Rabu, 27 Mac 2013

KecohKetua UMNO Bahagian Cheras,Datuk Seri Syed Ali Alhabshee keluar UMNO ???

Dari blog Pro-PR mengatakan Ketua UMNO Bahagian Cheras,Datuk Seri Syed Ali Alhabshee akan menyertai PR dalam masa terdekat ini. Kenyataan ini adalah kabar angin atau kenyataan aku pun tidak pasti sumber



Anak muridku-menghitung detik

Hari ini aku ingin menceritakan mengenai anak-anak muridku. mengajar di SJKC kalau dilihat dari segi bilangan amatlah sedikit dan senang untuk diajar. mungkin betul jangkaan anda dan mungkin juga tidak. Kenapa saya mengatakan begitu senang di SJKC mungkin tidak banyak tugas yang diberikan kepada kita. jawatan-jawatan seperti ajk PIBG tidak diberikan kepada kita kerana mesyuarat semuanya dalam bahasa cina. murid yang diajar dalam satu kelas juga sedikit serta boleh keluar makan diluar sewaktu rehat atau sewaktu free. 
manakala apabila saya mengatakan juga tidaklah begitu senang adalah kerana sedikitnya bilangan waktu yang diajar di SJKC di dalam subjek agama contohnya di SK masa yang diperuntukkan adalah 6 waktu manakala di SJKC adalah 4 waktu adalah bersamaan 2 jam seminggu untuk setiap kelas. sedangkan silibus yang perlu diajar adalah sama sahaja dengan SK. yang merumitkan lagi adalah gabungan kelas antara tahun 1&2, 3&4, serta tahun 5&6 manakala yang rumitnya adalah silibus yang perlu diajar adalah silibus yang tidak sama diantara kelas tahun yang berlainan ini.
 Yang membuatkan saya rasa bersalah adalah seorang murid saya yang gagal menguasai bahasa jawi . murid ini sekarang belajar di tahun 5. mulai tahun ini juga saya mengajar PRA sekolah. Manakala kelas pemulihan bahasa melayu setiap tahun saya diperlukan untuk membantu murid yang lemah menguasai bahasa melayu. sedangkan murid saya yang lemah itu tak dapat saya pulihkan.







 antara murid saya di dalam kelas


 murid kelas pemulihan









keceriaan murid Pra. mereka hanya tahu apabila selesai buat kerja " bintang yang banyak"

Isnin, 25 Mac 2013

Balik kampung- ada berani

sekarang dah cuti persekolahan. anda pula sekarang dimana????
saya pula sudah balik kampung.hi hi hi. maklumlah cuti hari raya cina yang lepas saya dan keluarga tidak balik kampung. Walaupun pada cuti ini anak ada tuiton di sekolahnya namun terpaksa ditinggalkan juga kerana hendak balik kampung. dari Hulu Selangor aku bertolak melalui Batang Kali dan seterusnya melalui Tanjung Malim, Perak. di Tanjung Malim pula aku melalui tol terus ke Simpang Pulai dan seterusnya kami melalui pula Cameron Higland. Disana kami singgah di kedai dan taman Strawbery.

antara gambar yang dapat ku ambil di Cameron Higland






 lihatlah anak-anakku riang di sana


 pokok strawbery di atas bumbung. kih kih kih





selepas beberapa ketika disana kami teruskan perjalanan melalui Gua Musang. di Gua Musang kami singgah makan di KFC bandar Gua Musang





pada kali ini semasa dalam perjalanan banyak betul lori balak. tidak pernah aku lihat lori balak sebanyak itu dalam perjalanan. aku sampai di rumah mertua jam 6.45 petang.  Rasa pening dan bengong. selepas mandi dah ok. selamat semuanya.

Khamis, 21 Mac 2013

Derma RM1 Ketinggalan Zaman

sempena hari jumaat yang mulia ini aku menyeru kepada semua orang islam. marilah kita menderma lebih dari RM5 mengikut kemampuan masing-masing seeloknya lagi banyak lagi baik kerana bila masjid mempunyai banyak wang, apa-apa aktiviti dapat dijalankan yang pastikan memberi faedah kepada masyarakat sekitar.

Rabu, 20 Mac 2013

SPM- Keluar Esok

Seperti yang kita sedia maklum keputusan SPM akan keluar besok. Untuk itu aku ucapkan kepada semua pelajar yang akan mengambil SPM esok, selamat berjaya semuanya. Kepada yang tidak berjaya aku ucapkan juga" cubalah lagi" kih kih kih. 
Apa-apa pun yang penting usaha yang kita lakukan untuk berjaya bukannya keputusan itu yang penting. Aku bukan mengatakan keputusan itu tidak penting tetapi usaha itu lebih penting dari keputusanya kerana usaha itu akan menjadi tabiat kita kerana masa  yang akan anda lalui masih lagi panjang. Usaha yang tidak mengenal penat dan letih akan menentukan kejayaan masing-masing.



Tengah Panas. Kih Kih Kih

Hari ini aku jadi pengadil boal baling peringkat Hulu Selangor. Pertandingan hari ini untuk kategori 18 tahun perempuan. hi hi hi semenjak jadi blogger tak bertauliah ni kamera sentiasa jer di bawa kehulu ke hilir kih kih kih. Pertandingan ini di adakan Di SMK Dato' Hj Kamarudin
Antara gambar yang sempat aku ambil





Kelihatan kawan-kawanku sedang berehat sambil menungu panggilan untuk mengadili pertandingan




satu dua tiga senyum

Hi hi hi semasa bertugas jadi pengadil sempat juga aku ambil gambar pemain-pemain 



kawanku dari SK Bandar Baru Batang Kali semapat posing dengan pemain ditepi padang

Selasa, 19 Mac 2013

Lelong-lelong IC percuma-siapa hendak

Malaysia negara mulia 
kerana beri ic percuma
Mana ada negara kat dunia ini
yang memberi ic percuma. Kecuali negara Malaysia kita yang tersayang ini.
Rakyat Malaysia dermawan sungguh. 
derma macam-macam kat orang luar.
Derma duit tak payah nak ceritalah
Derma body. Ada ker. 
mestilah ada. derma kat Bagladesh. 
kat Negro. macam-macamlah kaum perempuan kita derma body kat orang dari negara luar
sekarang pula derma ic kat orang-orang luar
kat orang Burma tak payah nak ceritalah
banyak.
derma ic kat orang sulu. tak payah ceritalah
tak kena satu sen pun. kih kih kih
dermawannya sungguh orang kita
derma tapak niaga.
banyak berlaku di malaysia ni
kat orang indonesia, hi hi hi banyak yang berlaku
fakta atau fitnah
Kenyataan ini bukan lagi fitnah tapi fakta yang diketahui oleh semua rakyat Malaysia
anda fikirlah sendiri



Sedih- Claim Jaga SPM dapat ciput

Claim sudah masuk hari ini. seronoknya bukan kepalang. Yalah claim jaga SPM tahun lepas 2012 sudah masuk. Aku pergi lah tengok. rupa-rupanya hanya masuk Rm 200. Apa dah jadi, aku claim hari itu RM900. tup-tup masuknya hanya RM200 sahaja. minggu depan dah nak balik kampung. Tapi nak buat camna dah rezeki banyak tu jer. Mujurlah tahun ini aku tak jaga SPM. cuti boleh balik kampung, boleh juga buat kerja lain. 
Yalah jadi pengawas SPM sebulan juga. minyak kereta, cuti, tenaga terpaksa digunakan. alih-alih hanya dapat RM200 ha ha ha. memang Malaysia dah miskin. siapalah agaknya nak jadi pengawas peperiksaan SPM dan STPM nanti. kalau keadaan terus saja begini. 
Dahlah claim pergi mesyuarat, pergi kursus, jadi pengadil, bawa murid ke mana-mana pertandingan aku tak claim kerana aku tahu, memang tak dapat pun duit claimnya. Ha ha ha esok dan lusa aku jadi pengadil pertandingan bola baling bawah 18 tahun perempuan dan lelaki. tak tau nak calim ke tak. ha ha ha. camna ya