Rabu, 17 Julai 2013

Apa cerita ni Kedai Mamak dibuka dari pagi sampai malam dibulan puasa


gambar adalah carian goggle

Aku pun sebenarnya dah tau strategi kedai-kedai mamak ni. Apabila tiba jer time bulan Ramadhan selalunya pada awal bulan puasa, kebanyakkannya kedai mamak ni tutup dari pagi sampai petang tutup atau tidak beroperasi sepenuhnya. tetapi selepas 3 atau 4 hari selepas tu Kedai mamak akan beroperasi seperti biasa. boleh dikatakan dari pagi sampai petang kedai mamak ini akan beroperasi tanpa segan silunya menjual makanan kepada sesiapa sahaja yang datang membeli makanan di kedai mereka. Tidak mengira yang datang membeli itu orang islam atau orang bukan islam.

Kedai-kedai mamak ini beroperasi dengan gah dan bangganya tanpa sebarang tindakan  dari mana-mana pihak berkuasa. Atau sememangnya kedai-kedai ini boleh beroperasi dibulan puasa dari pagi sampai malam 
Atau 
agaknya kedai mamak ini telah memberi rasuah kepada jabatan agama suapaya tidak mengambil tindakan apa-apa terhadap mereka.

Atau
Pada bulan puasa ini jabatan-jabatan agama bahagian penguatkuasaan telah ditutup sebagai menghormati bulan puasa, agaknyalah.

inilah persoalan yang bermain-main dibenakku


kalau anda tidak percaya, ada baiknya anda selidik sendiri. 
aku pun malas nak cerita panjang-panjang tentang dan akibat pembukaan kedai-kedai mamak dibulan puasa ini dari pagi hingga malam.







Ahad, 14 Julai 2013

wah! Artikel masuk ping busuk






gambar adalah hasil carian google


Hi hi hi aku pun tak tau macam mana artikel aku yang ntah apa-apa boleh masuk ping busuk
sekarang ni aku suka-suka jer buat artikel.
dulu-dulu memanglah target aku nak dapatkan hasil pendapatan sampingan melalui blog. Skang ni dah malas nak target apa-apa.
Tapi aku tak sangka pulak entri aku masuk ping busuk.
kih kih kih

http://ping.busuk.org/v/49864/bulan-ramdhan-makanannya-mahal-dan-cekik-darah.html

Sabtu, 13 Julai 2013

Bulan Ramdhan makanannya mahal dan cekik darah



gambar adalah ihsan google

Aku bukan apa hairan juga apabila tiba jer bulan Ramadhan makanan-makanan yang dijual tiba-tiba sahaja naik. tidak kah pelik?
harga tepung naikkah pada bulan Ramadhan ini atau harga minyak sudah naik? atau barang apa yang sudah naik harganya sehingga banyak harga barang naik terutamanya kuih muih dan sebagainya. Aku taklah kisah sangat jika harga lauk yang berasaskan ayam naik harganya kerana memang harga ayam sudah naik dipasaran.

contoh kenaikan harga dibulan puasa

Harga kuih sehari sebelum puasa umpamanya karipap Harganya adalah RM1= 3 biji
Esoknya puasa harga karipap sudah lain harga RM2= 5 biji
Harga tembikai sepotong sehari sebelum puasa RM 3-RM3.50 = sepotong
Harga tembikai sepotong sehari selepas itu = RM4= sepotong
  Orang hendak buat pahala dibulan Ramadhan ini. tapi ramai juga orang hanya nampak duit di bulan Ramdhan ini.

alahai dunia.





Jumaat, 12 Julai 2013

Bulan Ramadhan bebas rokok


Bulan puasa kali ini bagaimana aku tergerak hati untuk memulai berhenti merokok. Sebelum-sebelum ini pun aku memang selalu hendak berhenti merokok tetapi kerana semangat yang kurang mantap membuatkan aku hanya mengurangkan sahaja aktiviti merokok. aku bukanlah diketogorikan sebagai perokok yang kuat merokok atau tegar dengan 2 kotak atau sekotak sehari. namun aku juga di ketogorikan sebagai perokok tegar kerana dalam sehari 12 batang  menjadi santapan aku hi hi hi.
Sebelum ini aku rasa amat susah untuk berhenti merokok ini. sehinggakan aku belum pernah walau sehari pun tidak merokok semenjak aku menjadi penagih tegar rokok ini.
Bulan Ramdhan tahun ini, aku telah mencuba untuk berhenti merokok dan ia menjadi sejarah hidupku sehingga kini sudah masuk 3 hari aku sudah berhenti rokok.
Walau pun susah payah seolah-olah meninggalkan sesuatu yang aku sayangi dengan berhenti rokok ini.
susah dan terpaksa berlingkar di rumah sahaja.
isyaallah aku akan tetap dengan pendirian untuk berhenti rokok

Ahad, 16 Jun 2013

Pendapatan tetap dan lumayan dengan menanam serai

Kali ini aku ingin berkongsi dengan anda semua mengenai pendapatan dengan menanam serai.
Menanam serai agak senang dan mudah hendak diuruskan atau dijaga. tidak seperti menanam sayur yang lain kerana banyak penjagaan perlu dilakukan.
Akan tetapi serai hanya permulaannya sahaja perlu dijaga dengan disiram dengan air, itu pun jika tidak hujan. manakala jika hujan aktiviti penyiraman tidak diperlukan lagi.

untuk pendapatan tetap RM1000 sebulan. Tanah yang diperlukan adalah 1/2 ekar
Mula tanah itu perlu diracun dengan mengunakan racun serap seperti Raundup dan seangkatan dengannya
Selepas lebih kurang 2 minggu aktiviti menanam serai boleh dimulakan.aktiviti ini senang sahaja dengan cara cangkul sikit dan cucuk benih serai mengikut jarak 3 kaki antara seperdu dengan seperdu yang lain.


lebih kurang 2 bulan gunakan racun bakar untuk meracun rumput yang mulai tumbuh disekitar anak serai.
Tapi awas jika terkena anak serai kemungkinan serai akan mati atau akan jadi lembam. kih kih kih.


Pembajaan amat digalakkan untuk pertumbuhan serai yang cantik dan banyak anak. Baja sesuai adalah baja Urea. jika anda tidak mahu mengunakan baja pun ok. serai untuk seperdu mungkin hanya 30-45 pokok je seperdu. tapi jika anda mengunakan baja untuk seperdu serai boleh mencecah 60-80 batang serai.
aktiviti pembajaan ini hanya 2 kali sahaja iaitu pada waktu anak serai berumur 2 bulan dan juga 4 bulan.

bila sudah cukup umur matang serai iaitu 6 bulan. serai boleh dipotong. biasanya untuk mendapat 100 batang serai masa yang diperlukan adalah lebih kurang 30 minit.


untuk mendapat RM1000 sebulan anda perlukan masa hanya 2 jam atau sebanyak 400 batang serai bagi aktiviti memotong serai. jadi masa yang diperlukan adalah sedikit sahaja dari masa anda yang berharga itu.


pasaran anda adalah kedai runcit, pasar pagi, kedai makan dan sebagainya.
biasanya apabila kita sudah biasa berurusan dengan pekedai ini mereka akan menelefon kita apabila mereka kehabisan stok.

Buat permulaannya anda lakukan seperti penerangan diatas. esok lusa siapa tau anda akan menjadi jutawan serai. berdikit-dikit lama lama jadi bukit.

selamat mencuba. kih kih kih

gambar adalah hasil carian imej Google




Rabu, 12 Jun 2013

Raja dan Persatuan

Aku minta ampun jika ulasan aku ini menjadikan aku derhaka. 
apa-apa pun aku akan katakan jua apa yang terbuku dihati.
Bagi aku yang tidak mengerti ini dan yang menyibuk lagi tak tau ini.
hanya inilah yang aku nak katakan
Jika kita lihat Ratu Inggeris, Maharaja Jepun tidak terlibat dengan peranan yang sepatutnya dimainkan oleh orang awam. Umpamanya Keterlibatan Raja-raja di dalam persatuan-persatuan sukan, ceramah tentang politik tanah air yang memihak sesuatu pihak manakala di pihak yang lain disalahkan.
Walaupun tidak menjadi kesalahan Raja atau Sultan terlibat dengan politik atau badan-badan sukan. Namun keadaan ini menjadi satu fenomena yang tidak baik untuk badan-badan sukan ini atau rakyat yang tidak dapat sokongan Raja atau Sultan ini dan perkara ini sewajarnya dielakkan.
Contohnya rakyat menjadi takut untuk memberi komen tentang Kelab-Kelab sukan kerana takut menjadi kesalahan atau akan dianggap sebagai penderhaka. 
Pada pandangan saya Raja atau Sultan haruslah mencemar duli dengan perkara-perkara kebajikan rakyat melalui Badan-Badan kebajikan dan hal-ehwal agama islam. Dengan ini pandangan rakyat terhadap raja atau sultan lebih mulia sesuai dengan status dan kedudukan sultan atau Raja itu sendiri.
Raja atau Sultan di Malaysia sememangnya diakui mempunyai kuasa tapi mempunyai batas-batas perlembagaan. Umpamanya dalam hal-ehwal agama islam, pada pandangan saya dalam hal-ehawal agama islam, sultan haruslah memain peranan yang aktif . 
Manakala melalui penglibatan yang aktif terhadap persatuan sukan akan menyebabkan pencemaran duli yang berterusan dan melibatkan konflik antara rakyat dan Raja atau Sultan ini juga akan berterusan. 
Biarlah peranan rakyat dimainkan oleh rakyat manakala peranan Sultan pula hendaklah digunakan dengan sewajarnya dan penuh perihatin oleh Sultan.
Minta ampun 



Sabtu, 8 Jun 2013

Berkelah di Restu Ibu-Ulu Yam

Pada cuti sekolah kali ini aku tidak balik ke kampung. Kerana terpaksa menghadapi peperiksaan di UIAM.
Pada kali ini aku tidak membawa anak-anak ke mana-mana untuk bercuti. untuk tidak menghampakan mereka aku membawa mereka mandi sungai di Restu Ibu yang letaknya lebih kurang 8 km dari rumahku.
Agak seronok juga mereka mandi dan bermain di sana. Hingga ada yang tak mahu pulang lagi. 
Tetapi oleh kerana anak ke 4 aku tu takut hendak mandi kerana melihatku menyelam dan berenang.
kesian anakku tu. Balik awal hari tu. Aku pergi dalam pukul 11.00 pagi dan balik pukul 2.00 petang
Di Restu Ibu sesuai untuk budak-budak kerana airnya tidaklah dalam dan batu-batu telah diangkut ke tepi. Jadi keaadaan ini tidak membahayakan anak-anak untuk mandi manda serta bermain di sana. Pelambung juga di sediakan dengan harga RM2 sebuah. Tempat itu juga sentiasa terjaga dengan tandas bersih, sampah dan daun kayu dibersihkan setiap masa oleh pemilik Restu Ibu. 
Di kawasan ini juga ada banyak lagi kawasan perkelahan. Namun kali ini aku hanya menceritakan mengenai Restu Ibu sahaja.

anakku yang tidak mahu mandi

isteriku sedang menyuap anakku yang kecil mee goreng













memang bersih kawasan ini kerana dijaga dengan baik

Isnin, 27 Mei 2013

kawan aku berniaga

Todin Karikatur

kawan aku berniaga 

PERKHIDMATAN PERCETAKAN : Sedia menerima tempahan cetakan seramik spt MUG, Gelas Kaca, Pinggan dan sebagainya dalam kuantiti yang banyak. Lagi Banyak lagi rendah harga yang anda perolehi. Khas utk sebarang Majlis cth Perkahwinan, Birthday Party, Family Day, Hari Kantin dan lain2 majlis lagi.

Kepada rakan2 dn guru2 jika ada Persatuan Sekolah atau unit beruniform ingin mengabadikan gambar pada MUG hubungi segera utk dapatkan HARGA ISTIMEWA.

Jangan lupa hubungi saya TODIN KARIKATUR ditalian 012 9762585 (24 jam)

Bila Cukai kereta nak turun?. aku tunggu ni.

Manifesto BN dan juga Manifesto PR menurunkan harga cukai kereta menarik minat aku pada pru ke 13 yang lepas. Siapa sahaja yang menang akan menurunkan harga cukai kereta.

Aku berkira-kira hendak membeli sebuah kerata yang kecil untuk perjalanan ke pasar atau perjalanan yang dekat umpamanya ke tempat kursus, mesyuarat dan sebagainya kerana sekarang ini aku hanya mempunyai sebuah kereta yang digunakan oleh isteriku manakala aku pergi ke tempat kerja dengan menggunakan motor cabuk sahaja. apabila hari hujan atau bila ada kursus, mesyuarat, pergi kuliah aku memerlukan sebuah kereta.



Jadi pada pilihanraya yang lepas aku berkira-kira sesiapa pun yang menang tentu cukai kereta akan turun. Tapi sampai ke hari ini harga kereta tidak lagi turun atau berkira-kira akan turun. Eh. eh diorang buat menifesto apa ya. sebelum ini tak kaji ke dulu. tak fikir ke dulu bagaimana hendak melaksanakan sesuatu menifesto yang telah di bentangkan.

Sekarang ini ada yang mengatakan jika harga kereta baru turun.
Bagaimana pula dengan kereta terpakai. tentu juga kena diturunkan. sudah tentu mereka akan rugi kerana telah membeli dengan harga yang mahal sedangkan terpaksa menjualkan dengan harga bawah harga belian.
Bagi aku perkara itu sepatutnya telah dikaji sebelum berjanjji. Takkan sedap mulut jer berjanjji lepas tu baru nak kaji.
walaupun begitu aku akan tunggu selama 6 bulan lagi untuk membeli kereta baru.
Bagi memberi peluang kepada kerajaan untuk melaksanakan penurunan harga kereta.
kalau tidak turun lagi tak taulah.
janji ke hapa.

aku hanya rakyat biasa.
rakyat yang senang tertipu dan boleh ditipu

Sabtu, 25 Mei 2013

AMK dan DP PAS bersengketa Bab Spring jalanan

Kenyataan Balas DP Pas terhadap AMK yang membidas kenyataan Presiden Pas dan Spring Jalanan


http://addin77.blogspot.com/2013/05/giliran-ketua-amk-kena-belasah.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+addin77+%28addin77%29


http://gigitankerengga.blogspot.com/2013/05/kenyataan-media-dpp-puchong-amk-jangan.html

Patutnya apa-apa pun perkara yang tidak puas hati. boleh dibincangkan
jawatankuasa pemuda PR kan ada. buat mesyuarat. bincangkan. nak bertekak ker, nak bergaduh ker, nak bertumbuk ker suka ati. habiskan kat dalam mesyuarat tu. kat luar dah settle. susah sangat ker.
ini tidak masing-masing nak buat kenyataan kat luar. nak timbulkan pucuk masing-masing. macam lalang.
Sekarang semua orang dah tau. buat malu saja. mengalahkan UMNO.
lambat bangat aku rasa kalau begini PR tinggal tunggul saja.



Rabu, 22 Mei 2013

Pilihanraya, Wang dan Sumpah

Pada 5 mei 2013, telah berlaku pilihanraya umum ke 13.
Pada pilihanraya ini untuk sekian kalinya semenjak aku bergelar pekerja dan bekerja di luar Kelantan, pilihanraya di adakan sewaktu bukan cuti penggal. Aku pulang ke kampung kali itu hanyalah sebenarnya adalah untuk menunaikan tuntutan mengundi. Aku sekeluarga balik ke kampung bersama adik ku yang bekerja di Kota Damansara balik untuk mengundi. 

       Sebenarnya apa yang aku ingin cerita kali ini bukannya mengenai Pilihanraya tapi wang tambang dan sumpah.

       Ya.   sebelum ini aku tidak pernah menuntut wang tambang. tetapi oleh kerana bulan ini aku agak kekeringan wang terpaksalah aku menebalkan muka ku ini menuntut wang tambang. 3 kali aku berulang alik ke tempat menuntut wang itu disebabkan ramainya orang yang beratur panjang. 

      Sempat juga aku ditegur member lamaku kat situ. " eh datang lagi ". aku hanya tersenyum. Hendak jadi cerita rupanya ramai orang yang beratur itu sebenarnya bukan semuanya balik dari Kuala Lumpur, Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Johor dan berbagai negeri lagi. tapi ada juga yang datang dari Pasir Mas menuntut wang perjalanan. Aku pun heran. Aku ni balik dari Selangor pun dah tebal muka. Orang datang dari Pasir Mas, Kota Bharu pun menuntut wang tambang. Muka mereka tu dibuat oleh apa ya.

       Satu lagi cerita, puak sebelah sana. Sesiapa sahaja yang ingin menuntut wang tambang perlulah angkat sumpah bahawa dia telah mengundi BN. Sekarang ni sumpah sudah jadi mainan. hendak menuntut wang pun perlu bersumpah. Kalau aku mengundi  mereka sudah tentu aku tak jadi menuntut wang tambang tersebut.

       Kes ini berlaku di Kedah, menurut cerita memberku. sesiapa yang ingin menuntut wang tambang perlulah melakukan sumpah bahawa dia telah mengundi parti sekian-sekian. Sumpah ini berlaku dilakukan di tempat PAS serta juga di tempat UMNO. 

       aikkk PAS pun sama juga dengan UMNO. Kalau nak kasi wang, Kasilah. kalau tak hendak kasi. tak payahlah kasi. Ini apa pulak main sumpah-sumpah. 

       Aku takut sedikit hari lagi. Sumpah akan jadi mainan dibibir sahaja


Selasa, 21 Mei 2013

Nasihat Lukaman Al-Hakim Kepada Anaknya

    Kata Lukman Al-Hakim kepada anaknya: " Wahai anakku! Apabila perutmu penuh dengan makanan( kenyang ) maka akan matilah fikiran dan hikmah dan kebijaksanaanmu. Semua anggota badanmu akan menjadi malas untuk melakukan ibadah, dan akan hilanglah kebersihan hati dan kehalusannya dimana hati yang bersih itu akan tercapai dengan kelazatan bermunajat ( mengadap Allah ) dan manfaat berzikir ( ingat kepada Allah )."

   Kata Lukman Al-Hakim : " Wahai anakku! kalau sewaktu kecil engkau rajin belajar dengan tekun dan menuntut ilmu sebanyak-banyaknya, maka apabila kamu dewasa kelak (dihari tua ) kamu akan memetik buahnya dan kamu akan menikmatinya. "

   Kata Lukaman Al-Hakim " Wahai anakku! kamu ikutlah ketika orang membawa jenazah, dan janganlah kamu mengikuti jamuan perkahwinan. Kerana jenazah itu dapat mengingatkan engkau akan kesudahan dari hidupmu didunia yang fana ini. Sementara majlis perkahwinan akan membangkitkan nafsu berahimu dan ini akan membuat kamu berasa senang dengan kehidupan didunia."

   Kata Lukman Al-Hakim : " Wahai anakku! aku sudah memikul batu-batu yang besar, aku sudah mengangkat besi-besi yang berat. tetapi aku tidak pernah merasakan sesuatu yang lebih berat daripada tangan yang buruk perangainya.

   Kata Lukman Al-Hakim: " Wahai anakku! Aku sudah merasakan segala benda pahit, tetapi aku belum pernah merasakan sesuatu yang lebih pahit dari kemiskinan dan kehinanaan."

   Kata Lukan Al-Hakim: "Wahai anakku! sepanjang hidupku aku hanya dapat memilih 8 kalimah dari pusaka para nabi-nabi yang lalu, sabda meraka:-

1. Aapabila engkau mengerjakan sembahyang, beribadah kepada Allah S.W.T Maka jagalah baik-baik fikiranmu.

2. Apabila engkau berada dirumah orang lain, hendaklah kamu menjaga matamu ( pandangan matamu )

3. Apabila engkau berada ditengah-tengah majlis, hendaklah kamu menjaga lidahmu (perkataanmu)

4. Apabila engkau hadir dalam jamuan makan, hendaklah kamu menjaga perangaimu.

5. Ingatlah kepada Allah S.W.T

6. Ingatlah akan mati.

7. Lupakanlah budi baikmu terhadap orang lain.

8. Lupakan kesalahan orang lain terhadap dirimu.






sumber : himpunan kisah-kisah teladan

Kisah baju anak Umar R.A


Diriwayatkan bahawa satu hari putera Umar r.a pulang dari sekolah dalam keadaan menangis, apabila Umar r.a melihat anaknya menangis maka beliau pun berkata:  " Wahai anakku mengapa agaknya engkau menangis?". Lalu anaknya berkata:" Kawan-kawanku disekolah telah mengira-ngira bajuku yang bertampal-tampal dan mereka mengejekku dengan berkata, lihatlah anak Amirul Mukminin ini bajunya penuh dengan jahitan tampal."
        Mendengar akan kata-kata anaknya itu, Umar r.a sendiri melihat akan baju anaknya itu mempunyai 14 tampalan dan sebahagian besarnya ditampal dengan kulit kayu.
        Oleh kerana kata-kata anaknya itu maka Umar r.a pun menulis surat ke Baitulmal untuk mendapatkan hutang, surat itu dibawa oleh orang suruhan Umar r.a berbunyi:" Berilah hutang wang kepada kami sebabyak 4 dirham hingga ke awal bulan, apabila tiba di awal bulan anggaplah bayaran bulanan yang pihak Baitulmal berikan kepada saya sebagai pulangan wang kepada hutang yang saya pinjam dan yang sebulan lagi sebagai pinjaman dari Baitulmal".
        Apabila pihak Baitulmal membaca surat tersebut maka perbendaharaan Baitulmal menulis surat kepada Umar r.a yang berbunyi: " Wahai Umai r.a adakah kamu yakin bahawa kamu akan hidup selama tempoh sebulan lagi?' kami tidak keberatan untuk meminjam kepada mu, yang kami ingin tahu apakah yang akan kamu buat terhadap wang tersebut yang hendak kamu pinjam itu sekiranya kamu mati?, sedangkan kamu masih berhutang dengan Baitumal".
       Sebaik sahaja Umar r.a membaca surat tersebut maka beliaupun menangis dan berkata: " Wahai anakku, kamu pergilah ke sekolah sebagaimana biasa, sesungguhnya aku tidak yakin bahawa umurku ini boleh bertambah walau sejam pun."
       Sifat yang ditunjukkan oleh Umar r.a ini hendaklah dijadikan tauladan kepada kita, jangan kita fikir kita ini akan hidup selama-lamanya, belum tentu kita tahu kita akan hidup beberapa saat lagi. Oleh itu hendaklah kita fikir sedalam-dalamnya apakah kita perlu habiskan masa kita dengan kerja-kerja yang tidak memberi faedah. Ingatlah dari Allah kita datang dan kepadaNya kita akan kembali.
       Buatlah kerja yang halal untuk mendapatkan rezeki dan jadikanlah dunia ini tempat kita kumpulkan bekal amal ibadat supaya kita tidak susah di alam akhirat, hendaklah kita anggap dunia ini sekadar keperluan dan akhirat tempat tujuan.



sumber : himpunan kisah-kisah telada

Jumaat, 3 Mei 2013

Dato' Haji Che Lah pemimpinku

Aku tak ingin memperkatakan mengenai apa yang aku tidak tahu. Tapi aku ingin membicarakan tentang apa yang aku tahu, yang aku dengar dan yang aku lihat megenai pemimpin ku ini. Walaupun aku ini bukanlah ahli partinya tapi yang pasti aku tetap menyokongnya.
Pada pandangan aku ini yang tinggal diluar Kelantan mungkin menyebabkan aku tidak mengenali dengan jelas daya kepimpinannya. Walaupun begitu aku masih ingat sewaktu beliau mengambil calon kali pertama tahun 8 Mac 2008 banyak pembaharuan yang dibuat sebelum penamaan calon lagi. umpamanya seingat aku setiap pengundi termasuk aku, mendapat Kad berupa maklumat tempat mengundi, saluran mengundi dan maklumat lain lagi. Dari situ aku nampak, hebat dan bijak calon baru ini kerana sebelum ini aku tidak nampak calon-calon yang berbuat demikian. 
Walaupun aku berada di luar kelantan namun aku tahu banyak perkembangannya melalui Fbnya.
Orangnya  juga senang berbicara, ramah dan tidak lokek dengan senyuman membuatkan orang-orang kampung tanpa segan dan malu boleh bercakap dan menceritakan masalah mereka dengan beliau. 
Setahu aku beliau selalu melawat ke kampung ku dan juga kampung-kampung lain dibawah seliannya iaitu N04 DUN Wakaf Bharu. 
Moto beliau dalam PRU ke 13 kali ini adalah " Che Lah Wakil Kito, Mudoh Kiro Sene Bbaso"
Bagi aku bertepatan dengan sifat dan gaya beliau itu sendiri. Beliau amat rajin melawat pengundi untuk mengetahui keadaan mereka. beliau juga selalu merisik setiap penduduk yang berada kemiskinan tanpa mengira parti untuk memberi pertolongan dan bantuan sekadar yang termampu olehnya sebagai wakil rakyat negeri kelantan.
Dan untuk pengetahuan semua aku akan dan keluarga akan balik ke Kelantan dan Insayaallah akan mengundinya. insyaallah.
Antara gambar pemimpin kesayanganku ini









Ahad, 28 April 2013

Royalty untuk Rakyat Kelantan

jika betul fakta ini. aku sebagai anak kelantan mahu tahu
1. Kepada siapa duit diserahkan
2. kemana duit tersebut dibelanjakan
3. apa projek yang telah disiapkan
4. dan yang penting auditnya mana???????????