Sabtu, 3 Ogos 2013

Menjana pulangan wang yang berlipat ganda dengan membeli hartanah

Ramai dari orang melayu sekarang. Berfikiran hidup untuk bergaya atau seadanya. kadang-kadang  ada betulnya juga fikiran anda itu. jika anda tidak iri hati dengan orang lain.

Ramai juga di kalangan melayu hari ini mahu cepat kaya dengan menyertai skim cepat kaya. mungkin ada kebenarannya juga. namun ramai juga yang kecewa dan kehilangan wang yang banyak. Walaupun  kerajaan menghebahkan dan mengiklankan supaya tidak mengambil mudah atau menyertai skim cepat kaya. namun masih ramai juga yang menyertai saban tahun.

Ramai juga orang kita suka membeli barang baru terutamanya pada hari raya dan sebagainya. contohnya kereta baru, perabut baru walau pun perabut itu baru raya tahun lepas dibeli. Namun pada raya kali ini dibelinya juga dan berhutang pula tu. tidakkah itu pembaziran yang nyata.
Ramai melayu hari ini suka menyewa rumah walau pun layak membeli rumah dengan gaji yang ada. tapi masih menyewa rumah. 
Keadaan ini berlarutan sampai ke tua dengan tidak mempunyai rumah sendiri sehingga jadilah Melayu merempat di negara sendiri. 

Akhirnya ibubapa yang sudah tua akan dihantar ke rumah orang tua. Nasib badanlah kerana tidak berfikiran positif sewaktu bekerja dahulu. nasib! nasib!
Anda mahukah perkara ini terjadi kepada anda. Walaupun ada gaji tapi menyewa. Pilihan adalah ditangan anda.






Ramai juga Melayu hari ini juga membeli kereta baru. kereta lama tak habis lagi membayar hutang dah di tukar kereta baru. Maklumlah hendak bergaya katakan. padahal ini bukannya keperluan lagi. lebih kepada hidup untuk bergaya. untuk apa gaya ini kalau menyusahkan diri sendiri.  harga kereta pula akan sentiasa jatuh dan sudah tentu merugikan jika anda selalu membeli dan menukar kereta selalu.

Ha 
ini adalah jalan yang aku akan berikan kepada anda semua. jalannya adalah dengan membeli rumah. walau anda ada mempunyai rumah yang telah dibeli sekarang ini. Beli lagi untuk di sewakan. Harus diingat harga rumah atau tanah meningkat naik dari semasa ke semasa. 

Harus di ingat juga jika anda membeli tanah. tanah perlulah diusahakan untuk memdapatkan hasilnya. walaupun tanah akan meningkat nilainya dari tahun ke tahun namun hasil bulanan tiada.

Tapi jika anda membeli rumah anda boleh sewakan dan harga rumah anda juga akan meningkat dari tahun ke tahun. walaupun anda belum berkahwin. belilah rumah hari ini kerana harga rumah akan sentiasa meningkat. di tambah pula nilai mata wang ringgit sentiasa susut atau jatuhberbanding matawang antarabangsa yang lain . Keadaan ini akan mendorong peningkatan harga barangan import terutamanya besi atau simen serta barangan pembuatan rumah yang lain.

Katakanlah rumah yang anda beli sekarang ini RM80k dan anda membayar bulanan adalah RM500 sebulan untuk potongan bank dari gaji anda. Selepas tu rumah itu anda sewakan sebanyak RM300 sebulan. Jadi sebenarnya untuk rumah itu anda hanya perlu bayar kepada bank hanya RM200 sebulan. Katakanlah selama 5 tahun anda membayar RM200 sebulan selama selepas 5 tahun nanti anda tak perlu membayar apa-apa langsung kerana rumah anda tadi telah anda sewakan kepada orang sebanyak RM500 sebulan. 
Jadi rumah itu boleh dikatakan anda dapat secara percuma sahaja. kerana jumlah anda kena bayar hanya RM200x12x5 tahun =RM11000.  berbanding harga yang anda telah beli.

OK 
Tadi anda telah membeli rumah dengan harga RM80,000 tapi anda hanya membayar dalam RM11000 atau dalam RM20000 termasuk kos-kos lain.
Berapa banyak keuntungan yang anda dapat dengan membeli rumah dan menyewa kepada orang lain.
kalau anda kira keuntungan yang anda dapat adalah RM60000 dan belum ditambah dengan kenaikan harga rumah semasa. anda sebenarnya telah untung RM80000 dalam masa 5 tahun sahaja.

Aku menyeru kaki tangan kerajaan belilah rumah di tempat anda duduki sekarang supaya anda senang berurusan dengan penyewa dan untuk menjaga kebersihan dan keutuhan rumah( penyelengaraan) anda itu. 
jika anda membeli rumah jauh dari kawasan anda duduki sekarang ini amat susah juga untuk anda berurusan dengan penyewa dan menjaga rumah anda itu.

selepas 5 tahun beli lagi rumah baru yang hendak disewakan seperti di atas. kalau boleh 3 tahun pun dah boleh beli rumah baru. yang penting sewakan.


Jumaat, 2 Ogos 2013

NAZAM LEBARAN - SITI NURHALIZA



sudah dekat hari raya. jom kita dengar lagu ni

Balik Kampung

Raya sudah dekat. apa lagi balik kampunglah. ada berani ker.

cuti persekolahan sudah bermula. Ketika ini ramai warga kota sudah mengambil peluang balik kampung untuk berhari raya dengan sanak saudara dan ibu bapa. 


kemeriahan berhari raya di kampung mengamit kenangan walaupun sudah lama berhijrah ke kota. sebagai anak kampung aku juga merasai kenangan mengusik dijiwa memanggil aku supaya balik ke kampung bertemu ibu dan sanak saudara, berbuka puasa dan membuat kuih raya bersama-sama membuatkan kenangan itu mengusik-ngusik dijiwa ini seolah memangil-mangil aku pulang ke kampung.

oh 
rindu sungguh aku kepada kampung ku yang jauh di kelantan sana. Insayallah terubat jua hati ini untuk beraya dan bertemu sanak saudara pada raya ini

Selasa, 30 Julai 2013

Besarnya pahala menderma di bulan Ramadhan

Menderma dibulan puasa ini banyak ganjarannya berbanding dengan bulan-bulan yang lain bukan bermakna kita hanya digalakkan hanya menderma ataupun bersedekah di bulan ramadhan sahaja. namun dibulan-bulan yang lain juga di galakkan namun pahala besedekah dibulan ramdhan berlipat kali ganda pahalanya. itu pun bergantung juga keikhlasan kita.




Antara derma yang boleh diberikan pada bulan Ramadhan ini:

1. Sumbangan atau sedekah wang kepada yang memerlukan terutamanya asnaf zakat
2. memberi makan orang yang berbuka puasa
3. memberi sumbangan tenaga kepada yang memerlukan bantuan



artikel dibawah tidak berkenaan dengan artikel di atas
jika anda suka menderma kepada saya pun boleh. kih kih kih
dengan seikhlas klik iklan dibawah.
untuk memberi motivasi kepada saya menulis di blog ini.
anda tidak akan kehilangan apa-apa.
serta anda juga tidak rugi apa-apa
malah mungkin anda telah melakukan kebaikkan kepada saya
wallahu'lam





Penembak upahan bermaharajalela di Malaysia?

Sejak akhir-akhir ini banyak kejadian tembakan yang dipercayai dilakukan oleh pembunuh upahan. Pihak polis pula setakat ini gagal mengesan pembunuh-pembunuh ini. Pembunuh upahan yang terkenal sekarang adalah mengunakan pistol. 
anda lihatlah gambar ini.

                                lokasi pembunuhan Timbalan Ketua Pengarah Kastam di Putra Jaya

Dua gambar dia atas adalah gambar guru yang di tembak mati di Kelantan dan Kedah
                   dilokasi yang berbeza
gambar dibawah pula mangsa tembakan terbaru
Pengasas kumpulan Perbankan Arab-Malaysia

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0730&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm


Kenapa keadaan ini berlaku?
selamatkah kita pada hari ini ?

Isnin, 29 Julai 2013

Kenapa rakyat Malaysia memilih Thailand untuk bernikah kali 2

Apakah puncanya 
1. Prosedur di Malaysia memang susah.
2. Isteri pertama tidak setuju
3. Takut untuk berterus terang dengan isteri ( lelaki penakut ) kih kih kih ramai kat Malaysia ni.
4. Prosedur perkahwinan di Thailand sangat senang
5. Wali tidak setuju
6. Jimat belanja. ( kat Malaysia kalau tak de 15k-20k sorylah nak nikah) kat Thailand ada dalam RM2000        dah boleh nikah.

                            sumber gambar www.kosmo.com.my
 
Apa komen anda. kih kih kih
sebab bagi saya sesiapa sahaja mahu kahwin dua atau lebih hendaklah berterus terang. perempuan memang pantang si suaminya menipunya. 
kalau tipu orang lain dia tak kisah. jangan tipu isteri. naya nanti.

Sakitnya hatiku melihat rakyat Mesir dibunuh hanya kerana mereka Sembahyang Subuh serta menunggu untuk bersahur

Bagaimana aku tidak sedih atau tidak sayu. jika saudara ku di Mesir dibunuh hanya kerana mereka tidak bersetuju dengan penangkapan Dr Musri iaitu bekas Presiden Mesir. 


Jumaat, 26 Julai 2013

Pekerjaan Mengemis memang menguntungkan dan lumayan

2 pengemis raih RM9,000 sebulan


ANGGOTA penguat kuasa imigresen menangkap seorang pengemis warga Pakistan di persimpangan lampu isyarat di Jalan Sungai Ujong berhampiran Taman AST, Seremban kelmarin.


SEREMBAN - Dengan hanya bermodal wajah sedih sambil menghulurkan tisu di persimpangan lampu isyarat, dua pengemis warga Pakistan mampu meraih pendapatan mencecah RM9,000 sebulan.

Hi hi hi kalau mahu kaya jadilah pengemis. 

Pendakwah agama lain serta Syiah mesti dihukum jika berdakwah kepada orang Islam

Aku amat bersetuju jika negara Malaysia mengamalkan undang-undang ini kerana Perlembagaan Malaysia telah menetapkan bahawa agama penduduk Malaysia adalah islam dan agama lain boleh diamalkan tetapi di kalangan mereka sahaja. 

Manakala dari segi Pendakwah-pendakwah agama lain termasuklah agama Syiah patutlah dihukum jika didapati telah melakukan penyebaran agama selain islam. 
Kalau kita tengok undang-undang Iran contohnya Pendakwah Ahli Sunnah Wal Jamaah akan dihukum gantung jika didapati menyebarkan Mazhab ASWJ di Iran. 
penganut sunni dihukum gantung di Iran


Kenapa kita tidak boleh melakukan undang-undang yang sama di Malaysia bagi membendung fahaman Syiah dari berleluasa di Malaysia. 
Jika fahaman Syiah tidak dibendung. Saya bimbang fahaman ini akan memecahbelahkan perpaduan dan kehidupan Umat islam di Malaysia.

Jika keadaan ini tidak dapat dikawal dan dibendung dengan penganut Syiah sudah bertambah ramai maka sudah tentu menjadikan mereka lebih berani.
Keadaan ini akan menyebabkan ketidak selesaan kepada penganut Islam bermazhab ASWJ kerana Syiah menghalalkan darah penganut ASWJ.

Jika kita mendesak kerajaan berulangkali supaya mengambil tindakkan ke atas pengamal fahaman Syiah ini akan menyebabkan mereka tidak berani mengambil tindakan seberani sekarang ini dengan mengaku bahawa mereka adalah Penganut Syiah. 

Sekarang ini syiah serta pemimpin Syiah boleh mendakwa bermacam-macam, mempunyai Blog mereka sendiri, berdakwah melalui Facebook, berdakwah di IPTA dan sebagainya lagi. mereka ini boleh berdakwah secara terang-terangan dan dengan beraninya mempamerkan fahaman mereka itu.

Jadi disini saya berharap kerajaan dan sesiapa sahaja yang mempunyai kuasa bertindaklah dari sekarang kerana dibimbangi perpecahan umat islam akan berlaku di Malaysia ini

Ahad, 21 Julai 2013

Malaysia akan musnah kerana Peperangan?

Ketua dakwa ahli Syiah cecah sejuta
SITI NURSYAHIDAH ABU BAKAR
22 Julai 2013
Mohd Kamil Zuhairi Abd Aziz
Mohd Kamil Zuhairi Abd Aziz
SHAH ALAM – Ketua Kumpulan Syiah Malaysia, Mohd Kamil Zuhairi Abd Aziz mendakwa jumlah pengikut fahaman itu kini dianggarkan mencecah antara 300,000 dan sejuta orang.

Beliau bagaimanapun tidak dapat memberi anggaran tepat kerana tidak mempunyai data mengenainya.

“Jumlah yang tepat kita tidak ada. Kita hanya mengambil kira jumlah itu berdasarkan pelbagai pandangan dan laporan di media.

“Ada laporan mengatakan 300,000 orang. Paling ramai pernah dilaporkan mengenai jumlah pengikut Syiah di Malaysia ialah sejuta orang,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas jumlah sebenar pengikut ajaran Syiah di Malaysia.

Diminta mengulas mengenai cadangan mewartakan fatwa anti-Syiah di negara ini, Mohd Kamilzuhairi berkata, beliau menyerahkan perkara itu kepada kerajaan.

“Saya tidak mahu komen panjang. Terserah kepada kepada menteri terlibat untuk buat keputusan mengenai Syiah.

“Cuma apa yang boleh saya kata, sesuatu perkara yang salah lambat laun pasti akan musnah. Begitu juga sebaliknya,” katanya.

Media baru-baru ini melaporkan Kerajaan Kedah bercadang mewartakan fatwa anti Syiah selepas dikuatkuasakan sepenuhnya di peringkat kebangsaan sebelum ini.

Menteri Besarnya, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, fatwa anti-Syiah yang bakal digazetkan di Kedah akan dikenakan terhadap mereka yang cuba mengembangkan fahaman tersebut di negeri itu.

Cadangan tersebut turut disambut baik beberapa mufti yang menyifatkan fatwa anti-Syiah perlu diwartakan segera.

Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Hassan Ahmad berkata, ini berikutan ajaran itu didapati sudah mula merebak dalam kalangan masyarakat.

Sementara itu, Mufti Selangor, Datuk Tamyes Abdul Wahid berkata, Selangor sudah lama mewartakan fatwa anti-Syiah dan berharap dapat dilaksanakan di negeri lain.

Anggota kumpulan Syiah ini pernah ditahan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) pada Disember 2011 kerana didakwa menyebarkan ajaran Syiah.

Dalam serbuan tersebut, seramai 200 pengikut terdiri daripada lelaki dan perempuan termasuk kanak-kanak sedang khusyuk berselawat dan mendengar khutbah daripada seorang lelaki warga Iran.

Manakala pada 26 Ogos 2011, Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) merampas kira-kira 200 naskhah buku yang mengandungi dua tajuk berlainan berkaitan fahaman Syiah dan mengenai pengaruh ajaran itu, dalam satu serbuan di Masjid Paya Redan, Melaka.




Bagaimana pendapat anda. apakah yang patut kita lakukan mulai sekarang. fenomena ini agak membimbangkan kita terutama anak cucu kita nanti. samaada mereka akan terpengaruh dengan Golongan Syiah ini. Sudah tentu apabila ramai penyokong atau penganut Syiah ini di Malaysia mereka akan mempunyai golongan sederhana dan Radikal dan golongan radikal inilah yang akan memusnahkan negara kita nanti.

Sabtu, 20 Julai 2013

Kenapa kecoh sebab kawin tu halal?

seminggu 2 ini kecoh satu malaysia kih kih kih tetang orang yang kahwin. Macam-macamlah 1Malaysia ni. Yang sepatutnya tak perlu dikecohkan dikecohkan manakala yang sepatutnya dikecohkan pula tidak dikecohkan. Macam-macamlah.

Perkahwinan Abby dan Farhan dikecohkan.
Perkahwinan kali ke 3 Ustaz Azhar Idrus dikecohkan dan yang satu lagi perkahwinan Pelakon Asyraf dengan pasangannya berkahwin di Thailand dikecohnya. 




Apa ni, kan perkahwinan itu halal. Yang sepatutnya dikecohkan dan disiasat ataupun di selidik adalah yang tidak ada hubungan perkahwinan tetapi melakukan hubungan intim. sepatutnya perkara ini dikecoh kerana melibatkan perkara yang haram dan perkara yang haram ini banyak berlaku di Malaysia ini sehingga melahirkan anak-anak haram pula. 

Inilah masyarakat Malaysia hari ini perkara yang sepatutnya tidak menjadi perkara sepatutnya. 
dah terbalik sakan

Yang Pelik dan Yang Ajaib

gambar adalah dari roketkini.com
gamgabar 
Yang pelik nya namanya islam tapi sembahyang ditinggalkan
Yang Peliknya namanya islam minum arak selamber jer
Yang Peliknya namanya islam tapi nama gelarannya bukan nama islam
Yang Peliknya namanya islam tapi bulan puasa kedai-kedai makan orang bukan islam disitu tempat mengkedarahnya
Yang Peliknya namanya islam tapi setiap hari ke kedai nombor ekor hanya untuk membeli kertas yang ada nombor-nombor tu
Yang Peliknya namanya islam berbohong, mengumpat jadi mainannya
Yang Peliknya namanya islam sembahyang jumaat jauh sekali tapi kalau bab mencuri tabung masjid itulah kerjanya
Yang Peliknya mengaku islam tapi berzina adalah perkara biasa sahaja
Yang Peliknya mengaku islam tapi mulut macam longkang
Yang Peliknya mengaku islam tapi tutup aurat sorry


Dan Yang Ajaibnya pula bila orang bukan islam menghina islam. mereka ni lah ke depan sekali memperjuangkan islam katanyalah.

Dunia-dunia 

Rabu, 17 Julai 2013

Apa cerita ni Kedai Mamak dibuka dari pagi sampai malam dibulan puasa


gambar adalah carian goggle

Aku pun sebenarnya dah tau strategi kedai-kedai mamak ni. Apabila tiba jer time bulan Ramadhan selalunya pada awal bulan puasa, kebanyakkannya kedai mamak ni tutup dari pagi sampai petang tutup atau tidak beroperasi sepenuhnya. tetapi selepas 3 atau 4 hari selepas tu Kedai mamak akan beroperasi seperti biasa. boleh dikatakan dari pagi sampai petang kedai mamak ini akan beroperasi tanpa segan silunya menjual makanan kepada sesiapa sahaja yang datang membeli makanan di kedai mereka. Tidak mengira yang datang membeli itu orang islam atau orang bukan islam.

Kedai-kedai mamak ini beroperasi dengan gah dan bangganya tanpa sebarang tindakan  dari mana-mana pihak berkuasa. Atau sememangnya kedai-kedai ini boleh beroperasi dibulan puasa dari pagi sampai malam 
Atau 
agaknya kedai mamak ini telah memberi rasuah kepada jabatan agama suapaya tidak mengambil tindakan apa-apa terhadap mereka.

Atau
Pada bulan puasa ini jabatan-jabatan agama bahagian penguatkuasaan telah ditutup sebagai menghormati bulan puasa, agaknyalah.

inilah persoalan yang bermain-main dibenakku


kalau anda tidak percaya, ada baiknya anda selidik sendiri. 
aku pun malas nak cerita panjang-panjang tentang dan akibat pembukaan kedai-kedai mamak dibulan puasa ini dari pagi hingga malam.







Ahad, 14 Julai 2013

wah! Artikel masuk ping busuk






gambar adalah hasil carian google


Hi hi hi aku pun tak tau macam mana artikel aku yang ntah apa-apa boleh masuk ping busuk
sekarang ni aku suka-suka jer buat artikel.
dulu-dulu memanglah target aku nak dapatkan hasil pendapatan sampingan melalui blog. Skang ni dah malas nak target apa-apa.
Tapi aku tak sangka pulak entri aku masuk ping busuk.
kih kih kih

http://ping.busuk.org/v/49864/bulan-ramdhan-makanannya-mahal-dan-cekik-darah.html