Seseorang itu mudah dikenali kerana pakaiannya. Tetapi apabila seseorang itu memakai tudung, dengan mudah dikenali agamanya bahkan dapat membezakan antara wanita muslimah dengan bukan muslimah. Dengan ini mereka akan dapat menghalang dari gangguan lelaki yang selalu mengambil kesempatan keatas wanita yang berpakaian seksi. Bahkan dengan memakai tudung, seseorang itu akan kelihatan sopan dan amat bertepatan dengan adat dan budaya melayu. Namun begitu perintah pemakaian tudung sebenarnya adalah kerana diperitah oleh Allah.
Bagi yang memakai tudung pula hendaklah mengikut ketetapan syarak terutamanya hendaklah memastikan tudung itu tidak nipis atau jarang. Pakailah anak tudung supaya rambut tak keluar.
Sesungguhnya tiada khilaf dalam kalangan ulamak berhubung kewajipan memakai tudung. Tetapi islam memberi kelongaran mengikut kreatif manusia untuk mencipta gaya yang perbagai dengan syarat menutup semua rambut dan dada.
Pada dasarnya pakaian wanita mestilah menutup tubuhnya kecuali muka dan tangan serta wanita boleh memakai apa sahaja pakaian mengikut bidang keperkejaannya tetapi wajib mengikut batas syarak
gambar dari
Tiada ulasan:
Catat Ulasan