75 Bagan Datok – Madzi Hasan
P77 Tanjung Malim- Tan Yee Kew
DUN
N01 Pengkalan Hulu- Mejar(B) Abdullah Masnan
N02 Temengor Mohd Supian Mordin -
N03 Kenering- Mohd Tarmizi Abdul Hamid
N04 Kota Tampan- Zahrul Nizam Abdul Majid
N07 Batu Kurau- Mohd Fadzil Alias
N09 Kuala Kurau- Abdul Yunus Jamhari
N10 Alor Pongsu- Rosli Ibrahim
N13 Kuala Sepatang- Chua Yee Ling
N24 Hulu Kinta- M.A
Tinagaran A/l Arumugam
N34 Bukit Chandan- Fathmawaty Salim
N39 Bota- Zulkifly Ibrahim
N42 Tualang Sekah- Baldip Singh A/L Santokh Singh
N44 Simpang Pulai- Tan Kar Hing-
N45 Teja- Chang Lih Kang
N46 Chenderiang- Amani Wiliams Hunt Abdullah
N48 Sungai Manik- Osman Abdul Rahman
N52 Pangkor- Mohd Saifullah Mohd Zulkifli
sumber ustazsiber
Senarai Calon Pilihanraya Umum 13 BN di Selangor dan Wilayah Persekutuan
Berikut adalah senarai penuh calon-calon Barisan Nasional Selangor yang akan bertanding di kerusi Parlimen dan DUN pada PRU ke-13 ini. Menurut sumber yang kami terima, UMNO akan bertanding di 9 kerusi Parlimen dan 35 kerusi DUN, manakala MCA (7 kerusi Parlimen dan 14 kerusi DUN), MIC (4 kerusi Parlimen dan 3 kerusi DUN), Gerakan (1 kerusi Parlimen dan 3 kerusi DUN) dan PPP bertanding di 1 kerusi DUN.
PARLIMEN:
1. Selayang - Datuk Ir. Donald Lim Siang Chai (MCA)
2. Pandan - Garry Lim Chin Yee (MCA)
3. Serdang - Datuk Yap Pian Hon (MCA)
4. Kelana Jaya - Loh Seng Kok (MCA)
5. Petaling Jaya Selatan - Seah Kok Fah (MCA)
6. Petaling Jaya Utara - Chew Hoong Ling (MCA)
7. Klang - Datuk Teh Kim Poo (MCA)
8. Hulu Selangor - P. Kamalanathan (MIC) - Penyandang
9. Kuala Selangor - Datuk Irmohizam Ibrahim (UMNO) - muka baharu
10. Gombak - Raman Ismail (UMNO)
11. Ampang - Dr. Rozaidah Talib
12. Hulu Langat - Adzhaliza Mohd. Nor (UMNO) - muka baharu
13. Puchong - A. Kohilan Pillay (Gerakan) - muka baharu
14. Subang - A. Prakash Rao (MIC) - muka baharu
15. Shah Alam - Zulkifli Noordin (rakan BN)
16. Kapar - Saktivel Alagappan (MIC)
17. Kota Raja - Murugesan Sinnandavar (MIC)
18. Kuala Langat - Sharuddin Omar (UMNO) - muka baharu
19. Sabak Bernam - Mohd. Fasiah Mohd Fakeh (UMNO) - muka baharu
20. Tanjong Karang - Datuk Seri Noh Omar (UMNO) - penyandang
21. Sepang - Datuk Seri Ir. Mohd. Zin Mohamed (UMNO) - penyandang
22. Sungai Besar - Datuk Noriah Kasnon (UMNO) - Penyandang
DEWAN UNDANGAN NEGERI:
1. Teratai - Ben Liew Pok Boon (Gerakan) - muka baharu
2. Bukit Gasing - Juan Sei Chang (Gerakan) - muka baharu
3. Bukit Lanjan - Francis Chong Tuck Chiew (Gerakan) - muka baharu
4. Kinrara - Wong Hock Aun (MCA)
5. Gombak Setia - Said Anuar Said Ahmad (UMNO)
6. Kota Anggerik - Mohd. Yusof Din (UMNO) - muka baharu
7. Batu Tiga - Ahmad Nawawi M. Zin
8. Seri Andalas - T. Mohan (MIC)
9. Selat Klang - Faisal Yahya (UMNO) muka baharu
10. Chempaka - Muhammad Faizal Sufar (UMNO) - muka baharu
11. Pandamaran - Ching Eu Boon (MCA) - muka baharu
12. Seri Kembangan - Chin Toong Kang (MCA)
13. Sungai Pinang - Lee Siew Chee (MCA) - muka baharu
14. Taman Medan - AB Wahab Ibrahim (UMNO) muka baharu
15. Sekinchan - Kek Seng Hooi (MCA) - muka baharu
16. Bukit Melawati - Jakiran Jacomah (UMNO) - muka baharu
17. Rawang - Lee Li Yew ( MCA)
18. Batu Caves - Rawisandran Narayanan (MIC)
19. Hulu Kelang - Abdul Rahim Pandak Kamarudin (UMNO)
20. Bukit Antarabangsa - Mohamad Nadzim Ibrahim (UMNO) - muka baharu
21. Lembah Jaya - Baderisham Jolly (UMNO) - muka baharu
22. Kajang - Lee Ban Seng (MCA)
23. Bangi - Mohd. Zaidi Md. Zain @ Zakaria (UMNO) - muka baharu
24. Balakong - Lai Kwong Choy (MCA) - muka baharu
25. Subang Jaya - Gan Meng Foo (UMNO)
26. Seri Setia - Tengku Rethwan Tengku Mansor (UMNO) - muka baharu
27. Kampung Tunku - Chong Seng Foo (MCA)
28. Damansara Utama - Lim Choon Kin (MCA)
29. Kota Damansara - Halimaton Saadiah Bohan (UMNO) - muka baharu
30. Meru - Sukaiman Ahmad (UMNO) - muka baharu
31. Pelabuhan Klang - Nasarruddin M.Zin (UMNO) - muka baharu
32. Kota Alam Shah - Datuk Maglin De Cruz (PPP)
33. Sri Muda - Mohd. Abdul Raof Mokhtar (UMNO) - mula baharu
34. Sijangkang - Zurihan Yusop ( UMNO) - muka baharu
35. Teluk Datuk - Tan Cheng Chai (MCA)
36. Sungai Panjang - Budiman Mohd. Zohdi (UMNO) - Muka baharu
37. Sungai Air Tawar - Kamarol Zaki Abdul Malik (UMNO) - muka baharu
38. Sabak - Abdul Halim Udin (UMNO)- muka baharu
39. Hulu Bernam - Rosni Sohar (UMNO) - muka baharu
40. Kuala Kubu Bharu - Ooi Hui Wen @ Jessie Ooi (MCA) - muka baharu
41. Batang Kali - Mat Nadzari Ahmad Dahlan (UMNO) muka baharu
42. Sungai Burong - Datuk Mohd. Samsudin Lias (UMNO) - penyandang
43. Permatang - Sulaiman Abdul Razak (UMNO) - penyandang
44. Jeram - Datuk Amirudin Setro (UMNO) - penyandang
45. Kuang - Abdul Shukor Idrus (UMNO) - penyandang
46. Taman Templer - Datuk Subahan Kamal (UMNO) - penyandang
47. Dusun Tua - Ismail Sani (UMNO) - penyandang
48. Semenyih - Johan Abdul Aziz (UMNO) - penyandang
49. Sri Serdang - Mohamad Yusof Mohamed Yasin (UMNO) - muka baharu
50. Paya Jaras - Datuk Ir. Bushro Mat Johor (UMNO) -penyandang
51. Sementa - Md Ghazali Md Amin (UMNO) - tukar kawasan dari DUN Meru
52. Morib - Hasiman Sidom (UMNO) - penyandang
53. Tanjung Sepat - Nisman Yusof (UMNO) - muka baharu
54. Dengkil - Shahrum Mohd. Sharif (UMNO) - muka baharu
55. Sungai Pelek - Ng Chok Sin (MCA) - muka baharu
56. Ijok - K.R. Parthiban (MIC)
senarai calon BN Wilayah persekutuan
1. Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin (Lembah Pantai)
2. Datuk Seri Tenhku Adnan Tenhku Mansor (Putrajaya)
3. Datuk Dr. Mohd Shafie Abdullah (Wangsa Maju)
4. Datuk Ahmad Fauzi Zahari (Setiawangsa)
5. Datuk Johari Abdul Ghani (Titiwangsa)
6. Rozman Isli (Labuan)
7. Datuk A.Chandrakumanan (Kepong)
8. Dr. Dominic Lau Hoe Chai (Batu)
9. Jayanthi Devi Balaguru (Segambut)
10. Frankie Gan Joon Zin (Bukit Bintang)
11. Nicole Wong Siaw Ting (Seputeh)
12. Teoh Chee Hooi (Cheras)
13. Tan Kok Eng (Bandar Tun Razak)
sumber papgomo dan uptown girls

Sabtu, 13 April 2013
الاسماء المشتقات
الاسماء المشتقات
اسم الفاعل
شاكر – عادل – معلم – مفسر – مجاهد – منافق – مسلم – محرم – متقدم –
متأخر
مثله : تسعى حكومة ماليزيا نجو الدولة متقدم عام
اسم المفعول
ممنوع – مطلوب – مفصل – معظم – مبارك – ممارس – مكرم – مجمل – متعلم –
متقدم
مثله : هل تريد شراء السيارة
الجديد ام مستعمل
الصفة المشبهة
ضجر – طرب – أعرج - أَصلع - أَحور - أَخضر - عرجاءُ - صلعاءُ - حوراءُ - خضراءُ
مثله : أَخوك حسنٌ صوتُه
اسم التفضيل
أفضل – أكبر – أسرع – أعلم – أكثر – أصغر – أحلى – أخبث – أحسن –
أكرم
مثله : ألله اعلم حيث يجعل رسالته
الصغة مبالغة
عليم – حكيم – أمين – نظير – حسيب – جميل – كبير – كسير – عديل –
عقيل
مثله : ان الله عليم حكيم
Jumaat, 5 April 2013
Rahsia Khusyuk dalam Solat
Seorang ahli ibadah bernama Isam bin Yusof, dia sangat warak dan sangat khusuk dalam solatnya. Namun dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih baik ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang dirasakan kurang khusuk.
Pada suatu hari Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim dan bertanya: "wahai Aba Abdulrahman, bagaimana cara tuan solat ?"
Hatim berkata : " Apabila masuk waktu solat, aku berwuduk zahir dan batin".
Isam bertanya: " Bagaimana whuduk zahir dan batin itu?"
Hatim berkata : " Wudhuk zahir sebagaimana biasa, iaitu membasuh semua anggota wudhuk dengan air. Sementara wudhuk batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara:-
1. Bertaubat
2. Menyesali dosa yang telah dilakukan
3. Tidak tergila-gilakan dunia
4. Tidak mencari/ mengharapkan pujian orang ( riya')
5. Tinggalkan sifat berbangga
6. Tinggalkan sifat khianat dan menipu
7. Meninggalkan sifat dengki."
Seterusnya Hatim berkata:" Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku bayangkan Allah itu ada dihadapanku, surga disebelah kananku, neraka disebelah kiriku, malaikat maut di belakangku. dan aku bayangkan pula seolah-olah aku berdiri di atas titian "Sirratul Mustaqim' dan aku menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat yang terakhir bagiku, kemudia aku aku berniat dan bertakbir dengan baik.
Setiap bacaan dan doa dalam solat kufaham maknanya, kemudian aku aku rukuk dan sujud dengan tawadhuk, aku bertasyahhud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun.
Apabila mendengar, menangislah Isam kerana membayangkan ibadahnya kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim
sumber: Himpunan kisah-kisah teladan
Seraiku sudah jadi
semalam aku ada mengambil gambar serai yang ku tanam dulu
adalah sekarang ini 150 rumpun sahaja
hanyalah layak dibuat benih sahaja nanti
sambil jual sikit-sikit. oklah tu dapat juga hasil
sekarang aku gemburkan rumpun serai tu supaya serai cepat beranak pinak
serai ini aku belum bajakan lagi. mungkin sabtu ni aku belikan bajanya
serai ni bajanya adalah urea sahaja
murahkan
tabur sahaja dekat perdu serai tu. dalam 2 minggu hijaulah pokok serai tu

Aku Si Tukang Karut
sudah agak lama aku tak menulis. bukan tidak cukup masa. kih kih kih
kerana setiap orang ada 24 jam sehari. ini adalah masa yang disediakan oleh Allah kepada anak adam,
tetapi mungkin kerana penat, sakit badan dan pening kepala menyebabkan aku malas nak menulis di blog ini. hari ini hujan, aku tak ke kebun tapi mungkin pukul 6 nanti aku ke kebun lagi. ntah kenapa hari ini aku ada semangat untuk menulis semula walaupun tulisan ini hanyak layak dibakul sampahkan. namun kerana blog ini adalah blog aku maka suka ati akulah nak tulis apa-apa.
Langgan:
Catatan (Atom)

.jpg)
.jpg)

.jpg)

.jpg)