Selasa, 12 Mac 2013

Perpaduan-Mestikah hanya dalam umno ??????

Assalamualaikum semua kawan-kawan.
Aku pun melayu, Tun Mahathir pun melayu, DS Najib pun Melayu, DSAI pun melayu, TGNA pun melayu . Adakah Umno sahaja melayu manakala yang lain tidak melayu. Pas juga melayu, PKR juga melayu, jadi kenapa Umno mendabik dada bahawa dia melayu. Mereka mengatakan bahawa perpaduan hanya milik mereka. tidak malukah itu.
Ada orang berkata kita sesama melayu bergaduh, kaum lain bertepuk tangan. siapa mengatakan ini tentu saja orang Umno atau orang yang terpengaruh dengan dakyah Umno. Adakah kita hanya perlu mengikut sahaja apa yang Umno lakukan tanpa perlu ada perubahan.
Bagus juga tiada pembangkang, melayu bersatu. bagus juga tiada DSAI pengkhianat melayu. tentu melayu bersatu. Kalau begitu selama ini. Pas telah lama jadi pembangkang, Tengku Razaleigh pernah jadi pembangkang, Tun Dr. Mahathir Muhammad pernah jadi pembangkang, Tunku Abdul Rahman pernah jadi pembangkang adakah diorang ini pengkianat melayu kerana menyebabkan  berlakunya perpecahan melayu.
Malah Dato' Onn Jaafar  sendiri pernah menubuhkan parti Negara kenapa tidak dituduh pemecah perpaduan melayu
Pelik juga kan
Apabila pengaruh UMNO sudah retak dan tercalar dan akan hilang kuasanya maka dicananglah sana sini melayu sama melayu bergaduh kaum lain bertepuk tangan. Meroyanlah Umno kata penyokong PR. Sebab takut kehilangan kuasa yang selama ini mereka kuasai. Untuk mengekalkan kuasa mereka sangup melakukan apa sahaja. Termasuk melalui slogan-slogan tertentu, serangan-serangan berkala dan tersususan, menguasai minda dan pemikiran anak-anak muda.
Jadi janganlah mengatakan begitu dan begini jika anda melayu kerana kami pun melayu juga.
gambar hiasan



Tiada ulasan: