Jumaat, 5 April 2013
Rahsia Khusyuk dalam Solat
Seorang ahli ibadah bernama Isam bin Yusof, dia sangat warak dan sangat khusuk dalam solatnya. Namun dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih baik ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang dirasakan kurang khusuk.
Pada suatu hari Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim dan bertanya: "wahai Aba Abdulrahman, bagaimana cara tuan solat ?"
Hatim berkata : " Apabila masuk waktu solat, aku berwuduk zahir dan batin".
Isam bertanya: " Bagaimana whuduk zahir dan batin itu?"
Hatim berkata : " Wudhuk zahir sebagaimana biasa, iaitu membasuh semua anggota wudhuk dengan air. Sementara wudhuk batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara:-
1. Bertaubat
2. Menyesali dosa yang telah dilakukan
3. Tidak tergila-gilakan dunia
4. Tidak mencari/ mengharapkan pujian orang ( riya')
5. Tinggalkan sifat berbangga
6. Tinggalkan sifat khianat dan menipu
7. Meninggalkan sifat dengki."
Seterusnya Hatim berkata:" Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku bayangkan Allah itu ada dihadapanku, surga disebelah kananku, neraka disebelah kiriku, malaikat maut di belakangku. dan aku bayangkan pula seolah-olah aku berdiri di atas titian "Sirratul Mustaqim' dan aku menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat yang terakhir bagiku, kemudia aku aku berniat dan bertakbir dengan baik.
Setiap bacaan dan doa dalam solat kufaham maknanya, kemudian aku aku rukuk dan sujud dengan tawadhuk, aku bertasyahhud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun.
Apabila mendengar, menangislah Isam kerana membayangkan ibadahnya kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim
sumber: Himpunan kisah-kisah teladan
Seraiku sudah jadi
semalam aku ada mengambil gambar serai yang ku tanam dulu
adalah sekarang ini 150 rumpun sahaja
hanyalah layak dibuat benih sahaja nanti
sambil jual sikit-sikit. oklah tu dapat juga hasil
sekarang aku gemburkan rumpun serai tu supaya serai cepat beranak pinak
serai ini aku belum bajakan lagi. mungkin sabtu ni aku belikan bajanya
serai ni bajanya adalah urea sahaja
murahkan
tabur sahaja dekat perdu serai tu. dalam 2 minggu hijaulah pokok serai tu

Aku Si Tukang Karut
sudah agak lama aku tak menulis. bukan tidak cukup masa. kih kih kih
kerana setiap orang ada 24 jam sehari. ini adalah masa yang disediakan oleh Allah kepada anak adam,
tetapi mungkin kerana penat, sakit badan dan pening kepala menyebabkan aku malas nak menulis di blog ini. hari ini hujan, aku tak ke kebun tapi mungkin pukul 6 nanti aku ke kebun lagi. ntah kenapa hari ini aku ada semangat untuk menulis semula walaupun tulisan ini hanyak layak dibakul sampahkan. namun kerana blog ini adalah blog aku maka suka ati akulah nak tulis apa-apa.
Selasa, 2 April 2013
Bagaimanakah struktur sosial mempengaruhi aspirasi dan pengalaman pendidikan dalam kalangan remaja? Apakah peranan yang boleh dimainkan oleh individu dan ciri-ciri peribadinya didalam menentukan pengalaman pendidikan seseorang dan peluang kehidupan seseorang individu
Struktur sosial seseorang remaja mampu mengubah atau
mempengaruhi aspirasi dan pengalaman
pendidikan seseorang remaja itu samaada dia berada di kawasan luar bandar atau
bandar, samaada remaja itu dari keluarga yang berada atau miskin, samaada
remaja itu ibubapanya bekerja atau tidak, samaada remaja itu ibubapanya
bercerai atau sebaliknya. Keadaan sosial ini memang banyak mempengaruhi pengalaman dan inspirasi pendidikan mereka.
Kalau kita lihat remaja yang berasal dari Bandar umpamanya
mereka terdedah dengan system sosial yang lebih kompleks berbanding dengan
remaja yang berada di kawasan luar Bandar. Antaranya adalah dari segi pergaulan. remaja Bandar sememangnya lebih terbuka dari
segi pergaulan antara remaja lelaki dengan remaja perempuan. Manakala sebaliknya
berlaku dengan remaja di kampong atau kawasan luar Bandar. Remaja ini masih
mengekalkan nilai-nilai dengan menghadkan pergaulan antara lelaki dan
perempuan.
Manakala peranan yang yang boleh dimainkan pula oleh
seseorang individu ini untuk menentukan pengalaman pendidikan seseorang itu
umpamanya remaja tadi boleh diamainkan oleh sesiapa sahaja contohnya rakan
sebaya, orang dewasa, ibubapa, pemimpin masyarakat, guru, media massa dan
sebagainya.
Berkenaan soalan ini saya mengambil contoh ibubapa memainkan
peranan sebagai penentu pengalaman dan
peluang pendidikan dan kejayaan remaja atau anaknya adalah amat besar sekali. Umpamanya
remaja atau anaknya boleh dihantar ke
mana- mana sekolah samaada sekolah aliran agama, aliran vokasional, aliran
sains atau pertanian ataupun aliran perdagangan. Ibubapa juga boleh jadi role
model kepada remaja tersebut atau sebaliknya. Pendidikan agama juga boleh
dilakukan atau diterapkan dirumah melalui pengalaman atau pembelajaran yang tidak
rasmi kepada remaja tadi atau anak-anaknya.
Manakala ciri-ciri yang perlu ada kepada ibubapa tersebut
adalah antaranya peribadinya adakah dinilaikan baik atau buruk oleh remaja atau
anaknya itu. Sebagai contohnya peribadi ibubapa dari segi akhlak, rajin, sabar,
berkeyakinan, berkepimpinan, budi
bahasa, perkataan dan sebagainya. Semuanya ini akan menentukan kejayaan pembetukkan
pengalaman pendidikan seseorang remaja itu. Ibubapa ini adalah salah satu
contohnya orang yang memainkan peranannya dalam menentukan pengalaman seseorang
itu.
Tapi jangan pula kita lupa banyak lagi individu lain yang
akan menentukan peluang dan pengalaman pendidikan seseorang itu. Seperti yang
saya katakana tadi guru, rakan sebaya, pemimpin masyarakat dan sebagainya
mententukan dari segi peratusan pengalaman dan pendidikan seseorang itu.
Khamis, 28 Mac 2013
Melawat Rumah di Pasir Mas
Sebelum aku kena marah tadi sebenarnya aku pergi ke pasir mas untuk melihat-lihat kawasan rumah yang sudah siap selama dua tahun tetapi tidak diduduki lagi. Rugi juga kerana tidak mendatangkan hasil apa-apa. mulanya ingat nak kasi sewa sahaja tetapi pendawaian elektrik masih tidak siap-siap. kih kih kih.
Besok akan ku racun semak samun sekitar rumah ku ini.
antara gambar rumah ku
antara gambar rumah ku
ini pula gambar bangunan Majlis Daerah Pasir Mas dan pejabat tanah tiada dalam gambar yang akan beroperasi dalam masa terdekat adalah berdekatan dengan kawasan rumah saya. hi hi hi
Tolong!!!! Tolong !!!! aku kena maroh
Sebenarnya aku ini jenis yang susah nak marah tapi pemalu. tapi kejadian petang tadi menyebabkan aku rasa macam-macam, ada sedih, pilu, malu, kelakar, serba salah dan macam-macam perasaan lagi yang bermain dibenak fikiran. lamalah juga perasaan itu bermain-main difikiran dan benak hati. apa apa pun sekarang perasaan itu sudah hilang sedikit demi sedikit membuatkan aku rasa lega.
alkisahnya beginilah
isteri aku ingin membeli pencuci muka di wakaf bharu, jadi aku pun bawalah kereta jalan-jalan di wakaf bharu. sesudah membeli pencuci muka isteriku. aku pun terus pandu kereta hendak balik ke rumah. tiba di simpang itu adalah dua buah kereta hendak melintas jalan ke kiri. aku tengok ada ruang, rasa-rasanya muat disebelah kanan kerana aku hendak pergi kesebelah kanan, tiba-tiba aku terlangar cermin side miror kanan keretanya. aku pun angkat tangan. rasanya dia sudah melihat. lagi pun aku rasa tiada apa-apa yang tercalar cuma bergoyang sedikit sahaja
aku pun bergerak sedikit lagi ke kanan, eh dia pula himpit aku, aku gerak lagi ke kanan, dia himpit lagi. aku pun buka cermin tingkap kereta dan dia pun sama dan ku lihat disebelahnya ada seorang wanita mungkin isterinya.
kita tengok dailognya. kih kih kih
aku : gapo
si suami kereta sebelah : doh tok leh masuk, masuk jugok ( dengan nada marah )
aku : kawe dok napok ( suara biasa )
isteri kereta sebelah : bakpo tepuh ore suko-sukonyo. aku saye kreta aku. aku beli ni ( suara bekeng )
aku : aik tok ke kena sikit pun nok maroh, pah tu aku tok saye ko kreta aku ko ( juga dengan suara yang kasar kerana tercabar ngan bini dia)
aku pun tengok orang sekitar nampak ada tengok-tengok dekat kami. aku pun malulah jugok. aku tutup cermin lepas tu aku blah, malas nok layan.
mungkin juga kesilapan aku tak minta maaf. tak taulah.
apa kata anda. Ini adalah kenyataan aku, mungkin sebelah dia pula dia kata lain.
sekadar gambar hiasan sahaja. kereta dia dah buruk doh. kalau aku dah tak ada selera nak pakai. kih kih kih. gurau jer.

Rabu, 27 Mac 2013
KecohKetua UMNO Bahagian Cheras,Datuk Seri Syed Ali Alhabshee keluar UMNO ???
Dari blog Pro-PR mengatakan Ketua UMNO Bahagian Cheras,Datuk Seri Syed Ali Alhabshee akan menyertai PR dalam masa terdekat ini. Kenyataan ini adalah kabar angin atau kenyataan aku pun tidak pasti
sumber
Anak muridku-menghitung detik
Hari ini aku ingin menceritakan mengenai anak-anak muridku. mengajar di SJKC kalau dilihat dari segi bilangan amatlah sedikit dan senang untuk diajar. mungkin betul jangkaan anda dan mungkin juga tidak.
Kenapa saya mengatakan begitu senang di SJKC mungkin tidak banyak tugas yang diberikan kepada kita. jawatan-jawatan seperti ajk PIBG tidak diberikan kepada kita kerana mesyuarat semuanya dalam bahasa cina. murid yang diajar dalam satu kelas juga sedikit serta boleh keluar makan diluar sewaktu rehat atau sewaktu free.
manakala apabila saya mengatakan juga tidaklah begitu senang adalah kerana sedikitnya bilangan waktu yang diajar di SJKC di dalam subjek agama contohnya di SK masa yang diperuntukkan adalah 6 waktu manakala di SJKC adalah 4 waktu adalah bersamaan 2 jam seminggu untuk setiap kelas. sedangkan silibus yang perlu diajar adalah sama sahaja dengan SK. yang merumitkan lagi adalah gabungan kelas antara tahun 1&2, 3&4, serta tahun 5&6 manakala yang rumitnya adalah silibus yang perlu diajar adalah silibus yang tidak sama diantara kelas tahun yang berlainan ini.
Yang membuatkan saya rasa bersalah adalah seorang murid saya yang gagal menguasai bahasa jawi . murid ini sekarang belajar di tahun 5. mulai tahun ini juga saya mengajar PRA sekolah. Manakala kelas pemulihan bahasa melayu setiap tahun saya diperlukan untuk membantu murid yang lemah menguasai bahasa melayu. sedangkan murid saya yang lemah itu tak dapat saya pulihkan.

antara murid saya di dalam kelas
murid kelas pemulihan
keceriaan murid Pra. mereka hanya tahu apabila selesai buat kerja " bintang yang banyak"
Isnin, 25 Mac 2013
Balik kampung- ada berani
sekarang dah cuti persekolahan. anda pula sekarang dimana????
saya pula sudah balik kampung.hi hi hi. maklumlah cuti hari raya cina yang lepas saya dan keluarga tidak balik kampung. Walaupun pada cuti ini anak ada tuiton di sekolahnya namun terpaksa ditinggalkan juga kerana hendak balik kampung. dari Hulu Selangor aku bertolak melalui Batang Kali dan seterusnya melalui Tanjung Malim, Perak. di Tanjung Malim pula aku melalui tol terus ke Simpang Pulai dan seterusnya kami melalui pula Cameron Higland. Disana kami singgah di kedai dan taman Strawbery.
antara gambar yang dapat ku ambil di Cameron Higland
lihatlah anak-anakku riang di sana
pokok strawbery di atas bumbung. kih kih kih
selepas beberapa ketika disana kami teruskan perjalanan melalui Gua Musang. di Gua Musang kami singgah makan di KFC bandar Gua Musang
pada kali ini semasa dalam perjalanan banyak betul lori balak. tidak pernah aku lihat lori balak sebanyak itu dalam perjalanan. aku sampai di rumah mertua jam 6.45 petang. Rasa pening dan bengong. selepas mandi dah ok. selamat semuanya.
Langgan:
Catatan (Atom)